Jam 8.30 pagi kelihatan ramai pelapis angklung sudah hadir untuk menjalani latihan pertama mereka. Langsung diarahkan untuk membantu senior mereka untuk mengangkat peralatan angklung ke dalam dewan sekolah. 10 kali cis! CD tertinggal pula di rumah. terpaksa kembali semula ke rumah untuk mengambil cd selepas pintu dewan dibuka.
9.25 mesej dihantar kepada big boss....kerana belum sampainya lagi Labu...huuh, jangan marah Uncle Sam. Sementara menanti cd dipasang untuk diperdengarkan kepada pelapis angklung ini. Sebaik sahaja big boss tiba, bermulalah leteren dan sindiran dari big boss. Budak-budak senior cukup terasa tetapi masih boleh tertawa. Biasalah.....teguran dalam sindiran, ada banyak makna tu!
Seramai 23 orang akan menjadi pelapis untuk tahun 2013 ni, semuanya dari tingkatan 1. Sah....mereka menjadi ahli kelab angklung sehingga ke tingkatan 5. Pelajar-pelajar lain yang hendak menyertai kelab ini selepas tarikh 24 Januari 2013 tidak akan dilayan. Hahahahahaha....gila kuasa! Banyak ilmu yang diberikan pada anak-anak muda angklung hari ini. Macam-macam gaya ada sewaktu menggoyangkan angklung. Senior tukang gelak.....eleh, macam lah depa dulu tak buat....
Apa-apa pun terbaek dari mereka kerana menunjukkan komitmen dan disiplin yang bagus di awal-awal kehadiran. Bersemangat.....walaupun hari ini cuti sempena Maulidur Rasul, mereka dapat menghadirkan diri. Tahniah....untuk itu mereka dihiburkan dengan lagu Anak Kampung daripada senior mereka.
Hari ini kami semua poyo. Dah rancang nak sambut besday big boss hari ni. Semalam dah praktis main angklung lagu besday. Walaupun hanya 10 minit sahaja, kira oklah. Sewaktu big boss suruh budak-budak senior mainkan angklung sewaktu junior rehat, yasmin dengan bulat mata memandang sambil berkata......cikgu, RRREEEEEEEHHHHHHAAAAT! Faham dah maksud Yasmin tu...
Yasmin dan Arham mula bergerak ke Bilik HEM untuk mengambil kek sementara budak-budak angklung yang lain memainkan angklung lagu Anak Kampung setelah bertengkar memilih lagu apa untuk dimainkan. Boss suruh Inang Cina, budak-budak nak gak main lagu Anak Kampung. Ikutkan sajalah....
Yasmin dan Arham sudah sedia di luar dewan. Sebaik sahaja lagu habis dimainkan maka lagu besday mula berkumandang. Huh! Sumbang gila! Apa-apa pun kira ........my heart will go on lah! Sambutan yang kecil tapi amat bermakna kepada semua ahli Kelab Angklung Wariseni. Tanda ucapan ribuan terima kasih dari kami semua atas segala usaha, tenaga dan masa yang diberikan untuk kelab ini maju oleh Encik Sam Mat Kous.
Kena update blog semerta....kerna kalau ditangguh kemalasan melanda dan catatan yang dibuat nanti semua main hentam saje. 19 Januari jemputan khas di majlis perkahwinan yang di adakan di SACC Convec Shah Alam. Jemputan untuk promosi sahaja, Kami akan memainkan hanya dua buah lagu bersama live band Wariseni Budaya.
Jam 1.30 tengahari bertolak ke sekolah. Encik Sam sudah duduk bersama anak-anak angklung yang lain di bangsal sekolah. Lewatkah aku? Jam baru menunjukkan pukul 1.45 tengahari. Belum.....ke pejabat untuk punch out! 2.00 petang enjin kereta dihidupkan dan bertolak ke SACC Convec. Dalam perjalanan Ika YoWess menghantar SMS memberitahu bahawa ayah Aida sudah membawa mereka ke sana. Alhamdulillah, tak perlu aku berulang sekali lagi ke Sri Muda.
Anak-anak angklung diturunkan berhampiran lobi bersama alatan angklung kemudian KIA diparkir di basement pusat convention. Gelapnya bawah tu......naik ke ground floor untuk memanggil anak-anak angklung masuk ke dalam dewan. Arah ditunjukkan oleh Encik Sam.
Sementara menanti pemain-pemain band tiba...kami ke Komplek PKNS untuk membasah tekak. Pusing la punya pusing.....satu goreng pisang pun tak jumpa. Last-last duduk warung lain, beli kuih kat kedai lain. Encik Sam pun join kami bersama. Pukul 3.45 petang kembali semula ke dewan.
Macam nak rehearsal Mimpi Ke Bintang juga......menunggu dan menunggu. Akhirnya giliran kami tiba untuk membuat latihan tetapi bersama CD minus one dahulu oleh kerana para pemain masih otw ke SACC ni. Berterabur budak-budak ni menari dalam lagu kenanganku....yang jadi panduan pun tak boleh dipakai. Kena praktis lagi ni. Bila nak praktis, penari-penari Wariseni Budaya pun nak praktis juga. Jadi kenalah tunggu giliran.
Turn kami tiba sekali lagi....yes! Latihan dimulakan dan teguran dibuat atas kesilapan yang dilakukan. Penari-penari Wariseni Budaya pun turut sama menari dengan lagu Kenanganku kami. Setelah selesai kami menanti live band membuat sound check. Sementara menanti kami memainkan lagu-lagu untuk mengisi kekosongan masa. Bolehlah.....buat gelak-gelak.
Siap sound check kami pun memulakan latihan bersama band. Boleh tahan gak budak-budak ni cover bersama live band. Harap-harap masa persembahan sebenar mereka dapat buat sama seperti latihan ni.
Selesai di dalam dewan kami menuju keluar dewan untuk menjamu selera...........Buffet style.
Siap makan anak-anak angklung menukar pakaian persembahan dan menyiapkan diri dengan solekan. Boleh tahan gak solekan mereka dari hari kesehari........kemudian masuk semula ke dalam dewan dan menanti....menanti....menanti........menanti! Lepas satu, satu acara....dengan penuh sabar, kebosanan....mengantuk menanti lagi. Kekadang melakukan aksi yang tak perlu untuk menghiburkan hati yang tengah kebuhsanan ni!
Sebaik sahaja para penari Wariseni Budaya menghabiskan tarian ketiga mereka, anak-anak angklung mula bersedia. Selepas montage disiarkan.....bapa pengantin memberi ucapan, maka tibalah giliran kami membuat persembahan. Anak-anak angklung mula mengambil tempat. Bermulalah aksi mereka.
Getaran Jiwa
Kenanganku
Semua berjalan lancar walaupun begitu ada kesilapan kecil juga berlaku! Mana kacamata Aqashah? Macam-macamlah budak ni! Kedua-dua lagu dapat dimainkan dengan baik walaupun tidak berapa kedengaran atau aku saja yang tak berapa dengar? Turun saja dari pentas....anak-anak angklung mula melaporkan....chekgu....chekgu...chekgu....Aqashah tak pakai cermin mata. Dah patah! Kan chekgu dan tegur dari tadi.....betul-betul berlaku kan......tu la, tak nak dengar kata. Daulat tu!
Jam 10.30 kami mula beransur untuk pulang. Sempat juga kami bergambar atas pelamin bersama Uncle Sam untuk kenangan. Aida mula menghubungi bapanya. Nasib baik ada bapa Aida. TQ bapa Aida! Setelah barang dipunggah ke dalam kereta menuju ke lobi SACC, menanti ayah Aida tiba. Encik Sam pun turut sama membantu menghantar anak-anak angklung pulang. TQ Uncle Sam! jasamu kami kenang.
Event pertama menyambut tahun baru....jemputan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan pada 12 Januari 2013. Jam 9.00 pagi Pak Agus tiba dengan van kuningnya. Meluru semua anak-anak angklung untuk mendapat port yang best dalam van. Hahahahaa.....semua kena dok belakang. Padan muka.
Berpandukan GPS dalam handphone nokia menuju ke Taman Tasik Seremban. Setibanya di kawasan R n R Seremban, berhenti rehat untuk meneguk milo ais dan makan nasi goreng juga untuk membuang air yang berlebihan dalam pundi. Hanya berehat beberapa minit dan perjalanan diteruskan. Jam 10.30 pagi tiba di taman tasik. Tak sesat. Ok....Big Boss sudah sedia menanti kami di kawasan pakir kereta.
Bertemakan warna purple.....pengantin yang akan kami raikan ini. Sementara menanti tukang pukul jido, kami lepak di sekitar taman tasik dengan ditemani nyamuk. Huhuhuhuu.....tak berapa lama kemudian tukang jido sampai dan kami memulakan latihan menggoyangkan angklung dengan diiringi paluan jido. Pemain jido ini merupakan pelajar dari ASWARA.
Selesai latihan, kami diminta untuk mengisi perut terlebih dahulu. Kenyang lagi rasanya perut kami ni. Tapi......makan sajalah. Rezeki. Sumbat jew! Selesai makan anak-anak angklung mula menukar pakaian persembahan. Bergambar dan bergambar lagi sementara menanti pengantin tiba untuk diarak.
Jam 12.40 kami dipanggil untuk memulakan iringan. Ketukan jido dimulakan maka bermulalah rancangan Hari Ini Dalam Sejarah. Pertama kali pengantin diiringi dengan alunan angklung. Lagu yang dialunkan merupakan lagu Inang Cina yang diubahsuai oleh Big Boss kami Encik Sam.
Sebaik sahaja pengantin duduk di atas buaian pelamin, pengantin mula direnjis.....ade ker? Rasanya pengantin hanya bersalaman dengan sanak saudara pihak lelaki dan perempuan. Selepas bacaan doa lagu Kaulah Segalanya dimainkan. Selesai upacara pengantin mula untuk acara makan beradap. Sebaik sahaja mereka turun, anak-anak angklung berpindah ke bahagian depan tangga pelamin menghadap pengantin yang duduk makan.
AnakKampung
Kaulah Segalanya
Kenanganku
Lagu pertama yang didendangkan ialah Tari Tualang Tiga diikuti dengan lagu Anak Kampung, Ubekkan Denai, Kenanganku dan diakhiri dengan lagu Poco-poco. Ingatkan dah habis, mula mengemas alatan. Big Boss datang dan meminta satu lagu lagi dimainkan semasa pengantin memotong kek. Lagu pilihan....kaparinyo. CD ni plak main-mainkan aku plak. Tekan-tekan lagu P.Ramlee yang keluar.....hishhhhh, nasib baik ok pastu! Kek dipotong.....yum....yum...pengantin pun makan kek.
Budak-budak angklung dok target nak makan cendol...pi pi, cendoi dah habis. Sian...takpe, kami terus kemas barang-barang dan menuju ke Pantai Bagan Lalang. Big Boss pun ikut kami juga. Walawey.....tak sangka. Sampai jerkat pantai.....tak sempat kata apa-apa semua dah hilang dari pandangan kecuali beberapa orang yang nak terkucil berlari mengejar tandas termasuk aku! Jam5.00 petang kami bertolak pulang ke Shah Alam. Menanti anak-anak angklung balik seorang demi seorang. Persembahan yang memberangsangkan dari anak-anak angklung pada hari ini. terbaek!
Pagi selepas sarapan.....kami memulakan latihan menukar gerak tari silat. Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak angklung pagi ni. Mereka sedaya-upaya untuk mengikut juru tari yang tak bertauliah ni mengajar tarian silat, terkangkang sana, terkangkang sini...hah sana....hah sini. Jam 12.00 tengahari kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersiap untuk ke audiotorium perdana pada pukul 2.00 petang nanti.
Selepas makan dan solat kami mengemas beg-beg dan menyimpan di dalam kereta. Melangkah di bawah terik matahari menuju ke dewan persembahan. Upacara menanti berlangsung sekali lagi di dalam dewan. Biasalah dah 4 hari kami di sini. Sebaik sahaja ahli kombo RTM tiba kami memulakan latihan. kali ini kami diminta untuk mengubah sama ada sebahagian sahaja pemain angklung bergerak dan menggunakan cd sahaja. Tidak menggunakan live band. Tapi kami teruskan juga dengan cita-cita kami untuk menggunakan live band. Latihan dimulakan dan alunan kami masih kurang kedengaran. lemah semangat!
Jam 5.30 petang, latihan berakhir. kami menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut......makan macam-macam jenis diorder dan minuman.....teh tarik! Selepas bersolat kami mula ke belakang pentas dan menukar pakaian untuk persembahan malam nanti. Ber T-Shirt kuning berjalur hitam dan memakai seluar silat hitam. Belajar mengikat blangkon dengan abg Gege....cantik. Samping dibekalkan oleh crew JKKN Selangor. TQ!
Peserta-demi peserta menunjukkan kemahiran masing-masing. Tibalah giliran kami. Cabaran MC disahut dengan ungkapan ...... hah! Terperanjat MC malah menyuruh mereka mengulangi HAH tersebut sekali lagi. Macam-macam. Semasa alunan angklung dimainkan untuk medley yang pertama....alamak. Ada yang sumbang. Ngape ek? Lantaklah, bukan leh buat apa pun. Best persembahan anak buahku, komen juri agak memberangsangkan....Linda On!
Tapi nasib tidak menyebelahi kami.....tewas dalam pertandingan ini. Apa-apa pun kami sudah berikan yang terbaik....untuk slot ini, untuk sekolah dan juga untuk kelab kami. majulah angklung untuk kami....hahahahahahaha.
Jumaat 4 Januari 2013, sehari lagi siaran langsung akan ke udara. Kali ini kami akan menjalani latihan di dalam audiotorium perdana. Sesampai sahaja di sana, kami pun menggunakan ruang pentas yang kosong melakukan pergerakan tarian yang telah dilatih sejak beberapa hari yang lalu. Menggunakan ruang pentas sepenuhnya dan memastikan kedudukan.
Sama sahaja latihan hari ini cuma kali ini produser melihat sendiri bagaimana latihan ini dijalankan. Kali ini kami berkesempatan untuk berjumpa dengan Raja Syam, ketua kombo RTM. Sementara menanti beliau tiba rehearsal dimulakan mengikut susunan. Semasa latiihan dijalankan, Raja Syam pun tiba. Aku pun terus menuju dan berbicara dengannya. Berbincang tentang lagu akan dimainkan serta memberikan CD yang mengandungi lagu-lagu medley yang dicantum ikut sesuka hati kami. tentu beliau lebih mahir dalam hal ini.
Tiba giliran anak-anak angklung membuat latihan. Terpana anak-anak angklung kerana terpaksa bermain tanpa alunan minus one mahupun live band. Raja Syam mahu mendengar dulu bagaimana rentak dan irama alunan angklung sebelum memulakan muzik. Teruk...memang teruk....hahahaha. Agaknya petang tu semua peserta dok kutuk kami yang membuat rehearsal yang paling teruk petang tu.
Malamnya latihan dibuat sekali lagi. Kami diberikan clip mic. Hanya empat orang sahaja yang memakainya. Alunan muzik asli dimainkan dan anak-anak angklung mula membuka langkah. Semakin baik namun produser memberi komen alunan tidak cukup kuat dan meminta kami menghayun angklung dengan lebih kuat lagi. Ada ke? Cuba cakap dengan penyanyi mana pun, soh dia nyanyi sekuat hati tanpa mic dengan alunan muzik di belakangnya....ada dengar ka? Gelak aku dengar komen tu.
Apa-apa pun kami terima sahaja. Berjumpa dengan crew JKKN Selangor dan meminta bantuan samping. Mereka berjanji akan menyediakan secukupnya pada hari Sabtu nanti. Latihan berakhir pada pukul 11.30 malam, kami beransur ke asrama. Penat dan mengantuk. Dahlah demam, batuk....selsema pula. Dah ada yang terkena jangkitan virus ni pada anak-anak angklung. Nasib baik Big Boss bekalkan ubat.
Esok petang kami diminta hadir ke audiotorium sekali lagi untuk membuat sound check. Bertekad untuk mengubah gerak silat di awal lagu....sebab produser komen....more agresif ikut lagu. tak tido lagi la malam ni.
Bangun seawal jam 6.30 pagi. Pukul 7.00 pagi semua budak-budak angklung diarahkan turun ke bawah. Bersenam.....berlatih sebelum sarapan pagi tiba.
Bersiap-siap untuk mengambil sarapan pagi di lobi asrama. Spaghetti....ulaaalalalaaa, jadi orang Itali pagi ni. Kuih 2 jenis, kuih tradisional. Jadi orang Malaysia semula. Selesai bersarapan kami bersiap-siap untuk membuat latihan. Anak-anak angklung diminta berkumpul kat kantin asrama. Hanya ruang di situ yang agak luas untuk kami gunakan.
Meja dan kerusi disusun ke tepi dan berkumandanglah suara M.Nasir dan band 6ixth Sense kat kantin tu. Terlompat, terpusing.....budak-budak angklung ni buat latihan. Panas.......tingkap dibuka seluas-luasnya. Sewaktu rehat baru nampak suis penghawa dingin. Walawey...ada aircond rupanya. Jari terus menyentuh suis on! Wahhhh, sejuk nyer!
Latihan diteruskan sehingga jam 12.00 tengahari. Anak-anak angklung diminta berehat dan yang bertugas untuk mengambil makan tengahari akan mengambilnya di lobi asrama untuk diagih-agihkan kepada peserta. Jam 2.00 petang anak-anak angklung diminta berkumpul semula untuk bertolak ke audiotorium perdana untuk latihan. Seperti biasa...menanti dan menanti lagi. Urrggghhhhh.......buhsannya. Penat pun iyaaaa........
Pulak tu ada masalah mikrofon pula. Walawey....hal cam gini pun depa tak leh settle ke. Buhsannya. Besaq punya Angkasa pun tak dapat sediakan permintaan kami yang kecil. Baru kami nak pakai live band....bagilah peluang sikit. Letih melayan semua ni.....sampai demam. Minta Uncle Sam hantarkan ubat. Nasib baik Uncle Sam boleh hantarkan. Balik asrama, lepak ngan bebudak jap kat koridor. Cantik pemandangan dari sini. Uncle tiba bawa ubat. Makan.... Lega sikit. Tido!
Semasa menjalani latihan terakhir di sekolah Big Daddy sempat memberikan kata-kata perangsang kepada anak-anak angklung Wariseni. Tekun bebudak ni mendengar ceramah Big Daddy. Harap semangat mereka merah menyala selepas ini dan berlaku perubahan yang diharapkan.
Tempat berkumpul kami ....... seperti biasa di bangsal sekolah. Jam 8.00 pagi beberapa ahli angklung sudah tiba di sekolah dan mengambil sarapan pagi di kantin. Chekgu juga tidak ketinggalan. Pak Agus tiba seceprti yang dijanjikan. Kami bergegas ke RTM Angkasapuri untuk mendaftarkan diri.
Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Ingatkan akan ada halangan jem di pagi hari tetapi alhamdulillah berjalan lancar. Melapor diri di balai pengawal RTM dan diminta untuk terus ke asrama IPPTAR. Menanti di lobi asrama. Sorang pun takde di kaunter. Herm.....musykil! Sementara menanti seseorang yang bertugas datang, sempat juga berkenalan dengan beberapa peserta yang turut terlibat pada peringkat suku akhir ke dua ini.
Tak berapa lama kemudian, Encik Is pun tiba membawa kunci bilik. Setelah kunci diagihkan kami terus bergegas ke bilik masing-masing. Kami diminta untuk berkumpul di Dewan Harmoni semula pada pukul 10.30 pagi. Sarapan telah disediakan di sana. Siap menyimpan beg masing-masing kami ke dewan yang dinyatakan. Makan mee goreng dengan teh tarik.
Seperti biasa, puas menanti berjam-jam, kami diberitahu taklimat akan hanya dibuat pada jam 2.30 petang nanti. Walawey....awat tak beritahu awal-awal. Bebudak angklung sms chekgu yang keluar untuk menguruskan buku bank dan kad pengenalan ahli-ahli angklung yang tiada.
Jam 2.00 petang kami bergegas semula ke Dewan Harmoni. Menanti lagi. Ada ceramah untuk kami. Tajuk ceramah hari ini 'Penampilan Imej Diri'. Bagus juga ya. Banyak ilmu anak-anak angklung ini dapat dalam kelas hari ini. Tak lama kelas ni........hanya satu jam sahaja berbanding dengan masa menanti yang lebih lama.
Selesai kelas untuk petang ini. Jam 8.00 malam kami diminta untuk berkumpul di lobi asrama untuk dibawa ke audiotorium Perdana nanti. Ingatkan g dengan kenderaan ke......rupa-rupanya menapak ke sana. takpe....excersise sket! Berpeluh-peluh juga nak sampai ke sana. Ooooooo.....kat Wisma Radio rupanya. Masa kami buat siaran langsung untuk rancangan SPM di Wisma TV, sebelah dia ajer.
Menanti lagi....dan menanti dan menanti dan menanti. Banyak buang masa dengan menanti. Akhirnya kami diberikan ceramah tentang penggunaan pentas. Kedua-dua penceramahan hari ini dijemput khas dari UiTM, patutlah macam pernah nampak. Bagus sungguh ceramah ini. Rupa-rupanya dalam mengajar anak-anak angklung ini.....telah merangkkumi semua aspek yang diceramahkan secara tidak langsung. Pandai nyer chekgu.....hahahahahaha, dah chekgulah katakan. Habis sahaja ceramah, kami diberikan sedikit taklimat untuk aktiviti esok. Balik dan tidur!