Memulakan perjalanan ke Taiping....lepas tol Duke2 KIA meragam, call mekanik dan minta kereta jangan dipandu. Kuarahkan Izzakir untuk pulang ke rumah untuk mengambil keretanya. Tak sampai tengah jalan kereta mati. Terpaksa call kereta tunda dan bawa ke bengkel mekanik. Kesian geng dalam KIA.....cabaran yang dihadapi untuk Cikgu Izzakir.
Friday, 30 September 2022
Woman 2Win
Majlis yang ditaja oleh sebuah syarikat Jepun. Kami diminta untuk memainkan 2 buah lagu Jepun namun dapat mempersembahkan sebuah sahaja iaitu Matsuri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alhamdulillah kami mendapat penaung untuk kelab kami dalam majlis ini. Kesemua peserta dalam majlis ini berasa teruja dengan persembahan yang kami tampilkan hari ini. Makan tengahari dapat kami duduk bersama-sama penaung kami.
Monday, 26 September 2022
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kokurikulum
Hanya Joannanne sahaja yang dapat ditampilkan bagi sesi petang. Pertandingan secara dalam talian. Tempat kedua bagi peringkat negeri. Tahniah!!!!
Saturday, 24 September 2022
Pameran Perkahwinan : Ijab & Qabul
Tahun ini...permulaan jemputan untuk pameran pengantin yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa seksyen 7. Persembahan santai untuk majlis perkahwinan. Sila jemput kami untuk persembahan yang unik dalam majlis anda.
Friday, 23 September 2022
Majlis Perpisahan Cikgu Yusra
Persembahan secara adhoc untuk Cikgu Yusra. Kami mainkan sebuah lagu yang berjudul Until I Found You. Tahniah Cikgu Yusra kerana dapat melanjutkan pelajaran. Teruskan kegemilangan dan lagenda anda.
Sunday, 4 September 2022
Majlis Tautan Ukhwah : Bizmillah
Hari ini membawa 14 orang pemain angklung termasuk Fena adik Patrina. Budak ni ada komitmen lebih sket dariyang lain makanya aku nak beri lebh pendedahan kepada dia agar dapat menjadi pengganti kepada kakaknya Patrina. Persembahan kami hari ini mendapat pujian daripada pihak tuan rumah dan juga dari pihak Bizmillah. Semoga rezeki kami bertambah luas dengan mengadakan persembahan di sini.
Saturday, 3 September 2022
Tautan Ukhwah : Riyaaz Wedding Event Nabil dan Syafinaz
Tertunai sudah janji kepada tuan rumah. Cuma persembahan kami di dalam khemah kureng sket sebab mic tiada. Apa-apa pun semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Meminjam jidur melalui Uncle Sam. Berlubang pula jidurnya dan tuning lari. Puas kami godek untuk betulkan tuningnya. Sampai ragum pun kami pinjam dari tuan rumah ...hahahahaha. Tempatnya ok tapi agak sempit dan masalah pakir kereta yang terhad namun majlis meriah juga. Penutup tirai persembahan Joanna dan Patrina menyumbangkan 2 buah lagu. Boleh la suara mereka hari ini.
Majlis Tautan Ukhwah : El Asy Garden
Team 2 berada di sini yang diketuai oleh Nurul Izmi Salsabillah. Lagu potong kek kami salah praktis...hahahaha so kelam kabut minta team 2 belajar secara online lagu Perfect. Tiba sekolah ajar secara teori sahaja pada anak-anak tingkatan 1. Alhamdulillah cepat mereka dapat dan sepanjang persembahan mereka semuanya berjalan lancar.