29 Disember aku ke sana dengan cikgu CT untuk menghantar dan menyusun angklung. Bersiap-siap untuk kelas angklung pada 30 Ogos 2023. Bersama-sama dengan 10 orang ahli angklung kami tiba di sekolah pada jam 7.30 pagi dan kami terus menuju ke dewan yang telah ditetapkan bersama-sama dengan puan Kasai. Guru muzik yang dari awal bersama-sama kami dalam menyediakan kelas angklung ini. Encik Ismail Isrami sebagai penterjemah ami dalam kelas ini.
Sesi 1 dimulakan dengan murid darjah 1 dan 2. Kami diberikan hanya 45 minit dalam setiap sesi. Maka kelas yang pertama ini aku terlajak masa sedikit. Namun dapat juga mereka memainkan angklung dengan baik. Kami mulakan dengan mempersembahakan lagu Twinkle Twinkle Little Star.
Sesi 2 dimulakan dengan murid darjah 4. Kai ini aku pintas pengajaran ku dan tidak menggunakan slide dan hanya menunjukkan nada solfa kepada mereka. Dua buah lagu mereka dapat mainkan iaitu lagu Twinkle dan Kimi Ga Yo. Sesi 3 pula terdiri daripada murid darjah 5 dan 6. Kali ini 3 buah lagu pula ditambah dengan lagu Sukiyaki.