Sivagamy menjadi mangsa hari ini untuk membawa para penari ke SJKC Chee Wen yang terletak di USJ 1. Memang malang tak berbau....dalam perjalanan depan Mydin, ytayar keretanya pancit terkena paku. Mangsa orang yang nak cari makan secara tidak jujur. Kesian dia. Aku terpaksa berpatah semula untuk mengambil mereka dan selebihnya mereka naik grab. Kami bersarapan terlebih dahulu dan kemudian bersiap-siap untuk penyesuaian pentas. Maklum semalam kami tidak dapat hadir untuk menjalani rehearsal. Jam 9.30 pagi pertandingan dimulakan, hanya 5 buah sekolah menengah sahaja yang bertanding hari ini sementara sekolah rendah pula 18 buah. Keputusan akhir kami mendapat tempat ketiga berkongsi tempat dengan dua buah sekolah yang lain. Boleh la....percubaan pertama kan.
No comments:
Post a Comment