Thursday, 22 November 2012

Selamat Pagi Malaysia

21 November 2012, sekali lagi kami muncul di udara secara langsung dari Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pukul 6.05 pagi bertolak dengan menaiki van Pak Agus. Kelewatan 5 minit disebabkan dua beradik ni lambat bangun. Loceng bunyi pun tak dengar ke dek non....? Apa-apa pun kami selamat tiba dan selepas memakirkan kereta, kami menuju ke studio.
 
Bergambar di hadapan pintu masuk wisma TV

Berbekalkan 12 orang anak angklung dari 16 orang.....pasti mereka akan memberikan persembahan terbaik untuk kelab dan sekolah. Alatan disusun dan kemudian kami menuju ke bilik solek untuk di touchup oleh abang aw aw kami.




Setelah menunggu hampir sejam 8.15 kami menuju ke luar studio untuk memulakan persembahan pertama kami. Tajuk lagu pembuka tirai kali ini ialah Bengawan Solo rentak kerooncong. Kali ini ada sedikit pembaharuan, Ika akan menghayunkan kod D dalam lagu ini. Dengarkan.



Best! Selesai babak pertama....kami menuju ke Bilik Tetamu Utama untuk menjamah sedikit sarapan pagi yang disediakan oleh pihak pengurusan. Nasi lemak dan 2 jenis kuih. Alhamdulillah.


Selesai makan sekali lagi kami menuju ke tempat persembahan untuk lagu kedua kami iaitu Tari Tualang Tiga. Tunggulah punya tunggu....rupa-rupanya CD sudah 'hang'....gelabah dah ni. Tapi...tempat penyiaran kan....pandailah mereka nak buat apa.
 
 
Lagu terakhir kami Kenanganku....memang memberi kenangan kepada kumpulan kami pada hari ini. Kali ke 2 ke udara di tempat yang sama dalam rancangan yang sama cuma berlainan tarikh. Lagu ini juga turut diiringi oleh dua orang penari yang sungguh jelita dan telah mengambil masa selama 2 jam untuk makeup untuk scene ini sahaja. Fulaweyyyyy!
 
 
Selesai tugas kami untuk pagi ini. Kemas barang dan bertolak pulang ke Shah Alam. Singgah di KFC Bukit Kemuning untuk mengisi perut kami yang tadi hanya dapat buat alas perut sahaja. Selamat menjamu selera anak-anak angklung! Pak Agus pun turut terlibat sama dalam skandal makan-makan ni.....fuyooooo!



Apa-apa pun terima kasih kepada semua. Jasamu dikenang. Selamat menyambut Hari Lahir yang pertama buat Kelab Angklung Wariseni pada 11.10. 2012 yang lalu. Baru dapat tahu tarikh kelab ditubuhkan. Thank you kepada Ahmad Amnan.



Inspirasi Yukimura Arham

No comments:

Post a Comment