Saturday, 11 February 2012

Latihan Persembahan - Mesyuarat Agong PIBG 2012

Jam 7.30, selepas perhimpunan kecil di Dataran Kejat, semua ahli kelab mula berkumpul di depan bilik kelab. Setelah arahan dikeluarkan, mereka mengambil angklung dan memulakan latihan. Tetapi persembahan yang diberikan tidak memberangsangkan....rupa-rupanya semua ahli kelab masih belum bersarapan pagi.

Setelah diberikan setengah jam maka semua ahli dapat membuat latihan dengan penuh bersemangat. Walaupun terdapat beberapa kelemahan tetapi ianya dapat diatasi dengan latihan yang berulang-ulang diarahkan oleh guru penasihat. Walaupun letih dan jemu, semua ahli tetap memberikan kerjasama yang utuh!











No comments:

Post a Comment