Persembahan kali ini kami akan ke PWTC pula untuk Majlis Makan Malam Bank Rakyat pada pukul 8.00 malam di Dewan Dr.Ismail. 2.30 petang kami sudah berkumpul di bangsal sekolah dan seperti yang dijanjikan 2.45 petang Pak Agus tiba dengan vannya. Kesemua pakaian dan peralatan angklung telah disumbat ke dalam kereta KIA. Berpandukan gps Nokia NSeries, kami memulakan perjalanan dengan harapan jalan. tidak jem.
Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami tiba tepat jam 4.00 petang dan berada di dalam dewan yang telah dikenalpasti. Encik Sam dihubungi untuk memulakan latihan. Setelah meletakkan peralatan di dalam bilik yang dikhaskan maka latihan pun dimulakan. Very gud indeed sound system kali ni. Puas hati sungguh.
Lepak time! Borak.....borak....dan borak lagi sementara menanti waktu yang ditentukan. Anak-anak disuruh ke Musollah dan kemudian lepak lagi. Big Boss kemudian memanggil kami untuk briefing. Cam tekun jer mereka dok mendengar. Tah masuk telinga kanan keluar telinga kiri tu?
Pukul 6.00 petang kami menuju ke kafe untuk mengisi perut yang lapar setelah menyalin pakaian. Kami perlu makan terlebih dahulu disebabkan persembahan kami waktu orang sedang makan. Kalau kami makan bersama-sama, eh...eh...siapa yang nak goncang angklung tu? Bismillah.........
Perubahan berlaku lagi, kali ini lagu Budi Bahasa Budaya Kita tidak dimainkan untuk pembukaan majlis malah lagu kedua kami iaitu Tari Tualang Tiga akan memulakan bicara persembahan bersama penari-penari Wariseni abang Bard.
Selesai bergambar dengan VIP, para tetamu mula mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan. Lagu Negaraku berkumandang diikuti dengan lagu Bank Rakyat. Kami menyanyi bersama bagaikan tahu beat lagu tu......hahahahahahaha! Sebaik sahaja selesai, anak-anak angklung naik ke pentas untuk memulakan bicara kami.
Best, malatop persembahan malam ni, plak tu sound system, fulamak, wa cakap lu......mantop! Anak-anak angklung diarahkan masuk semula ke bilik yang dikhaskan dan bersedia untuk persembahan seterusnya. Kami diberitahu mungkin akan hanya memainkan sebuah lagu sahaja oleh kerana VIP perlu bergegas ke lapangan terbang.
Best, malatop persembahan malam ni, plak tu sound system, fulamak, wa cakap lu......mantop! Anak-anak angklung diarahkan masuk semula ke bilik yang dikhaskan dan bersedia untuk persembahan seterusnya. Kami diberitahu mungkin akan hanya memainkan sebuah lagu sahaja oleh kerana VIP perlu bergegas ke lapangan terbang.
Penyanyi rock yang digelar Papa Rock, Ramli Sarip turut serta dalam majlis makan malam ini. Kami hanya dapat melihat beliau dari tepi pentas sahaja. Geram pun ada nak bergambar dengannya. Apa nak buat, kami berada di pintu yang berlainan dengan Ramli Sarip.
Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sekali lagi anak-anak angklung naik pentas membelakangkan penonton. Apabila pusing sahaja, mereka mendapat tepukan daripada para tetamu, mungkin tidak menyangka mereka akan memakai cermin mata dan mendendangkan lagu Kenanganku, lagu wajib kami!
Mendapat sign dari big boss menyatakan anak-anak angklung perlu memainkan satu lagi lagu untuk mencukupkan masa. Maka berkumandanglah lagu Getaran Jiwa. Memang best.......suka sangat dengan sound system malam ni. Apa-apa pun tahniah pada anak-anak angklung untuk persembahan malam ini.
Selesai sudah tugas kami malam ini, berkemas untuk pulang dengan perasaan gembira. Anak-anak angklung diarahkan ke van Pak Agus dan kami bertolak pulang ke Shah Alam. Pukul 10.30 malam kami tiba di sekolah dan menuju ke bilik angklung untuk menyimpan barang dan mengambil beberapa buah beg anak-anak angklung yang ditinggalkan di sana.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Masa untuk ku pulang ke rumah. Gud nite semua. See u oll's 2morrow!