Sunday, 25 January 2026

Tautan Ukhwah : Azhar dan Farehah

Hari ini aku berbekalkan 8 orang ahli KAW Team plus 2 orang ex iaitu Farhanis dan Umairah. Lagu-lagu yang kami bawa kali ini memang berlainan keran merupakan pilihan mempelai dan keluarga mempelai. Aku sempat melatih anak-anak ini selama 4 hari sahaja....latihan lain dikendalikan oleh senior kerana aku tidak berada di tanah air sampai 19 Januari 2026.

Keluarga mempelai sebenarnya telah setahun menempah kumpulan kami. Alhamdulillah di hari kejadian semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Haniff membantu aku membawa anak-anak angklung ke destinasi....Dewan Harmoni yang terletak di Teluk Panglima Garang, Kampung Sijangkang.












No comments:

Post a Comment