Hari ini, kelab angklung akan membuat persembahan di rumah sendiri. Acapkali persembahan di rumah sendiri anak-anak angklung akan gementar dan pucat lesi. Maklum....mereka akan bermain di hadapan kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak mereka. 7.30 pagi semua anak-anak angklung dah bersedia depan bilik disiplin untuk mengambil angklung masing-masing. Hujan rahmat masih turun sejak malam tadi. Oleh sebab itu majlis ini berpindah ke dalam dewan sekolah.
Bergambar sebelum memulakan majlis |
Sabar menanti di luar dewan, macam-macam pesanan penaja diberikan kepada anak-anak angklung sebelum memulakan persembahan. Jampi serapah di pus puskan. Moga persembahan berjalan lancar. Hanya dua buah lagu sahaja yang akan diperdengarkan iaitu Dendang Perantau dan Selamat hari Raya (Caca). Menanti Vip dan VVIP habis berucap....jenuh juga.
Selesai sahaja VVIP berucap, anak-anak angklung naik ke pentas dan memulakan ayunan angklung. Adoyai.....apa nak jadi persembahan pagi ni. Apa nak jadi......apa dah jadi.......ayoyoyo......!
Malas nak fikir...selesai sahaja persembahan terus angkut alatan dan simpan. Pastu cikgu pun balik rumah laaaa.....buat urusan lain. Mungkin petang nanti persembahan akan menjadi lebih baik. Seperti yang dijanjikan jam 5.00 petang semua pelajar sesi petang mula turun ke Dataran Kejat. Setelah menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor serta doa dan ikrar dibacakan, maka Puan Pusparani selaku Penolong Kanan petang membuat ucapan......dan seperti biasa selepas ucapan angklung membuat persembahan. Sebelum naik ke pentas, macam-macam nasihat penaja diberikan agar anak-anak angklung dapat memberikan persembahan terbaik kali ini.
Yes....terbaik dari anak-anak angklung. Mendapat pujian dari Puan Pusparani. Tq Puan Puspa. Lega hati ni....berbaloi latihan berhari-hari. Terima kasih dan selamat hari raya kepada anak-anak angklung. Teruskan usaha anda walaupun banyak dugaan yang cikgu beri pada kamu semua! I'm proud of u alls.
No comments:
Post a Comment