Kami menghantar 3 penyertaan iaitu logo kelab asal, logo yang dihasilkan oleh Muhammad Saiful Azim dan Muhammad Aiman Syafiq Kita lihat apa yang terjadi nanti.
Friday, 30 April 2021
Pertandingan Mencipta Logo Kelab Anjuran Unit Kokurikulum SMK Taman Sri Muda
Sunday, 25 April 2021
Konsert Bakat Online 2021 JKKN Sabah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Thursday, 22 April 2021
Latihan Intensif Tingkatan 1 : Part 6 & Pelapis 2021
Hari ini juga aku tidak berkesempatan untuk bergambar dalam aktiviti hanya merakamkan gambar-gambar untuk mengisi borang keahlian kelab. So, inilah pelapis untuk tahun 2021 (yang sempat hantar borang).
Wednesday, 21 April 2021
Latihan Intensif Tingkatan 1 : Part 5
Baharu dapat memainkan lagu tema kelab menggunakan angklung sebenar. Pengerusi Sesi Pagi Saiful Azim sempat membantu latihan hari ini dengan memukul jidur untuk latihan lagu inang cina dan A la Payung.
Latihan Intansif Tingkatan 1 : Part 4
Maaflah...part 3 tiada gambar untuk diceritakan. Namun semuanya ok. Hari ini aku menerima kehadiran 2 orang ahli baharu. Cepat juga mereka dapat tangkap pembelajaran hari ini. Esok latihan akan diteruskan seperti biasa.
Thursday, 15 April 2021
Latihan Pertama Senior
Hari ini baharulah semua ahli-ahli seior berkesempatan berjumpa dan melnjalani latihan bersama-sama setelah setahun tergendala disebabkan pendamik Covid-19 ini. Alhamdulillah gemersik angklung mereka masih jitu walau kekadang tersalah getar. Maka jika ada booking senanglah untuk mereka...hanya refresh sahaja. Hari ini juga hari ketiga anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2 menjalani latihan intensif tetapi tidak dirakam pula latihan hari ini.
Wednesday, 14 April 2021
Latihan Intensif Tingkatan 1 dan 2 : Part 2
Meneruskan lagi latihan intensif. Masih ramai ahli-ahli baharu yang tidak hadir. Yang mendaftar tidak semua ada tetapi yang kemudian masuk pula rajin datang. Aku terima semua seadanya buat masa sekarang. Aalkan aku dapat melatih pelapis dan tidak terputus rantaian antara junior dan senior. Latihan hari ini berjalan lancar. Alhamdulillah.
Diakhir latihan aku meminta mereka meluahkan apa yang terbuku di hati setelah dua hari menjalani latihan dan dibebeli oleh aku. Not nad....ada beberapa ahli yang memang telah mempelajari angklung sejak kecil.
Tuesday, 13 April 2021
Latihan Intensif Tingkatan 1 dan 2 : Part 1
Hari ini baharu aku dapat bersemuka dengan ahli-ahli baharu tingkatan 1 dan ahli-ahli mala tingkatan 2 tahun 2020. Lega aku untuk sementara kerana dapat memberi latihan kepada pelapis ini. Aku terus gerak kepada latihan amali oleh kerana sewaktu PKP aku telah melaksanakan kelas teori melalui maya. Begitu juga dengan amali menggunakan aplikasi i-Angklung dan Real Angklung. Namun tidak semua ahli ada. Aku rasa batach ini cepat menangkap apa yang diajar sebab mereka dengan mudah dapat menggetarkan angklung hanya seorang dua sahaja yang kekok. Biasalah...lama-lama terer la tu.
Saturday, 10 April 2021
Rakaman Konsert Bakat Online JKN Sabah 2021
Rakaman kedua untuk sesi pertandingan ini. Kami buat di Gravit 8, Kelang. Mula-mula ahli ada 20 orang kemudian ada yang mempunyai masalah menarik diri dan akhirnya tinggallah 16 orang sahaja. Namun perjalanan kami ke sana berjalan lancar. Ada beberapa trip iaitu trip dengan cikgu ada 2, Saiful bersendirian dengan bapanya begitu juga dengan Aleesha sementara Veronica and the gang satu kereta dan Nadia satu kereta.
Thursday, 8 April 2021
Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti : Puan Mala dan Puan Seow
Persiapan persembahan dimulakan pada hari Selasa. Patrina akan menyanyikan lagu Lagenda dan Acok akan mengirngi Patrina. Sebaliknya pula dalam lagu Sayonara Sayangku yang dipopularkan oleh Grace Simon Patrina pula mengiringi Acok dalam gemersik angklung yang Acok getarkan. Persembahan kami berjalan lancar walaupun mengambil masa tak sampai 10 minit pun. Itupun dipecahkan kepada 2 segmen. Namun, ia mendapat pujian daripada pada guru dan pengetua sendiri. Alhamdulillah.
Tuesday, 6 April 2021
Happy Birthday to Me
Hari ini anak-anak angklung dapat membuat latihan pertama kali di kabin selepas MCO. Persediaan untuk rakaman pertandingan pada hari Sabtu nanti. Di kesempatan ini aku merayakan sambutan hari lahirku bersama-sama mereka di sini. Alahmdulillah masih dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Terima kasih atas nyanyian anak-anak angklungku. Sayang semua!!!!
Saturday, 3 April 2021
Webinar : Ngurulung 2 Angklung Kita (Angklung di Amerika)
Satu lagi aktiviti yang dianjurka oleh Angkung Kita. Berbagi-bagi pengalaman dan pengetahuan dalam angklung luar dari Indonesia iaitu dari Amerika dan Australia. Tidak juga ketinggalan juga tentang perkembangan angklung di Indonesia. Dalam perbincangan santai hari ini juga ada juga perbincangan tentang halangan yang dihadapi dalam menjalankan aktiviti angklung.
Masalah ialah pertama fasilitasi dan kedua mendapatkan bekalan angklung yakni modal untuk mendapatkan angklung. Ketiga mengumpulkan teman-teman yang komit dalam angklung yakni mencari pemain angklung yang tinggal setempat. Kesimpulannya semua orang harus kreatif untuk mrmbangunkan angklung. Membuat buku angklung merupakan cara terbaik kerana di pasaran masih terhad sumber ini. Menggunakan sistem Buddy...saling mengingatkan antara satu sama lain yakni memegang angklung yang sama antara junior dan senior sebagai bimbingan. Harus ada variasi dan 'fun' supaya senang mempelajarinya.