Saturday, 25 May 2024

Gala Dinner Persatuan Juru X-ray Malaysia

Mendapat panggilan daripada Encik Nizam untuk menempah kami dalam majlis makan malam mereka. Persetujuan diperoleh dengan cepat dan kami akan menghiburkan mereka sewaktu mereka menjamu selera nanti. Hanya 13 orang ahli KAW yang menyertai persembahan malam ini. Persembahan santai kami dimulakan dengan alunan lagu Getaran Jiwa dan diakhiri dengan lagu Tears in Heaven. Sebaik sahaja peranan kami selesai kami mula beransur pulang ke sekolah. 



Hari ini juga merupakan persembahan terakhir untuk anak-anak angklung tingkatan 5. Selepas daripada ini mereka akan mula fokus kepada peperiksaan SPM 2024 mereka. Gud luck kepada Levialain, Naufal, Farhanis dan Umairah. Terima kasih atas kerjasama kalian dalam 5 tahun menjadi ahli Kelab Angklung Wariseni.


Tuesday, 21 May 2024

Bengkel Angklung PPKI SMK SS17 (1)

Hari ini ke SMK SS17, meneruskan latihan angklung untuk anak-anak PPKI. Hari ini aku berbekalkan lagu Wau Bulan untuk melembutkan ayunan tangan anak-anak PPKI terutama ahli-ahli baharu. Alhamdulillah nampaknya kumpulan ini agak mudah dibentur dan mereka boleh bermain dan mengayunkan angklung dengan baik buat pertama kalinya.





Twibbon : Memperingati Hari Bandung Kota Angklung

Diraikan majlis pada 21 Mei setiap tahun. Maka kami juga turut meraikan dengan menandakan sokongan kami dalam twibbon yang telah disediakan. Juga kami telah turut serta dalam aktiviti 12 Jam Bandung Ngurulung Angklung yang akan dijayakan pada 6 Jun 2024 nanti di sana. Tetapi kami hanya menghantar video sahaja tidak secara live!






Thursday, 16 May 2024

Hari Guru

Tema Hari Guru tahun 2024 gah rasanya. Hopefully kami-kami guru di Malaysia dapat merealisasikannya dengan sebaik mungkin. SMK Taman Sri Muda merayakan Hari Guru pada 16 Mei 2024 di Dataran Perpaduan dengan menggunakan tema 'Jika aku bukan seorang guru". Memamng meriah. Pelbagai persembahan telah disajikan semasa majlis perasmian dan juga sewaktu santai guru menjamu selera. Kelab Angklung Wariseni turut tidak ketinggalan dengan mempersembahkan dua buah lagu dari ahli seior iaitu lagu Wanita Terbahagia dan Kenangan Terindah sementara ahli junior membawakan lagu Empat Dara dan Simply the Best.






Monday, 13 May 2024

Rakaman Memperingati Hari Bandung Kota Angklung

Kami tidak mahu ketinggalan juga turut sama mahu meraikan aktiviti yang akan dilaksanakan pada 6 Jun ini di Kota Bandung. Kami mengirimkan video kami kepada pihak pengurusan aktiviti di sana untuk turut sama meriuhkan 12 Jam Bandung Ngurulung Angklung.





Saturday, 11 May 2024

Gotong-royong Perdana SMKTSM 2024

Tahun ini KAW Team berkolaborasi dengan Kelab Seni Kebudayaan sesi pagi dan petang untuk melaksanakan gootong-royong di Laman Nada. Alatan dan bahan sudah kami pesan seadanya untuk melaksanakan sesi ini. Memulakan tugasan dengan membahagikan kerja kepada mereka. Umairah, Alisha dan Joannanne ditugaskan untuk membersihkan bahagian hadapan sekolah iaitu tembok bersebelahan dengan kantin.

Kerja-kerja di Laman Nada dimulakan dengan menyusun tayar untuk menanam beih baharu dan 2 pokok pain. Mencabut rumput-rampai yang terdapat di dalam pasu dan memasang semula payung taman serta susunan bata. Kerja-kerja diteruskan dengan mengecat tayar-tayar yang digunakan agar kelihatan ceria. ADUN Kota Y.B. Tuan Preakas A/L Sampunathan sempat juga melawat kabin kami yang daif dan bergambar bersama-sama team gotong-royong hari ini.





Selesai semua tugasan kami berkumpul dikantin untuk menjamah makanan yang dibawa oleh anak-anak angklung. Bolehlah nak dikatakan jamuan ringan. Sebelum pulang Cikgu Izzakir sempat memberikan duit raya kepada semua anak-anak seni yang terlibat dalam aktiviti hari ini. Alhamdulillah.





Thursday, 9 May 2024

MyHero 4.0

Persembahan tergezut dari PSS yang aku dapat daripada Cikgu CT. Maka kusipakan anak-anak angklung dengan lagu medley selama 8 minit dan mendapat sambutan daripada para tetamu. Kami juga sempat mengiringi tetamu ke pentas dan memperlihatkan silat sembah kepada mereka.








Sunday, 5 May 2024

Rumah Terbuka DUN Bandar Utama

Kami bergerak ke san tepat jam 9.30 pagi bersama-sama dengan 14 orang ahli KAW Team dan 3 orang guru. Biasalah Cikgu CT, Cikgu Izzakir dan aku Cikgu Ena. Ramai dah orang di sana rupanya, ingatkan kami yang paling awal. Mereka sudah sedia menanti untuk mengambil makanan pada jam 10.30 pagi. Selesai menempatkan alatan anak-anak angklung kuarahkan untuk mengambil makanan terlebih dahulu. Kami berposing dengan kamera dahulu. Ingatkan gempak sangat...biashe-biashe jer rupanya.



Selesai makan kami berkumpul semula di belakang dewan dan menanti untuk memniat persembahan pada jam 11.50 pagi tapi terlajak sehingga 12.00 pm. Apa-apa pun niat kami untu membawa lagu medley sepanjang 20 minit dan sebuah lagu lagi berjaya. Dengarkalah sebahagian darinya di channel kami.


Jam 12.50 kami mula bergerak pulang dari sana setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Emcik John Leong.




Friday, 3 May 2024

Muhibbah Raya 2024

Sesi Pagi

Gimik dmulakan sebaik sahaja selesai ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran 1 Encik Mohd Din bin Dollah. Idea spontan yang diperolehi semasa berada di IEG Campus, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, gimik berjalan dengan lancar dan persembahan anak-anak KAW Team pun sempurna walaupun mereka hanya ada dua hari sahaja untuk berlatih. Betapa ini menunjukkan mereka adalah pemain yang profesional sudah. Alhamdulillah berkat usaha pengerusi yang jitu juga. Mereka membawa lagu terkini yang viral pada tahun 2023 iaitu Raya, Raya, Raya nyanyian kumpulan Dolla dan Raya yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Lagu evergreen.





Sesi Petang

Gimik yang sama juga dilakukan selepas ucapan perasmian oleh Puan Siti Norizan Penolong Kanan Petang. Persembahan dimulakan dengan lagu Ketipak Ketipung Raya diikuti dengan anak-anak KAW Team dari tingkatan 1 dan 2. Mereka membawa dua buah lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya yang dipopularkan oleh penyanyi D.J Dave dan Seloka Hari Raya yang didendangkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Anak-anak Seni kebudayaan menguasai pentas petang ini dengan tarian Raya,Raya, Raya, nyanyian solo Afiqah diiringi pemain gitar solo Charonnica, nyanyian duet Elis dan Areesha dengan tajuk lagu Raya Mana? dan Boria Hari Raya dari kumpulan Boria Sri Muda. Penari senior sesi pagi turut memeriahkan sambutan raya petang ini dengan tarian lagu Alamak Raya Lagi.




Thursday, 2 May 2024

Majlis Pelancaran Buku (Kumpulan Puisi) : Puisi Larut Malam Noura AR

Jemputan dari Pok Deng melalu wassap dan diteruskan dengan surat jemputan. Pertama kali kami berada di tengah pusat bandar Kuala Lumpur pada tahun ini semenjak PKP berlabuh. Perjalanan kami ke sana alhamdulillah lancar dengan mudah kami dapat memakirkan kereta di situ.Awal kami sampai untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Maklum, nak keluar Shah Alam jem dan nak masuk Kuala Lumpur pun jem. 

Sesampai di sana kami menyiapkan tempat dan menyusun alatan. Kami memulakan persembahan 2 buah lagu iaitu Aci-Aci Buka Pintu dan Seloka Hari Raya sebagai permulaan dan sambutan kepada para tetamu yang hadir di majlis tersebut. Sebaik sahaja selesai majlis pelancaran kami memulakan persembahan semula dan kami dapat mengalunkan 10 buah lagu lagi.





Di sana kami berkesempatan berjumpa dengan 2 orang artis yang gah suatu masa dahulu iaiatu Saharul Ridzwan dan salah seorang bekas penyanyi yang popular di tahun 1980an iaitu Ferry Anugerah Makmur. Kami berkesempatan mengabadikan memori kami bersama-sama mereka berdua di sana.


Selesai persembahan dan acara makan-makan kami iberangkat pulang pada jam 2 petang setalh bergambar sakan melebihkan artis yang ada. Hahahaha....seronoknya kami!!!! Terima kasih daun keladi, lain kali jangan lupa jemput kami lagi ya.