Menggunakan waktu senggang yang ada untuk membaik pulih alatan muzik angklung dan gendang. Perabot di kabin juga untuk keselesaan ahli kelab.Walaupun memerlukan perbelanjaan demi menjaga mutu dan imej tetap dilakukan. Moga kelab ini akan lebih cemerlang!
Monday, 27 July 2020
Friday, 24 July 2020
Taman D'Angklung
Menanam pokok bunga yang diberikan oleh Cikgu Safrina. Moga pokok ini akan membesar dengan sihat dan cergas. baharu tanam hari ini esoknya dah berbunga! Memang sihat dan cergas sungguh.
Thursday, 23 July 2020
Latihan P.K.P bersama-sama Uncle Sam
Ahli-ahli tingkatan satu digalakkan hadir untuk memahirkan diri dalam muzik angklung. Mereka merupakan aset utama dalam kelab ini memandang merekalah yang akan mewarisi dan menurunkan ilmu yang diperolehi kepada ahli-ahli baharu tahun 2021 nanti. memandang mereka sudah jauh ketinggalan setelah berkurung selama lebih dari 3 bulan di rumah disebabkan pandemik Covid-19. Uncle Sam turut sama mengambil peluang memberi tunjuk ajar dalam dua buah lagu kanak-kanak iaitu Kopi Susu yang dipopularkan Sandra Reemer dan Suar Suir Kemuning.
Friday, 10 July 2020
Kebun D'Angklung
Cuba memvariasikan halaman kabin kami. Kulihat bunga-buunga yang ditanam hampir mati kesemuanya. Pabila disemak.....alahai anak-anakku. Kau tanam ke ku letak jer benih atas tanah, akar pun terletak jer. Naib baiklah aku cek dan tanam semula.
Thursday, 9 July 2020
Latihan Versi PKP 2020
Mencuri masa mengadkan latihan khas untuk pelapis tingkatan 1 tahun 2020. Banyak yang mereka cicir sejak PKP beberapa bulan ini. Pendedahan luar juga amat kurang sekali. Tidak mengapa, kita berlatih dulu ya.
Wednesday, 8 July 2020
Pertandingan Menulis Sajak
Satu lagi aktiviti dalam talian yang kami sertai....pertandingan menulis sajak Bahasa Melayu dan Inggeris. Menengah Rendah bertemakan Wira Hari Ini sementara MEnengah Tinggi pula bertemakan Esok Yang Baru. Kami mencuba bakat seni yang ada pada anak-anak angklung selain bermain muzik. Ayuh...moga berjaya.
Monday, 6 July 2020
Persaraan 3YB : Puan Premilah, Puan Wong dan Puan Shawlet
Hari ni baharu kami dapat meraikan persaraan dua teman sesi petang kami iaitu Puan Premilah dan Puan Wong serta seorang guru sesi pagi iaitu Puan Shawlet. Walaupun dalam PKP kami masih dapat menyambutnya secara sederhana. Hari ini juga lagu sekolah rentak baharu juga dimainkan bersama-sama dengan angklung. Kelab Angklung Wariseni sempat memainkan dua buah lagu sebaik sahaja majlis memotong kek dilaksanakan. Selamat bersara 3YB, jaga kesihatan dan sentiasa ceria selalu.
Wednesday, 1 July 2020
Latihan Solo
Angklung toel (solo) sudah pun berada di dalam kabiin. Masa untuk anak-anak angklung berlatih pula. Seorang jejaka Acok namanya dan dua orang dara, Patrina dan Ain Sofiya, cuba mewarisi kemahiran ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)