Monday 6 June 2022

Majlis Tautan Ukhwah : Alya Sakeenah & Muhammad Haziq

Persembahan yang dijemput secara adhoc oleh Puan Samira dengan permintaan lagu yang pelbagai antaranya Lembaran Juzuk Cinta (Halim Ahmad & Furqan Fawwaz), Baraka Allahu Lakuma (Maher Zain), Penghujung Cintaku (Pasha ft Adel), Bisikan Nurani (InTeam), Cinta Luar Biasa (Andmesh), Rampai Selawat (Hafiz Hamidun) dan Indah Cintaku (Nicky Tirta ft Venessa Angel). Lagu-lagu Kisahku Inginkan (Siti Nurhaliza ft Judika), Love Story (Taylor Swift), Nur Kasih (InTeam) dan Kekasih (Halim Ahmad) tidak dapat kami penuhi oleh kerana singkatan masa latihan. Namun kami selitkan beberapa lagu lain seperti Deen Assalam (Sabyan), For the Rest of My Life (Maher Zain) dan Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) untuk mengisi kekosongan. Kami iringi mempelai dengan lagu Rampai Selawat.!!!!!





Persembahan kami lebih baik dari persembahan terdahulu. Mungkin anak-anak angklung sudah semakin lembut tangannya setelah 2 tahun lebih tidak mennjalani latihan dan tiada persembahan. Alhamdulillah kami mendapat jemputan adhoc sekali lagi di Taman Alam Megah pada 11 Jun 2022 ini nanti. Anak Puan Wan  Nora'Akidah pula. Tetapi kali ini kami akan hanya mengiringi sewaktu salam restu sahaja dan sewaktu mempelai makan beradap. Moga semuanya berjalan lancar nanti.





No comments:

Post a Comment