Hari Rabu, 26 September 2012 bertempat di Dewan SMK Taman Sri Muda, Kelab Angklung Wariseni membuka gerai menjual barang-barang terpakai. Buat pertama kalinya kelab tidak membuat persembahan di atas pentas. 7.00 pagi Ariff dan Hanim setia menanti cikgunya di hadapan sekolah dalam renyai-renyai hujan. Menurunkan barang-barang untuk dibawa masuk ke dalam dewan.
Dewan digunakan pula untuk aktiviti karnival disebabkan hujan. Terpaksalah kami menanti sehingga habis acara di dalam dewan untuk menyusun barang-barang. Sebaik sahaja acara tamat kami pun mula mengangkat dan menyusun barang-barang untuk jualan di atas meja.
Aktiviti jualan ini diteruskan hingga ke sesi petang. Sambutan sesi pagi amat menggalakkan sementara sesi petang mula beransur kurang disebabkan barang-barang 'hot' kami habis terjual pada sesi pagi.
Sesi jual beli berakhir pada pukul 4.30 petang oleh kerana persiapan dewan perlu dibuat takut-takut hujan pula apabila aktiviti seterusnya dijalankan. Yes, papan kenyataan kelab mendapat tempat ketiga dalam pertandingan. Tahniah kepada anak-anak kelab yang bertungkus-lumus mengemaskinikan papan apabila diarahkan.
No comments:
Post a Comment