Mendapat jemputan adhoc pada petang hari Isnin daripada puan Linda. Berebut-rebut aku meminta Syafiq Ikram menghubungi ahli-ahli kelab dan aku dapat mengumpulkan 13 orang pemain angklung termasuklah ex Nadia Sofea. Tugasan kami senang sahaja hari ini iaitu mengiringi VIP dan mendendangkan 2 buah lagu sewaktu rehat antara penyampaian sijil dan anugerah.Bekpes pun ada makanan siap pek dalam lunch box yang cantik. Rezeki anak-anak angklung hari ini. Kami dapat menyempurnakan tugasan dengan baik walaupun raptai secara adhoc juga. Moga mereka tidak serik untuk menjemput kami ilagi nanti. Syukur....majlis berjalann lancar hari ini.
Tuesday, 10 December 2024
Saturday, 7 December 2024
Majlis Tamat Program Bermodul PKNS
Majlis dilaksanakan di Dewan Aster IBu Pejabat PKNS di seksyen 14 berhadapan dengan Komple Alam Sentral. Mereka sudah lama menjemput kami ke sana dan tugasan kami di sana mengiringi VIP, persembahan selingan penyapian sijil dan sewaktu mereka menikmati hidangan tengahari. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih PKNS kerana memberikan kepercayaan kepada kami hari ini. Moga ada kesinambungan hubungan antara PKNS dan Kelab Angklung Wariseni.
Monday, 2 December 2024
SIBF 2024
Hari ini aku lone ranger sahaja ke Setia City Convention Centre dengan 13 orang anak-anak angklung. Pak Agos tetap menjadi teman setia membawa kami ke sana. Kami akan memainkan angklung di ruang foyer dewan. Patutnya kami mula bermain pada jam 12.00 tenghari namun disebabkan sudah ramai pengunjung duduk di hadapan pentas maka kami mulakan seawal jam 11.45 pagi. Sebanyak 15 buah lagu kami dendangkan pada hari itu dan selebihnya kami dendangkan di luar dewan bersama-sama kumpulan Pok Deng.
Sunday, 1 December 2024
Tautan Ukhwah : Hakim dan Alia
Majlis anak Pak Gos yang berlangsung di Dewan Teratai pada 1 Disember 2024. Kami yang mengawasi perjalanan majlis bersama-sama emcee of the day dari mengiringi pengantin ke pelamin sehinggalah majlis bergambar. Kecuali potong kek dan salam restu kami serahkan pada emcee sepenuhnya. Kesemua 20 lagu yang kami sediakan pada hari tersebut dapat kami mainkan walaupun banyak kali kami berhenti rehat. Terima kasih kepada Pak Agos kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.