Penutup aktiviti tahun ini diakhiri dengan majlis konvokesyen di USIM di Dewan Tuanku Canselor. Kali ini hanya aku dan Syafiq sahaja yang menyertai konvo ini dan Syafiq membuat persembahan solo dengan pilihan dua lagunya iaitu Yang Noi Rao Koie Rak Gan dan Betapaku Cinta Padamu. Kali ini aku diringi oleh group bagpipe polis naik ke pentas untuk bersama-sama dif-dif yang lain untuk menerima anugerah Grand Master Coach. Diakhir majlis kesempatan ku ambil untuk bergambar bersama-sama Syafiq.
Sunday, 21 December 2025
Konvokesyen USIM TVet
Monday, 8 December 2025
Sunday, 7 December 2025
Tautan Ukhwah : Alim dan Fatin
Hari ini menghiburkan tetamu Cikgu CT Raxkina pula. Hari bahagia Alim anak kepada cikgu CT diraikan diatas singgahsana bersama-sama pasangannya Fatin. Kelab Seni Kebudayaan dan Angklung Wariseni menguasai pentas hari ini. Persembahan nyanyian yang padu dari Wellen, Hasya dan seorang lagi ex SMKTSM...tak ingat pula aku namanya siapa. Persembahan tarian zapin dan Cak Cak Cekuk. Angklung mengiringi pengantin dan menghiburkan para tetamu dengan gemersik angklung pula. Majlis berjalan lancar dan persembahan pun tersusun rapi. Kerjasama yang padu antara staf dewan dan anak-anak seni ini. Tahniah cikgu CT dapat menantu, semoga bahagian hingga ke Jannah. Amiin..
Wednesday, 3 December 2025
BENGKEL PEMERKASAAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SK SETIA ALAM (ANGKLUNG)
Bertemankan Jesson dan Syafiq kami menuju ke SK Setia Alam, melalui jalan dalam yang pernah kami lalui tetapi tidak ingat arah tujuan ke mana. Namun kami teruskan perjalanan dan sesampai di lokasi sekolah kami disambut oleh pengawal bertugas yang menunjukkan arah di mana kami harus letakkan kereta. Kebetulan Cikgu Najihah juga sampai tepat waktu dan kami sama-sama bergerak ke studio yang berada di tigkat 3. Meriah suasana sekolah kebetulan hari ini hari graduasi murid-murid darjah 6.
Aku memulakan persiapan untuk bengkel, memasang laptop dan menyambung ke peti suara agar lagu yang dimainkakn nanti terang. Sebelum memulakan bengkel kami dijamu dengan home cooking mi goreng yang dimasak sendiri oleh Cikgu Najihah. Tepat jam 10.30 pagi bengkel pun dimulakan. Satu persatu kuajarkan kepada cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang ada sehinggalah akhirnya mereka dapat memainkan beberapa lagu dengan bimbingan.Syabas kepada cikgu-cikgu yang terlibat juga kepada anak-anak murid. Sempat kami merakamkan kenangan bergambar beramai-ramai dan penyampaian hadiah dan sijil kepada pihak sekolah tanda terima kasih dan kolaborasi antara 2 sekolah.









