Monday, 27 April 2020

Aktiviti kami waktu PKP

Sepanjang PKP , aktiviti Saiful Azim memasak. Banyak resepi kuih-muih dan minuman dia dah belajar. Kamu?


Bagi Ehsan pula...dia menghabiskan masa PKP dengan bermain angklung dan mencipta skor lagu menggunakan angklung mininya sendiri.

Bakal pembuat pencuci mulut buah-buahan yang tersohor....Shafiq. Meluangkan masa dengan bermain dengan buah-buahan untuk menghasilkan pencuci mulut yang bermutu. Bilangnya juga bagus untuk mengawal berat badan sewaktu PKP ni....iyo la...kot buka sekolah nanti semua baju persembahan dah tak muat dah nanti. Walawey.....


Bagi Veronica pula.....membuat persediaan untuk sambutan Hari Gawai dengan belajar membuat kek santan. Ermmm....nampak gebu gebas kek tu. Tentu sedap. Nak sikit......


Agar-agar dan puding menjadi mainan Hazni semasa PKP dan sepanjang bulan Ramadhan. Nak jual online katanya nak cari duit raya 2020...hahaha...Hazni mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.


Al-Quran menjadi kawan karib Ain Sofeya sepanjang PKP di bulan Ramadan ini. Mengaji bersama-sama ibu yang tercinta. Anak solehah. Alhamdulillah.


Tiada yang lebih indah selain menikmati pemandangan di waktu matahari terbenam di verandah rumah setelah seharian berkurung di dalam rumah. Inilah aktiviti Patrina Julin sewaktu PKP.