Majlis yang dirancang secara adhoc....3 lagu disediakan untuk 2 orang guru sesi petang yang didendangkan oleh anak-anak Seni Kebudayaan iaitu Loshini - Lagu Hindi, Wellen dan Hasya , Haram dan Whitney - Yek Liang Tai Piau Wo De Xin. Aku turut sama mendendangkan rangkap akhir lagu tersebut bersama-sama Whitney. Lari lirik plak tu...hahahaha. Kelab Angklung hanya mengiringi mereka berdua ke pentas dengan gemersik angklung bersama-sama jidur rentak lagu Gendang 9. Hadiah sempat kusampaikan bagi pihak kelab angklung dan seni Kebudayaan. Hamper barangan baby lelaki. Tahniah cikgu berdua, moga lebih cemerlang dan gemilang di sekolah baharu.

No comments:
Post a Comment