Joan selaku pengerusi kelab mengepalai aktiviti rakaman tahun ini. Kesemuanya berkesempatan terlibat dalam pembikinan musik video raya. Idea dan suntingan semua dilakukan oleh krew-krew senior sementara adik-adik di itingkatan 1 dan dua mamtuhi arahan yang diberikan. Aku hanya menjadi pemerhati dan terlibat di dalam beberapa segmen video tersebut. Thniah....kamu semua memamng berbakat di dalam bidang ini. Teruskan usaha ini hingga kamu mencapai impian. Totonilah video tersebut di laman sesawang Youtube.
Thursday, 27 March 2025
Tuesday, 25 March 2025
Santai Bahasa
25 Mac 2025 kami berkesempatan untuk memperlihatkan kehebatan anak-anak pelapis 2025 kepada rakan-rakan mereka di sekolah. 4 buah lagu didendangkan tetapi hanya dua buah lagu yang dilatih untuk tujuan hari ini iaitu lagu Menjelang Hari Raya dan Balik Kampung. Not bad....walaupun gerak tari berterabur dan alunan angklung juga berterabur. Gemuruh maybe dan mungkin rakan-rakan mengajuk mereka. Cabaran dan pengalaman berharga.
Thursday, 20 March 2025
Latihan Intensif III : Pelapis 2025
Minggu ini cikgu sendiri mengendalikan latihan disebabkan pembantu jurulatih memulakan latihan bekerja. Anak-anak ini boleh memainkan angklung cuma masih belum mahir dalam menggoyangkan angklung mengikut teknik yang betul serta penghayatan lagu yang dimainkan tiada. Banyak lagi yang aku harus bimbing mereka untuk mencapat tahap seperti senior mereka. Alhamdulillah...para senior ringan tangan membantu cikgu sewaktu rehat. Terima kasih kerana membantu cikgu.
Thursday, 13 March 2025
Latihan Intensif II : Pelapis 2025
Latihan masih dikendalikan oleh Fatihah, perkembangan yang sangat bagus dari anak-anak 2025 ini. Banyak lagu yang mereka boleh mainkan dengan baik cuma pergerakan tari masih kekok. Alah bisa tegal biasa, lama-lama oklah tu. Minggu depan menjadi anggungjawab penuh aku melatih mereka pula. Tunggulah dari senior yang free dan boleh datang mengajar.
Tuesday, 11 March 2025
Mesyuarat Agung KAW Team
Mesyuarat kali ini dikendalikan oleh senior KAW Team sementara aku berada di kabin hadapan untuk melihat mesyuarat Kelab Seni Kebudayaan yang dikendalikan oleh Cikgu CT Raxkina dan para senior. Tahniah kepada ahi-ahli baharu moga rajin datang menjalani latihan.