Pukul 12.15 tengahari, ahli-ahli Kelab Angklung sudah berkumpul depan sekolah. Bagus....mereka sudah mula belajar menepati masa. Setelah peralatan diambil, ahli-ahli kelab dihantar bergilir-gilir ke rumah pengantin yang terletak di Andorra Apartment di Taman Sri Muda. Mereka dijamu dengan makanan yang enak sebelum memulakan persembahan.
Setelah menjamu selera, kesemua ahli kelab menuju ke satu sudut yang agak tersembunyi untuk berlatih bak seketika. Para tetamu yang telah selesai menjamu selera dan ingin berangkat pulang leka seketika untuk melihat kami berlatih.
Ahli kelab juga sempat mengalunkan lagu 'Happy Birthday To You' semasa berlatih. Walaupun kedengaran agak sumbang namun ia membanggakan oleh kerana mereka mampu membuat skor lagu tanpa bantuan guru.
Jam 2.30, pengantin mula diarak kepelamin. Paluan kompang kedengaran sayup-sayup. Ahli kelab diarahkan bersedia.
Setelah paluan kompang berakhir maka tibalah giliran ahli kelab pula. Pada mulanya kami berbaris di tepi pelamin tetapi agak terperanjat juga, kami telah diarahkan untuk berdiri betul-betul depan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin.
Sebelum pulang semua ahli kelab mendapat buah tangan daripada pengantin baru. Kesemua ahli tersenyum lebar setelah mempersembahkan tiga buah lagu dengan jayanya.
Hari Minggu ke Jalan Pasar Pudu untuk mencari 'music stand', tamborin dan organ/piano untuk kegunaan kelab. Memang rambang mata bila berada di kedai-kedai berkenaan. Macam-macam ada dan harga memang sungguh berpatutan. Nampaknya Unit Kokurikulum akan bertambah bising dengan Kelab Angklung yang akan mula menambahkan stok alatan muziknya.
Harga RM98 dan stand RM55
Music stand RM48, murah tapi agak berisiko dengan ahli yang agresif