Tahun ini dapatlah kami berhari raya setelah 2 tahun dalam PKP disebabkan pendamik Covid19. Maka dapatlah duit raya untuk anak-anak angklung tahun ini. Hari Khamis 28 April 2022 kesemua anak-anak angklung yang aktif kuberikan duit raya tidak kiralah sama ada mereka menyambutnya atau tdak. Hari Jumaat kepada anak-anak angklung sesi petang pula. Diharapkan mereka akan lebih bersemangat untuk menyambut raya pada tahun ini dan dapat menyumbang tenaga dalam setiap aktiviti kelab terutama kepada anak-anak angklung tingkatan 5 kerana tahun ini merupakan tahun terakhir mereka berada di sekolah dan sebelum menempuhi SPM di tahun 2023 nanti.
Friday, 29 April 2022
Saturday, 23 April 2022
Selamat Hari Raya di Plaza Metro Kajang
Selepas menunaikan solat Asar di sekolah kami pun bertolak ke Kajang dengan menggunakan 4 buah kenderaan. Seperti biasa kereta aku membawa semua alatan dan Cikgu Siti membawa 6 orang ahli, Cikgu Radziah 6 orang juga sementara kereta Cikgu Izzakir 4 orang ahli lelaki. Pertama kali cikgu Izzakir menyertai kami dalam event tahun ini.
Sesampai di plaza kami terus ke pentas yang terletak di tingkat LG. Kecil sahaja tempatnya dan kami cuba memuatkan 16 pemain angklung di kawasan tersebut. Persembahan kami dimulakan pada jam 8.00 malam setelah kami berbuka puasa di tingkat atas Food Court plaza.
Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar cuma pada aku pilihan aku tidak sesuai sangat dengan suasana di situ. Tidak mengapa ia akan menjadi pengajaran kepada aku untuk menyusun lagu persembahan dengan lebih baik. Jam 8.35 persembahan kami pun berakhir dan berangkat pulang ke sekolah pada jam 9.00 malam.
Friday, 22 April 2022
Lawatan Uncle Sam
Sebelum membuat persembahan esok di Kajang, Uncle Sam sempat memberikan taklimat tentang flashmob. Lagu yang akan digunakan adalah lagu Twinkle Twinkle LIttle Star dengan rentak yang perlahan. Terima kasih atas tunjuk ajar Uncle Sam hari ini.
Wednesday, 6 April 2022
Friday, 1 April 2022
Premium Angklung Class
Menghadiri kelas angklung premium yang dianjurkan oleh AngklungKita, Indonesia. Banyak yang dipelajari dalam kelas ini terutama tentang membuat skor lagu. Begitu caranya .....banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dalam kelas ini. Entah bila pula hendak dipraktikkan.