Saturday, 6 October 2018

Himpunan Penggiat Seni Budaya Selangor


30 orang ahli angklung yang terdiri daripada ahli tingkatan 1, 2 3 dan 4 menyertainya. Terima kasih di atas kerjasama semua ahli hari ini. Terima kasih juga kepada kedua-dua ibu Fatihah dan Annur yang turut membantu kami membawa anak-anak ini ke Muzium Shah Alam pagi ini. Pak Agos seperti biasa menemani kami lagi. Setelah mendaftar kami bersarapan meehun goreng yang disediakan di ruang lobi muzium. Berselera sungguh abang Ehsan kita makan. Lihat la tu.......

  

Kemudian kami diarahkan ke auditorium Daeng Chelak untuk membuat persiapan persembahan. Dua buah lagu akan didendangkan iaitu Dikir Puteri dan My Heart Will Go On sebelum tarian menyusul. Persembahan ini memang tidak dirancang. Kesian Daniel membuat pengakuan kepada Cikgu Siti bahawa pergerakan untuk lagu ini dia belum mahir. Pesanan Cikgu Siti ikut pergerakkan abang dan kakak senior. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar.

  

Berehat sebentar dan makan tengahari sebelum menutup tirai persembahan petang ini dengan lagu Negaraku dan Negeri Selangor. Peranan kami hanya ini sahaja pada hari ini. Sebaik sahaja selesai kami mula berkemas dan kemudian mencari ruang dinding yang cantik untuk melakarkan memori semasa berada di sini. 



  

  

Kemudian membuat lawatan ke dalam Muzium Sultan Alam Shah oleh kerana ramai lagi yang belum melawat muzium ini. Banyak perubahan yang dilakukan dalam muzium ini. Sungguh menarik.

  

  

Selepas minum petang.....teh tarik dan lempeng ubi serta sambal ...sheeedap...kami beransur pulang. Berbekalkan hanya kereta Uncle Sam, Pak Agos, Cikgu Siti dan aku. Tapi aku hanya dapat menempatkan Ehsan sahaja dalam kereta memandangkan keretaku penuh dengan alatan.  Sempat lagi bergambar di perkarangan pakir kereta.....Alhamdulillah semua selamat sampai di sekolah dan mengemas semua peralatan. Terima kasih semua.


No comments:

Post a Comment