Mengikuti perbincangan dan perbualan dalam GM bersama-sama pakar angklung di Indonesia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dalam perbincangan ini walaupun ku ikuti dalam mode senyap. Insya-Allah akanku praktikkan dalam kelas teori dan amali dalam kelab angklungku nanti.
Thursday, 17 November 2022
Wednesday, 9 November 2022
Lawatan : Muzium Angkatan Tentera
Tercapai juga kami nak lawat muzium ini. Setelah mengambil brunch kami bergegas ke sini. Percuma tu masuk....hebat dalam dan luarnya. Tidak sehebat Muzium Negara bagi aku. Macam-macam ada dari dulu hingga kini. Terbaik....tapi budak-budak melawat laju jer macam jet....itu pun kami mengambil masa lebih dari satu jam untuk melawat 4 blok serta persekitaran muzium.
Jom Mandi!!!
Setelah seminggu berpenat-lelah berlatih....jemu ke tak jemu ke.....hari ini kami lepaskan lelah anak-anak angklung bermandi-mandi di kolam renang di sini. So....enjoy!!!!
Tuesday, 8 November 2022
Majlis Reunion AFATS
Kunci kondo diambil dan kami meneruskan perjalanan ke PD Perdana Resort. Bangunan bewarna purple putih. Itulah tempat penginapan kami.
Bercanda di Pasiran Pantai
Meneruskan perjalanan ke tepi pantai, kami menjamu selera terlebih dahulu di Restoran Rezki. Setelah itu kami ke tepi pantai untuk bercanda dengan pasir dan air laut. Tak boleh la nak mandi......geram jer budak-budak ni dapat main sahaja di gigi pantai. Peraturan.....keselamatan harus diutamakan. Sempat tempah teh tarik sambil menghirup udara petang di tepi pantai. Hujan gerimis.....kami pun mula beredar sebelum hujan semakin lebat.
Lawatan : Muzium Lukut
Perjalanan kami bermula pada jam 11.30 pagi setelah kesemua ahli yang terlibat sampai. 3 kenderaan digunakan iaitu Expander, Kia Sprtage dan Navara untuk mmemuatkan 14 orang ahli dan 3 orang guru. Dalam perjalanan akumenyuruh Nadia google Muzium Angkatan Tentera......TUTUP! Isnin dan Selasa muzium ini ditutup, mencari alternatif untuk melawat apa apabila tiba di sana. Ku suruh Nadia google lagi maka kami sampai di Muzium Lukut ini. Simple sahaja dalaman muzium ini namun menarik. Sempat bergambar sebagai memori kami telah tiba di muzium ini. Atas bukit merupakan Kota Lukut dan terdapat runtuhan istana dan perigi, namun aku tak larat nak daki dan budak0budak pun hanya sampai separuh jalan sebab kata mereka kena masuk ke dalam hutan.