Sunday, 31 October 2021

The Global Congress of Muslim Mental Health

                                                

 

Program ini berlangsung selama 2 hari dan kami terlibat dalam persembahan selingan sewaktu rehat. Hari pertama persembahan kami melibatkan tiga buah lagu iaitu lagu My Heart Will Go On, Iktiraf dan Kuch Kuch Hota Hai. memang mendapat sambutan sehinggakan ada yang tidak mahu  meninggalkan komputer sewaktu rehat. Sayang, kata mereka nak tinggalkan dan menonton persembahan sehingga tamat.




Hari kedua hanya melibatkan dua buah lagu sahaja iaitu Kullu Hubbi dan Law Kana bainana Al Habib dan kami pun on off sebab sibuk promote pertandingan final kami. Apa-apa pun persembahan kami masih mendapat sokongan dan pujian daripada para peserta kongress. Terima kasih kepada Kak Siti Anisah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk muncul dapam program antarabangsa ini.






 

Malam Anugerah Konsert Bakat Online 2021 JKKN Sabah





Penat lelah terubat...kami juara Konsert Bakat Online 2021 JKKN Sabah . MAHKOTA MILIK KAMI. Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan kepada kami dari pelbagai pihak. Tanpa anda semua siapalah kami. Terima kasih juga kepada JKKN Sabah kerana memberi peluang dan ruang kepada kami dalam pertandingan ini. Rakan rakan seperjuangan dalam pertandingan .....kita semua sebenarnya juara!!!!!


Catatan Cikgu CT.

Hari nie bz sangat..

Dari mlm td, tdr entah ke mana. Tepat jam 12 mlm, talian utk like bermula. Kempen like semerata ceruk, semua kawan2 dihubungi, takut bakat anak2 Angklung dipersia. Contact semua kwn2 dlm telefon, fb, family, group, sek, parent, habis semua aku contact... Sehinggakan terdengar kucing mengiaw kesakitan, rupanya telefon di tangan dah jatuh ke lantai. Aku terlelap sambil dok minta org like video kami.

Kucing pun dah marah aku. Nasib jatuh atas kucing, selamat telefon.

Kempen, sambung ke pagi... Masuk kebun, like, breakfast like, kebetulan hari ini aku kena mengikuti kursus pkt Antarabangsa Global Mental Health, dah 2 hari aku ikuti. Hari nie hari terakhir... Packing sayur, kempen like, bz kempen like, masak nasi, lauk ayam goreng kunyit jer... Sian family..

2.00 petang, meeting JKKN, dah masuk, depa kata nak 1 wakil jer, alhamdulillah aku dapat teruskan kempen like... Scroll telefon, group surau segala group, minta tolong kwn2, hingga lah ke minit yg terakhir...nasib tak menyebelahi kami. Masih ketinggalan dari segi like. Skrg bergantung pada juri professional...

Akhirnya... Berbaloi. Diumumkan Juara Bakat Online JKKN. Alhamdulillah tahniah Kelab Angklung Wariseni Smktsm, anak2ku yg disayangi... Finally worth it.

Terima kasih kepada semua kawan2 yg like, n bantu kempen. Bahagia ada kawan2 spt anda semua. Kawan2 spt anda semua adalah rezeki yg Allah swt bg pd saya.








Saturday, 30 October 2021

FINAL : Konsert Bakat Online JKKN Sabah 2021

Minta kerjasama rakan LIKE video kami (Youtube) di peringkat final ini dan share dengan kawan2 dalam media sosial yang ada. Kami ada sehingga jam 5 petang 31 Oktober 2021 untuk dapatkan LIKE yang banyak. Terima kasih. 




Friday, 22 October 2021

Rakaman Nasyid

Mendapat permintaan untuk video lagu-lagu nasyid untuk satu program antarabangsa yang dikelolakan oleh Universiti Putra Malaysia. Video yang selalu kami rakam tak penuh. Rakaman hanya 30-40 saat sahaja. So, bila da permintaan sebegini, maka kena buatlah gamaknya. Setelah mendapat persetujuan daripada pengetua, maka hari Jumaat yang lalusempatlah kami rakam iaitu lagu I'ktiraf (Raihan), Law Kanan Bainana Al Habib dan Kullu Habbi (Faizal Tahir ). 10 orang ahli kelab terlibat hari ini. Latihan dimulakan pada jam 10 pagi sehinggalah tengahari, berhenti untuk makan dan bersiap-siap untuk rakaman. Lagu I'ktiraf dan Law Kana Bainana telah kami rakam awal. Lagu Kullu Hubbi memerluka kehadiran semua yang terlibat sebab nada tinggi dan rendah perlu dimainkan serentak. Perjalanan rakaman berjalan lancar dan seperti biasa Cikgu CT Rax yang menjadi jururakam dan pengarah. Aku mengawal audio. Alhamdulillah siap dan telahpun selamat diberikan kepada yang membuat pesanan. Moga mereka berpuas hati dan meng'order' lagi.....hahahahahaha.





Saturday, 16 October 2021

Workshop Angklung II

Hari ini dapat menyertai sekali agi Workshop Angklung II anjuran FEB Unpad Indonesia. Perkongsian yang luar biasa daripada Kang Manshur Angklung. Memeng keren dalam angklung. Tak melepaskan peluang menyertai Kuiz Kahoot, dapatlah tempat ke 6. Sajer-sajer jer untuk memeriahkan aktiviti. Sijil partisipasi sekejap sahaja dapat. Terbaiklah.







Tuesday, 12 October 2021

Rakaman Video

Mendapat bantuan daripada Uncle Sam untuk menggunakan persekitaran Taman Tasik Shah Alam untuk membuat penggambaran. Cikgu Zahir terus membantu kami. Baju pompuan tak cukup satu, sudahnya Izmi terpaksa memakai tudung putih berbaju merah dan berseluar putih untuk matching dengan semua ahli. Ok jer, tak nampak sangat ketara bezanya Izmi. Moga usaha kami akan membuahkan kejayaan.





Monday, 11 October 2021

Rakaman Audio

Isnin menuju ke bangunan UMNO di seksyen 14 untuk membuat rakaman audio pertandingan. Setelah mengambil angklung dan pakaian di sekolah dan membawa 4 orang ahli kelan bersama-sama dengan Cikgu CT. Parking di aras bawah bangunan hotel dan kemudian naik ke tingkat 6. Hari ini baharulah aku tahu sebenar-benarnya cara untuk membuat rakaman audio angklung. Sungguh leceh tapi pasti terbaik hasilnya. Terima kasih cikgu Zahir membantu dan mengajar kami. Dapat ilmu yang sangat berguna bagi kami dalam bidang ini.






Saturday, 9 October 2021

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 3YB

Persembahan secara adhoc daripada kelab untuk 3 orang kaki tangan sekolah yang bersara iaitu YM Raja Arbaiyah Penolong Kanan Kokurikulum kami, Puan Aruttselvi kaunselor sesi petang dan Encik Letchumanan, AKP sekolah. Kami mengiringi 3 YB ke dewan dan kemudian bersama-sama Cikgu Wan Hayati dan Encik Wassiq mendendangkan lagu Surat Cinta untuk Guru. Hanya sempat rehearsal 5 minit sahaja dengan budak-budak ini disebabkan lambat bersiap. Kunci blok pukul 8.00 pagi baharu sahaja dibuka dan terkial-kial menyiapkan mereka. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.