Projek kami seterusnya...kami juga nak sahut cabaran lagu Empat Dara Haaa....Masuk!!! Semalam kami cuba masuk dalam zoom untuk merealisasikan viral ini namun tak berjaya. Walau bagaimanapun, korang semua tunggu ya kami akan cuba naikkan dalam youtube dalam masa terdekat ini. So....sabar sket supaya hasil video kami bermutu untuk ditontoni semua. Jangan lupa share, view dan like video kami nanti.
Sunday, 29 November 2020
Monday, 23 November 2020
Pengurusan Sosial Media JKKN Selangor
Hari in aku berpeluang untuk menyertai bengkel secara maya dengan orang-orang kuat dalam seni yang dianjurkan oleh JKKN Selangor. Banyak ilmu yang aku perolehi untuk memperkemaskan media kelab di laman sesawang Facebook. terima kasih kepada penganjur dan kepada orang yang add aku dalam group tersebut. Aku tak tahulah siapa yang syorkan nama aku dalam bengkel tersebut. Langkah pertama telah kubuat untuk mengemaskan lagi page kelab iaitu tentang about. Begitu caranya. Aku kuperkemaskan lagi dari masa ke semasa. Korang tunggu ya. Jangan lupa share dan like nanti.
Saturday, 21 November 2020
DDay Angklung's Day 2020
Alhamdulillah.....usaha kami membuahkan hasil. Kumpulan yang diketuai Muhammad Saiful Azim dan Solo Muhammad Zulfikar Noor mendapat tempat di dalam pertandingan ini. Nombor dua dan nombor empat. Kami juga menjadi juara favorit. Tahniah sekali lagi. Semua dijalankan secara live streaming di Youtube dan Zoom.
Melawat Kebun
Seminggu aku tidak ke sekolah. Apa jadi agaknya dengan taman dan kebun yang berada di hadapan Kabin D'Angklung dan kebun nanas yang berada di sebelah Bilik Angklung. So, hari ini setelah walk-walk di Taman Tasik Shah Alam, aku singgah sekejap di sekolah untuk melihat. Alhamdulillah masih bersih dan hidup semuanya.
Friday, 20 November 2020
Kiraan View dan Like
Kiraan view dan nilai akan mula dinilai pada 20 November 2020. Telah ku screenshot result pada pukul 12.01 tengahmalam pada 20 November 2020 dan sekali lagi pada jam 8.20 pagi pada tarikh yang sama.
Tuesday, 17 November 2020
Program Kokurikulum "Celik Kewangan"
PROGRAM KOKURIKULUM: “CELIK KEWANGAN” SECARA DALAM TALIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGARA DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ANJURAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Tempoh Aktiviti : sehingga 30 November 2020
Kelayakan: Semua murid sekolah Rendah dan Menengah
Langkah-langkah :
1. Menonton video celik kewangan BSN
https://youtu.be/am9J668AvuA
2. Menjawab Kuiz
https://www.bsncheckin.com.my/Quiz/Quiz.aspx
3. Mendapat dan mencetak E-sijil Penyertaan peringkat kebangsaan.
Untuk tindakan Guru Tingkatan
Kuiz BSN / ➡️ klik
➡️ Pentaksiran Kokurikulum
➡️Pilih Tahun & Kelas
➡️ Cari
➡️ Ikon tambahan KP
➡️Aktiviti pilih - Kewangan Pelajar Sekolah
➡️ Peringkat - kebangsaan - Penglibatan 1
➡️ simpan
Wednesday, 11 November 2020
Pertandingan Sempena Angklung's Day 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon bantuan untuk anak-anak angklung kami dalam pertandingan sempena sambutan Angklung's Day 2020 anjuran Kabumi Indonesia. Kelab Angklung Wariseni sekolah kami merupakan satu-satunya sekolah yang mewakili Malaysia. Dua orang peserta solo dan satu kumpulan. Pemenang akan dinilai melalui view dan like. Kami memerlukan sokongan anda semua. Lagu yang dibawakan oleh para peserta kami ialah lagu Cindai (Patrina), Dikir Puteri (Kumpulan yang diketuai oleh Muhammad Saiful Azim) dan Kuch Kuch Hota Hai (Muhammad Zulfikar Nor). Terima kasih di atas sokongan anda semua dan keprihatinan semua.
Kuch Kuch Hota Hai (Muhammad Zulfikar Nor)Tuesday, 10 November 2020
Upgrade Kabin D'Angklung
Setelah alatan yang diterima dibersihkan dan dibaikpulih, maka beginilah akhirnya kabin kami. Terima kasih kepada Encik Sam kerana memberi kami bahan-bahan ini. Ceria sedikit bilik kami dan angklung-angklung banyak yang dapat digantung dengan kemas.
Monday, 9 November 2020
Buku Teks Pendidikan Muzik Tingkatan 4
Dalam menyiapkan tugasan untuk kelas online pagi ini, terjumpa aku gambar anak-anak angklung yang terdapat di dalam buku teks Pendidikan Muzik Tingkatan 4. Bangga sebentar.....