Sunday, 17 November 2024

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih : Puan Zalina binti Hassan

Tiga lagu kami sediakan untuk majlis ini iaitu lagu Bintang Hatiku, Suatu Masa dan Pelangi Petang. Namun lagu Bintang Hatiku dan Suatu Masa kami hanya sebagai latar sahaja menguatkan nyanyian solo Wellen dan Megat. Sementara lagu Pelangi Petang adalah lagu utama kami atas permintaan pengetua SMKTSM. Majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat turun. Kami sempat mengiring Puan Zalina ke atas penatas juga mengiringi Puan Zalina ke kereta hiasan. 






Wednesday, 13 November 2024

SELHAC APRECIATION DINNER 2024

Majlis ini sepatutnya diraikan pada bulan oktober yang lalu namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Maka hari ini 13 November kami bertolak ke Hotel Mandarin Oriental pada jam 4.45 petang. Hujan agak lebat sebelum itu namun kembali reda semasa kami bergerak dari sekolah. Perjalanan kami ke sana tidaklah mengharugi jem yang teruk dan kami sampai seperti disediakan pakir untuk kami. Alhamdulillah, berhampiran dengan pintu masuk.

Kami disambut oleh Azrin di lobi hotel dan dibawa ke restoran untuk menjamu selera. Hari ini anak-anak angklung merasa dilayan oleh pramusaji hotel 5 bintang. Makan menu table d'hote. Sebaik sahaja selesai makan kami terus bersedia di hadapan dewan untuk mengiringi para VVIP termasuklah Menteri Besar Selangor.Kami meneruskan persembahan dengan lagu permintaan mereka iaitu Laskar Pelangi dan kemudian turun pentas untuk bersedia slot yang kedua.

Kami berlatih sebentar di luar hotel untuk lagu Matsuri oleh kerana kami dimaklumkan tidak perlu lagu tersebut, namun di saat akhir mereka tukar aturcara. Nasib baik kami masih belum bergerak dari sekolah dan dapat menjalankan latihan dan pek semula angklung-angklung kami. Lau Matsuri dapat kami mainkan dengan baik cuma gerak tari dari dua orang pemain angklung agak kekok. Dalam perhatian aku untuk dbaiki lagi tarian mereka ini nanti.

Kami sampai di sekolah jam 10.00 malam dan aku menunggu ibu bapa hadir untuk mengambil anak-anak mereka kecuali Arifah dan seorang lagi anak anglung tingkatan 1 kuhantar pulang. Terima kasih semua, mendapat feedback dari Puan Azrin persembahan kami disukai oleh semua. Ahamdulillah.








Saturday, 9 November 2024

Majlis Apresiasi Atlet SMKTSM 2024

Jemputan persembahan yang aku terima pada hari Khamis daripada cikgu Abu Supian. Terkezut....sebab tak buat apa-apa persediaan. Anak-anak angklung beragama Kristian pula sibuk dengan aktiviti di gereja. Joan pula kaki terseliuh disebabkan main ragbi. Makanya aku terpaksa hubungi anak-anak angklung tingkatan 5 untuk cover pemain-pemain muda. Cikgu Abu maklumkan hanya perlukan 10 orang pemain, makanya Naufal dan Farhanis turut menyumbang kemahiran. Persembahan berjalan lancar dan mendapat pujian semua. Pilihan lagu kami tepat hari ini iaitu lagu Gemilang nyanyian Ella dan One Moment in Time yang dipopularkan oleh Whitney Houston. Alhamdulillah......ungkapan yang dapat diluahkan. Terima kasih semua!






Saturday, 2 November 2024

Tautan Ukhwah Gravit8@Klang South

Majlis ini merupakan majlis classmate aku semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah di Kelang. Kawan baik tu ....kemana-mana mesti kami berdua. Hari ini aku berkesempatan untuk membawa anak-anak angklung aku ke majlisnya. Hari ini aku lone ranger. Tapi tak kisah sebab lagu-lagu yang akan kami mainkan hanya 10 buah lagu sahaja. 13 orang murid hari ini yang ku bawa. Azrul turut serta last minute. Namun persembahan kami berjalan lancar dan ada yang bertanyakan tentang kami. Nak tempah ler tuuuu.....