Sunday, 25 November 2012

Majalah YEZZ

Pagi-pagi sudah ke Stadium Malawati Shah Alam untuk membeli barang basah stok seminggu. Semasa bersarapan di Bistro Al-Ali, teringat untuk membeli majalah YEZZ keluaran Disember 2012 dan gam gajah untuk melekatkan book stand holder yang patah (angklung patah, kalau fail boleh patah pun agaknya patah jugak.....siapa nak gantia ek?). Menghalakan stereng kereta ke Seksyen 2 Shah Alam. Dua kedai diserbu....majalah YEZZ tiada dalam simpanan. Hanya dapat membeli gam gajah sahaja.
 
Terus pulang ke rumah dan  berkemas. Berguling-guling menyiapkan kerja-kerja sekolah. Main game di ipad....bosan! Goreng pisang pula....makan....kenyanglah pulak...alhamdulillah! Last-last ajak Little One ke Komplek PKNS untuk mencari majalah. Punyalah panas di luar sana tu. Aircond kereta Satriaku pun kalah. Macam duduk dalam oven.
 
Kereta dipakir. Terus menuju ke komplek dan mencari kedai menjual majalah dan suratkhabar. Mata liar mencari. Jeng....jeng....jeng....nampak dah. Disambar dan dibuka helai demi helai. Yessss....ada cerita tentang kami. Duit dihulurkan dan majalah menjadi milikku....hahahahahaha kau milikku! Hantar sms pada Encik Sam. Berita gembira tidak boleh disenyap-senyapkan, betul tak? Inilah hasil carianku tadi.......
 
 
 

Thursday, 22 November 2012

Selamat Pagi Malaysia

21 November 2012, sekali lagi kami muncul di udara secara langsung dari Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pukul 6.05 pagi bertolak dengan menaiki van Pak Agus. Kelewatan 5 minit disebabkan dua beradik ni lambat bangun. Loceng bunyi pun tak dengar ke dek non....? Apa-apa pun kami selamat tiba dan selepas memakirkan kereta, kami menuju ke studio.
 
Bergambar di hadapan pintu masuk wisma TV

Berbekalkan 12 orang anak angklung dari 16 orang.....pasti mereka akan memberikan persembahan terbaik untuk kelab dan sekolah. Alatan disusun dan kemudian kami menuju ke bilik solek untuk di touchup oleh abang aw aw kami.




Setelah menunggu hampir sejam 8.15 kami menuju ke luar studio untuk memulakan persembahan pertama kami. Tajuk lagu pembuka tirai kali ini ialah Bengawan Solo rentak kerooncong. Kali ini ada sedikit pembaharuan, Ika akan menghayunkan kod D dalam lagu ini. Dengarkan.



Best! Selesai babak pertama....kami menuju ke Bilik Tetamu Utama untuk menjamah sedikit sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan. Nasi lemak dan 2 jenis kuih. Alhamdulillah.


Selesai makan sekali lagi kami menuju ke tempat persembahan untuk lagu kedua kami iaitu Tari Tualang Tiga. Tunggulah punya tunggu....rupa-rupanya CD sudah 'hang'....gelabah dah ni. Tapi...tempat penyiaran kan....pandailah mereka nak buat apa.
 
 
Lagu terakhir kami Kenanganku....memang memberi kenangan kepada kumpulan kami pada hari ini. Kali ke 2 ke udara di tempat yang sama dalam rancangan yang sama cuma berlainan tarikh. Lagu ini juga turut diiringi oleh dua orang penari yang sungguh jelita dan telah mengambil masa selama 2 jam untuk makeup untuk scene ini sahaja. Fulaweyyyyy!
 
 
Selesai tugas kami untuk pagi ini. Kemas barang dan bertolak pulang ke Shah Alam. Singgah di KFC Bukit Kemuning untuk mengisi perut kami yang tadi hanya dapat buat alas perut sahaja. Selamat menjamu selera anak-anak angklung! Pak Agus pun turut terlibat sama dalam skandal makan-makan ni.....fuyooooo!



Apa-apa pun terima kasih kepada semua. Jasamu dikenang. Selamat menyambut Hari Lahir yang pertama buat Kelab Angklung Wariseni pada 11.10. 2012 yang lalu. Baru dapat tahu tarikh kelab ditubuhkan. Thank you kepada Ahmad Amnan.



Inspirasi Yukimura Arham

Thursday, 15 November 2012

Mari Bermain Gasing

Hari Terakhir di Kraftangan, kami berkesempatan untuk mempelajari teknik-teknik bermain gasing dengan betul. Tak sangka kami menjadi begitu taksub dan membeli beberapa gasing untuk kami main kemudian di sekolah. Waduh.....sudah tukar minat ke?
 
Lihat gambar-gambar di sini : KLIK

Pameran Inspirasi Alam 2

8.30 pagi sudah menanti Pak Agos....yang tidak kunjung tiba. Manalah Pak Agos pergi ni.Selalu janji ditepati. Hari ini sudah melewatkan diri pula. Jam 9.00 pagi baru nampak van Pak Agos. Alhamdulillah. Bergegas kami bertolak ke Jalan Conlay. Seperti yang dijangkakan, jem teruk. Rasanya dah beli roti berkodi-kodi tadi untuk sapukan kat jem tu. Sabau jer lah. Bebudak ni pun tak habis-habis mengancau pemandu dan penumpang yang berada di kiri kanan kereta.
 
Pukul 10.30 Pagi kami tiba di perkarangan Kraftangan. Alatan diletakkan di tepi tangga dan kami menuju ke Cafe untuk menjamah sarapan pagi yang telah dipesan oleh En.Sam untuk kami semua. Thank you Encik Sam. Makan nasi lemak....woooooo. Mahu tido dibuatnya lepas ni.
 
Pukul 12.00 tengahari kami bersiap untuk persembahan sesi pertama. Ariff tak sabar-sabar mahu bertukar pakaian. Biarlah si Lucai terjun dengan labu-labunya.


 
Sebelum membuat persembahan, seperti biasa Big Daddy mesti beri kata dua......lebih kot? Anak-anak dengan tekun mendengarnya.

 
Tepat jam 12.15 persembahan dimulakan apabila para penonton sudah mula mengerumuni kumpulan kami yang sedang berlatih. Jadual sepatutnya pada pukul 12.30 tengahari. Tak kisahlah, sementara penonton ada kami pun mula. Beberapa persembahan kami disertai dengan penari-penari Wariseni dalam lagu Tari Tualang Tiga, Kenanganku dan Besame Mucho. Dari satu lagu ke satu lagu dan selepas 40 minit kami berhenti untuk seketika. Anak-anak dibenarkan meronda sekitar kraftangan buat sementara dan dinasihatkan berkumpul semula pada pukul 1.45 kerana persembahan seterusnya dijadualkan pada pukul 2.00 petang nanti.
 

Sesi kedua dimulakan dan seperti biasa persembahan kami ditonton oleh pelawat-pelawat Kraftangan. Petang ni ramai pula pelajar-pelajar sekolah menjadi penonton kami. Beberapa orang pelancong dari Hong Kong cuba untuk bermain angklung.


Selesai persembahan kami pun ke Cafe untuk mengisi perut kami yang kelaparan sebab tak makan lagi selepas sarapan tadi. Takut tak sempat sebab jarak rehat kami hanya sekejap sahaja.


Selepas makan kami berjalan-jalan disekitar kraftangan. pak Agos hanya akan datang untuk mengambil kami selepas Maghrib. Belum sempat berjalan jauh kami diminta untuk bermain angklung secara live bersama band pakcik yang ada kat atas pentas tu. Terpaksalah mengeluarkan alatan yang dah disimpan dalam kereta tadi. Not bad juga persembahan kami.
 

Salah satu lagu persembahan kami - Serba Salah

 


 
 
 


Tuesday, 13 November 2012

Pameran Inspirasi Alam

Kali ini kami berkampung selama 2 hari di Kraftangan, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Kami dibawa ke sana oleh sifu kami Encik Sam. Seperti biasa Pak Agus menjadi pengangkutan rasmi kami untuk ke sana.
 
Hari pertama 4 November 2012, jam 9.00 pagi kami sudah berkumpul di bangsal menanti Pak Agos tiba. Tepat 9.30 pagi, van pun bertolak dan kami sampai di kraftangan pada pukul 10.30 pagi. Selepas meletakkan mengeluarkan alatan kereta di parkir. Tak mahu ke mana harus dituju dan Encik Sam dihubungi. Ok....pentas ada dua, dalam dan bahagian luar. Kami di arahkan ke bahagian luar.
 
 

Setelah bersalin pakaian, anak-anak angklung mula menyolekkan diri. Pak Andam dan Mak Andam mula memainkan peranan masing- masing.


 
Jam 12.15, kami dipanggil untuk membuat sound check, seperti biasa Sifu memberikan kata dua sebelum melepaskan kami di atas pentas.


Kami pun memulakan persembahan...dari satu lagu ke satu lagu. Pukul 1 tengahari kami pun rehat untuk menghormati waktu zohor. Selepas itu kami diarahkan berpindah ke bahagian dalam komplek pula disebabkan hujan.
 


Bab pertama selesai, kami membawa diri ke Cafe untuk makan tengahari pula. Yeh...yeh!


 
Pukul 2.00 petang sesi kedua bermula semula. Persembahan diteruskan walaupun bilangan penonton boleh dibilang dengan jari. Tidak mengapa kerana ini merupakan satu latihan buat kami juga. Sebelum memulakan persembahan sempat kami menonton persembahan daripada satu band veteran. Sempat juga mereka menemuramah beberapa orang budak-budak angklung ni.




 

Selesai membuat persembahan...kami pun berkemas dan minum petang di cafe sekali lagi. Pak Agos menanti kami dengan setia. Jam 6.00 petang kami pun bergegas pulang. Esok kami akan datang kembali.