Friday, 26 April 2013

Majlis Makan Malam MBHA

Mendapat panggilan daripada Bg Boss, ada persembahan yang perlu kami pergi di Kuala Lumpur pada 24 April 2013 bertempat di MyHotel Premier @ MidValley, di belakang kedai perabut Lorenzo. Majlis makan malam rupanya. Pukul 4.00 petang pemandu baru kami En.Ariffin telah sedia untuk membawa kami ke sana. Dalam perjalanan awan mendung berarak dengan laju. Nak hujan nampaknya. Sepanjang perjalanan kami menempuhi jalan yang sesak namun tidaklah kami tersangkut terlalu lama.

Setelah hampir dengan kedai perabut Lorenzo, tidak diduga Pak Ariffin meneruskan perjalanan. Ingatkan ada jalan lain. Rupa-rupanya Pak Ariffin terlajak ke depan. Adoyai.....matilah, hari hujan...di bandaraya Kuala Lumpur. Memang cari sakit. Hujan lebat mencurah-curah disertai dengan angin kencang. Degupan jantung bertabah kencang....matilah, terkandas dalam jem....banjir lagi. Berpusing di MidValley dua kali, akhirnya Pak Ariffin mengalah dan membiarkan KIA jalan dulu. Heelehhh.....slownya Pak Ariffin, tertinggal jauh. Tiba di  Jalan Travers hal yang ditakutkan berlaku Tersangkut....jem. Hendak ikut Jalan Maarof..tapi hati was-was. Memang pun......banjir habis jalan tu.

Setelah berhempas pulas memusing stereng dalam jem, akhirnya kami sampai ke hotel yang dituju. Adoyai....terpencilnya. Memang bajet sungguh. Barang-barang dikeluarkan dan dibawa ke dewan hotel. Anak-anak angklung diminta menyimpan beg dan pakaian di dalam bilik 905 yang disewa oleh Big Boss untuk kami kemudian turun ke bawah semula untuk menentukan posisi persembahan.



Setelah selesai maka kami naik ke bilik semula untuk menukar pakaian sementara menanti makan malam kami sedia dihidangkan. Makan kat hotel kami malam ni.



Selesai bersantap, menunaikan kewajipan kami menuju ke kafe untuk menanti VIP tiba. Big Boss kami akan memanggil kami apabila diperlukan nanti. Macam-macam kerenah mereka di baawah ini. Sempat juga kami merakamkan gambar sebagai kenangan.


Malam ni kami ada seorang ahli baru ...... Afif!  Welcome to the club jangan jadi macam Schzman hari tu sudahlah. Big Boss call suruh naik. Kami menanti di atas pentas. Lagu angklung sambutan tidak dimainkan sebaliknya lagu 5351 akan dialunkan oleh kerana jarak perjalanan dari lif ke dalam dewan bukanlah mengambil masa yang panjang.



Selepas semua tetamu mengambil tempat duduk, lagu Budi Bahasa Budaya Kita dimainkan. 


Selesai sahaja lagu anak-anak angklung meninggalkan dewan menuju ke ruang lobi. Menanti di bahagian tangga hotel....hahahaha macam anak terbuang pula. Mengintai-intai dari celah pintu sign dari big boss untuk meneruskan persembahan. Tidak lama kemudian kami sudah berada semula di atas pentas. Lagu seterusnya merupakan lagu Bengawan Solo, diikuti dengan lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin, Tari Tualang Tiga, Dahil Sayo dan diakhiri dengan lagu Kenanganku.



Kami keluar semula setelah selesai dan kemudian masuk kembali untuk sesi bergambar dengan tetamu-tetamu kehormat majlis.



Selesai bergambar kami mula mengemas barang-barang dan menuju ke tingkat bawah untuk meletakkan alatan kemudian naik ke atas semula untuk menukar pakaian. Ada juga goodies disediakan untuk anak-anak angklung.


Kami bertolak pulang jam 10.00 malam, berpecah di seksyen 20....Pak Ariffin terus ke depan manakala KIA melalui Bulatan Megawati. Apa-apa pun janji selamat sampai. TQ anak-anak angklung!

No comments:

Post a Comment