Sunday, 30 September 2012

Pertandingan Apresiasi Seni Visual 2012

Selalunya kami mengadakan persembahan di luar Shah Alam tetapi hari ini, 29 September 2012, kami membuat persembahan di tempat kami dilahirkan iaitu di Galeri Shah Alam. 7.30 pagi kami bertolak ke Tasik Shah Alam dengan menaiki Avanza, Kia Sportage dan Exora yang membawa hanya 12 orang anak-anak kelab angklung. Setibanya di tasik kami disambut oleh En.Sam dan beliau mula sibuk menyusun atur kedudukan alatan dan anak-anak angklung di tempat yang disediakan. Setelah semuanya selesai kami semua mula ke meja makan untuk bersarapan pagi. Meehun goreng bersama dengan dua jenis kuih. Alhamdulillah!


 
 

 
Selesai bersarapan anak-anak angklung bersiap sedia pula untuk disolek. Jurusolek kali ini, Puan Malisa pula.
 

 
Siap disolek, mereka ke tempat masing-masing dan menanti ketibaan VIP. Ketibaan mereka disambut dengan Gamelan Salwa dari Banting serta disahut oleh alunan angklung dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita.

 


Sebaik sahaja majlis dirasmikan gamelan mendahului paluan gong dan kemudian sekali lagi lagu Angklung Sambutan dimainkan menandakan acara telah dirasmikan dengan jayanya.



Persembahan diteruskan berselang seli dengan paluan gamelan yang lunak. Pengetua kami, Tuan Haji Abdul Wahid bin Takat, turut hadir untuk memberikan semangat kepada anak-anak. Ternyata ayunan angklung mereka bertambah baik.

 
Sebelum bersurai kami berkumpul dan bergambar bersama kumpulan Gamelan Salwa sebagai kenangan.
 
 
Selesai majlis kami sekali lagi menjamu selera di tempat yang telah disediakan. Masing-masing menerima goodies semasa makan.



Sebelum pulang kami bergambar sekali lagi di atas pentas utama Galeri Shah Alam. Ada pula mamat kechik kat ujung tu terselit dalam kumpulan kami!
 
 
Angklung Sambutan


Budi Bahasa Budaya Kita


Carta Hati


Koo Gud (Thailand)


 Tari Tualang Tiga

 

Karnival Apresiasi Kokurikulum 2012

Hari Rabu, 26 September 2012 bertempat di Dewan SMK Taman Sri Muda, Kelab Angklung Wariseni membuka gerai menjual barang-barang terpakai. Buat pertama kalinya kelab tidak membuat persembahan di atas pentas. 7.00 pagi Ariff dan Hanim setia menanti cikgunya di hadapan sekolah dalam renyai-renyai hujan. Menurunkan barang-barang untuk dibawa masuk ke dalam dewan.
 

 
Dewan digunakan pula untuk aktiviti karnival disebabkan hujan. Terpaksalah kami menanti sehingga habis acara di dalam dewan untuk menyusun barang-barang. Sebaik sahaja acara tamat kami pun mula mengangkat dan menyusun barang-barang untuk jualan di atas meja.
 



Aktiviti jualan ini diteruskan hingga ke sesi petang. Sambutan sesi pagi amat menggalakkan sementara sesi petang mula beransur kurang disebabkan barang-barang 'hot' kami habis terjual pada sesi pagi.
 

Sesi jual beli berakhir pada pukul 4.30 petang oleh kerana persiapan dewan perlu dibuat takut-takut hujan pula apabila aktiviti seterusnya dijalankan. Yes, papan kenyataan kelab mendapat tempat ketiga dalam pertandingan. Tahniah kepada anak-anak kelab yang bertungkus-lumus mengemaskinikan papan apabila diarahkan.
 
 
 
 

Bazar Seni Budaya

23hb September 2012, setelah mendapat persetujuan antara JKKN dan pihak sekolah maka kami bertolak ke Jalan Raja untuk membuat persembahan dalam bazar bulanan anjuran JKKN. Jam 6.00 petang Encik Bala telah tiba dengan bas persiarannya untuk membawa kami ke sana. Perjalanan memakan masa hanya 30 minit. Jalan tidak sesak agaknya.

Jadual Persembahan
 
Kami diturunkan dihadapan Dataran Merdeka dan berjalan kaki menuju ke sana. Berat juga membawa angklung dan book stand ni. Kesian anak-anak angklung. Demi sekolah dan seni tercinta diharungi jua. Sesampai di sana kami di sambut oleh AJK Bazar Puan Salina. Makanan diagihkan kepada semua dan kami beralih ke Dataran semula untuk menjamu selera. Selepas tawaf Dataran Merdeka, baru kami dapat solat di sebuah surau berdekatan dengan gerai yang dikunci. Kesian kami. Berpeluh-peluh mencari.
 

 
 

Selesai bersolat kami menuju ke Dataran semula dan bergambar untuk kenangan. Datin Zahidah kita juga tak mahu ketinggalan.



 
 
Setelah berkemas kami menuju semula ke tapak persembahan. Datin Zahidah mengambil alih tugas menyolek anak-anak angklung pada malam ini.
 


 
 
Puan Salina mengambil sedikit maklumat mengenai kelab dan kemudian mengarahkan kami bersiap-sedia apabila penari-penari selesai menari maka giliran kami pula naik ke pentas.
 
 
Kami memainkan empat buah lagu iaitu Getaran Jiwa, Dahil Sayo, Kenanganku dan Anak Kampung. Masa diberikan pada kami hanya 15 minit sahaja. Oklah tu. Pengalaman buat anak-anak angklung...berdiri di atas pentas lori.


 
 
Sebaik sahaja selesai persembahan alatan dipunggah dan diikat rapi. Anak-anak angklung dibenarkan untuk melawat bazar sehingga sepuluh malam. Sebelum itu kami bergambar sekali lagi untuk kenangan kelab.
 

Sekali lagi sebelum menaiki bas pulang ke Shah Alam kami bergambar di hadapan Dataran Merdeka.
 

Getaran Jiwa


Anak Kampung


Dahil Sayo (Lagu Filipina)


Kenanganku






Sunday, 16 September 2012

Wedding Ila dan Man

Herrmmmmmm......jiran selang beberapa lot buat majlis perkahwinan, boleh terlupa untuk perkenalkan kelab angklung sekolah pada mereka. Terlalu sibuk dengan aktiviti di luar kawasan, inilah gamaknya. Kagum dengan kad jemputan yang berkonsepkan penerbangan...boarding pas dan buah tangan daripada pengantin menggunakan karikatur mereka. Next time...akan dipastikan tidak dilupakan majlis dipersekitaran rumah!
 
 
 
 

Saturday, 15 September 2012

Majlis Perkahwinan Siti Nurul Ain dan Wan Mohd Mataruddin

Kad undangan ke Majlis Pengantin Perempuan di Kelang.

 
 
 
 
Terima kasih atas undangan. Hadiah paling istimewa kami bawakan dari sekolah untuk mempelai di hari bersejarah mereka. Jam 12.30 setelah siap bersolek-solek dengan bantuan Cikgu Elsa kami pun bertolak ke Taman Kembara, Kelang.

 


Tersalah masuk jalan pula terpaksa u-turn dan masuk semula Jalan Rantau Panjang yang sibuk tu. Akhirnya sampai juga. Orang belum ramai dan kami dapat pakir kereta dengan selesa. Setelah meletakkan alatan kami pun ke meja bufet untuk menjamu selera.
 

 
Burrrpppppp....alhamdulillah kenyang sudah. Kami akan membuat persembahan semasa pengantin makan berdamai nanti. Sebelum itu kami menyaksikan dan mendengar paluan kompang dari seksyen 20 kemudian melihat persembahan silat. Comey sungguh budak kecik tu!



Setelah ucapan diberikan pengantin turun dari singgahsana dan duduk di meja makan. Kami pun bersiap-siap untuk membuat persembahan. Lagu pertama yang kami mainkan adalah lagu Selamat Pengantin Baru diikuti lagu Getaran Jiwa, Poco-poco, Kaulah Segalanya dan Kenanganku. Syukur, persembahan kami berjalan lancar hari ini dan cuaca turut membantu. Bimbang juga jika hujan. Sempat juga kami bergambar bersama mempelai. Jam 3.30 petang kami beransur pulang ke Shah Alam.






 
 
Lagu Poco-poco tidak dirakamkan.....lupa! Jadi kat sini letakkan rakaman sewaktu latihan sajalah ya.



Membawa pulang buah tangan yang diberikan oleh keluarga pengantin untuk para ahli kelab.