Kisah ini bermula 4 tahun yang lalu di bawah pemerintahan 3 orang pengetua, Usulan dibuat kepada pihak PPD dan JPN namun ditolak atas sebab-sebab tertentu menyebabkan program ini tidak dapat dilaksanakan. Tahun 2025, aku mencuba nasib sekali lagi untuk mendapatkan kelulusan dan memperkemaskan kertas kerja aku sekali lagi. Bajet tidak aku masukkan kerana dialah punca utama kertas aku ini ditolak.
Akhirnya aku mendapat respon daripada pihak KPM sendiri dan Encik Daneal menghubungi aku secara personel untuk memperkemaskan kertas kerja aku untuk dibentangkan secara atas talian sahaja. Banyak juga yang aku harus buat dan beberapa kali ditolak oleh pihak KPM. Akhirnya pihak sekolah mendapat surat jawapan yang menggembirakan. Alhamdulillah, bermulakan perjalanan aku menguruskan program ini. Dari masa ke semasa kuolah dan kupermudahkan urusan program akan berjalan dengan lancar.
Namun apa yang aku alami sepanjang perjalanan program memberikan banyak pengalaman dan pengajaran. Di sini, aku mengenali mana kawan mana lawan. Rakan-rakan maya yang aku temui disepanjang program ada yang membina dan tidak kurang juga kaki kritik. Itulah asam garam kehidupan....tidak semuanya indah. Teguh dengan pendirian, itu sepatutnya aku pegang sejak mulakan program ini tetapi aku terlalu berlembut hati menyebabkan kaki kritik mula memijak sana sini. Tetapi pijakkan mereka cuba kulapik kualas sebaik mungkin agar perjalanan program berjalan lancar.
30 September 2025, D-Day! Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Siaran langsung yang dijalankan serba sederhana. Tiada persiapan yang gah, cukup santai untuk mengumumkan para pemenang. Banyak kelemahan dalam pengacaraan ini. Namun kami berbangga akhirnya program ini dapat dilaksanakan selepas 4 tahun kami menunggu dan memohon. Alhamdulillah walaupun slide kami tidak dapat dipersembahkan sebaik mungkin namun siaran berjalan dengan lancar. Memang cukup sederhana. Para juri dapat memberikan ulasan dengan baik dan kena pada kami sedas dua.....hahahaha. Pengajaran buat kami!








No comments:
Post a Comment