Sunday, 20 January 2013

Promosi di majlis Perkahwinan

Kena update blog semerta....kerna kalau ditangguh kemalasan melanda dan catatan yang dibuat nanti semua main hentam saje. 19 Januari jemputan khas di majlis perkahwinan yang di adakan di SACC Convec Shah Alam. Jemputan untuk promosi sahaja, Kami akan memainkan hanya dua buah lagu bersama live band Wariseni Budaya.
Jam 1.30 tengahari bertolak ke sekolah. Encik Sam sudah duduk bersama anak-anak angklung yang lain di bangsal sekolah. Lewatkah aku? Jam baru menunjukkan pukul 1.45 tengahari. Belum.....ke pejabat untuk punch out! 2.00 petang enjin kereta dihidupkan dan bertolak ke SACC Convec. Dalam perjalanan Ika YoWess menghantar SMS memberitahu bahawa ayah Aida sudah membawa mereka ke sana. Alhamdulillah, tak perlu aku berulang sekali lagi ke Sri Muda.
Anak-anak angklung diturunkan berhampiran lobi bersama alatan angklung kemudian KIA diparkir di basement pusat convention. Gelapnya bawah tu......naik ke ground floor untuk memanggil anak-anak angklung masuk ke dalam dewan. Arah ditunjukkan oleh Encik Sam.



Sementara menanti pemain-pemain band tiba...kami ke Komplek PKNS untuk membasah tekak. Pusing la punya pusing.....satu goreng pisang pun tak jumpa. Last-last duduk warung lain, beli kuih kat kedai lain. Encik Sam pun join kami bersama. Pukul 3.45 petang kembali semula ke dewan.
Macam nak rehearsal Mimpi Ke Bintang juga......menunggu dan menunggu. Akhirnya giliran kami tiba untuk membuat latihan tetapi bersama CD minus one dahulu oleh kerana para pemain masih otw ke SACC ni. Berterabur budak-budak ni menari dalam lagu kenanganku....yang jadi panduan pun tak boleh dipakai. Kena praktis lagi ni. Bila nak praktis, penari-penari Wariseni Budaya pun nak praktis juga. Jadi kenalah tunggu giliran.



Turn kami tiba sekali lagi....yes! Latihan dimulakan dan teguran dibuat atas kesilapan yang dilakukan. Penari-penari Wariseni Budaya pun turut sama menari dengan lagu Kenanganku kami. Setelah selesai kami menanti live band membuat sound check. Sementara menanti kami memainkan lagu-lagu untuk mengisi kekosongan masa. Bolehlah.....buat gelak-gelak.


Siap sound check kami pun memulakan latihan bersama band. Boleh tahan gak budak-budak ni cover bersama live band. Harap-harap masa persembahan sebenar mereka dapat buat sama seperti latihan ni.



Selesai di dalam dewan kami menuju keluar dewan untuk menjamu selera...........Buffet style.



Siap makan anak-anak angklung menukar pakaian persembahan dan menyiapkan diri dengan solekan. Boleh tahan gak solekan mereka dari hari kesehari........kemudian masuk semula ke dalam dewan dan menanti....menanti....menanti........menanti! Lepas satu, satu acara....dengan penuh sabar, kebosanan....mengantuk menanti lagi. Kekadang melakukan aksi yang tak perlu untuk menghiburkan hati yang tengah kebuhsanan ni!


Sebaik sahaja para penari Wariseni Budaya menghabiskan tarian ketiga mereka, anak-anak angklung mula bersedia. Selepas montage disiarkan.....bapa pengantin memberi ucapan, maka tibalah giliran kami membuat persembahan. Anak-anak angklung mula mengambil tempat. Bermulalah aksi mereka.

Getaran Jiwa


Kenanganku
 
Semua berjalan lancar walaupun begitu ada kesilapan kecil juga berlaku! Mana kacamata Aqashah? Macam-macamlah budak ni! Kedua-dua lagu dapat dimainkan dengan baik walaupun tidak berapa kedengaran atau aku saja yang tak berapa dengar? Turun saja dari pentas....anak-anak angklung mula melaporkan....chekgu....chekgu...chekgu....Aqashah tak pakai cermin mata. Dah patah! Kan chekgu dan tegur dari tadi.....betul-betul berlaku kan......tu la, tak nak dengar kata. Daulat tu!



Jam 10.30 kami mula beransur untuk pulang. Sempat juga kami bergambar atas pelamin bersama Uncle Sam untuk kenangan. Aida mula menghubungi bapanya. Nasib baik ada bapa Aida. TQ bapa Aida! Setelah barang dipunggah ke dalam kereta menuju ke lobi SACC, menanti ayah Aida tiba. Encik Sam pun turut sama membantu menghantar anak-anak angklung pulang. TQ Uncle Sam! jasamu kami kenang.



No comments:

Post a Comment