Saturday, 29 September 2018

Graduasi Tadika

Jam 12.00 tengahari singgah dahulu di sekolah untuk mengambil CD danVCD untuk diberikan kepada Cikgu Selle, guru tadika Subang. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Cikgu Selle kerana anak-anak buahnya akan membuat persembahan angklung di KuAsh Theatre, PKK Tuanku Bainun, KL pada jam 3.00 petang  nanti. Majlis yang sungguh ringkas dan meriah. Geli hati melihat gelagat anak-anak comel dengan aksi-aksi mereka. Hasil pertama kelab juga untuk melahirkan pemain angklung cilik pada tahun 2018. Sejajar dengan program kami tahun ini Sanggar Angklung 2018.


Sempat berwefie dengan Cikgu Selle sebelum persembahan

  





Tuesday, 25 September 2018

Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018

Pagi ini bertolak awal ke sekolah untuk mengambil anak-anak angklung. Kami nak ke UPM pagi ini untuk menyertai pesta makanan yang dianjurkan oleh pihak Muzium Warisan Melayu UPM.


Jalan keluar dari sekolah jem teruk....cuba untuk mengelakkan jalan tersebut, rupa-rupanya ada kereta rosak. Huh....jem macam ada kemalangan yang sangat drastik. Sesampai di UPM kami terus mengisi perut. Lapar kata budak-budak ni. Jam 9.00 pagi kami mendaftar dan kemudian masuk ke dalam dewan untuk majlis perasmian. Kami dibekalkan makanan dan minuman lagi.

  

  

Selepas perasmian kami menuju ke bahagian hadapan muzium bersedia untuk mengambil bahagian dalam Kembara Resepi. Memang best acara ni........Sementara menanti anak-anak angklung kembara kami pun kembara di laman muzium.

  


Tak sempat kembara mana pun....anak-anak dah siap. Dapat nombor 1 dan 3 lagi lagi. Tahniah! Tak sangka pula. Datang dengan harapan yang kosong .....balik dengan tangan yang penuh. Alhamdulillah...yang penting anak-anak dapat mempelajari beberapa ilmu dalam masakan tradisional melayu. 

Tempat ketiga
Tempat pertama




Saturday, 22 September 2018

Majlis Aspirasi Tingkatan 5, 2018


Majlis yang dilangsungkan pada hari yang sama aku ke Taman Tugu Nursery di Kuala Lumpur. Maka kuamanahkan pada Cikgu Siti untuk mengendalikan perarakan masuk dan keluar cokmar kepadanya. Alhamdulillah, menurut Cikgu Siti semuanya berjalan lancar. Tahniah pada anak-anak angklung yang diraikan hari ini Fatin Najehah, Ainul Mardhiah, Noor Azlina, Farah Ashiqin, Ainaa Safiah dan Nur Aisyah Nazura. Juga kepada Azrul Shah Ariff (Dia ada ke dalam majlis ni? Takde dalam gambar.) Kami semua mendoakan agar kalian mengecap kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti dan dan dapat menjawab soalan dengan tenang. Maaf,....cikgu tidak dapat meraikan bersama-sama ...Cikgu Siti Raxkina dan Cikgu Elsa Majmiza mewakili cikgu.




Fatin, Ainul, Azlina, Cikguu Siti, Farah dan Aisyah

Taman Tugu Project - Eco Day


Membawa 13 orang ahli kelab angklung ke Taman Tugu Nursery di Kuala Lumpur. Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini. Sebuah taman hutan di dalam bandar. Bertolak lewat 3 minit dari waktu yang dirancangkan dan alhamdulillah sampai ke destinasi dengan selamat. Setelah memakirkan kereta terus mengambil sarapan yang telah ditempah oleh Uncle Sam untuk kami. Makan roti telor, teh tarik dan milo ais. Menurut krew yang bertugas di taman terdapat sarapan pagi yang disediakan oleh  mereka secara percuma, namun tempahan telah dibuat di gerai yang berhampiran maka kami bersarapan di sini sahaja.

 

Setelah menempatkan barangan ke dalam trailer, maka turut menyertai hiking selama satu jam di dalam taman ini. Agak mencabar juga turun naik bukit. Sesak nafas kami. Menurut guide yang membawa kami terdapat sebuah bangunan di dalam taman ini dan sudah terlindung oleh tumbuhan yang besar-besar. Memang....tidak kelihatan bangunan tersebut waaupun kami cuba memerhati dengan teliti.

  


Dalam perjalanan sempat singgah untuk mendengar anak-anak dari Paya Jaras bermain angklung di bawah arahan Uncle Sam. Setelah mendengar dendangan 2 buah lagu kami meneruskan hiking sehingga kembali semula ke tapak pameran. Kami menyertai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di persekitaran sebelum membuat persembahan.

  

  

  

Jam 12.00 tengahari kami memulakan acara bersama-sama anak-anak Paya Jaras. 3 buah lagu di dendangkan bersama-sama mereka. Setelah itu kami mengambi alih tempat untuk menghiburkan para pengunjung. Memulakan persembahan dengan lagu Getaran Jiwa dan diakhiri dengan lagu Dikir Puteri. 

  



Sebelum pulang, kami menjamu selera sekai lagi dan kemudian menuju ke Tugu Negara untuk merakamkan memori di sana.


Thursday, 20 September 2018

Kelas Angklung 2 Ambilan 2

20 September 2018, Uncle Sam membantu untuk mengajar kumpulan ke dua ambilan 2 perintis kelab. Alahamdulillah semuanya berjalan lancar dan diharapkan group ini akan dapat diteruskan supaya kebitaraan sekolah bertambah cemerlang. Ini adalah kerana group ini terdiri daripada semua ahli-ahli yang berbangsa India dan terdapat seorang ahli berbangsa Cina. Projek kelab yang terkini. Moga dipermudahkan segala urusan agar projek ini dapat dijayakan.



K.A.W Team Walls

Projek telah dijalankan pada 19 dan 21 September 2018. Hari pertama papan tanda yang lama diturunkan oleh pekerja-pekerja sekolah dan kemudian diletakkan di Ruma Hijau. Sayang nak buang pula. Besar dan panjang. Framenya daripada besi. Menjadi hiasan di sana pula. Menggunakan kudrat ahlli-ahli tingkatan 1 dan 2, banting yang baharu ditampal pula. Nampaklah kecacatan di dinding yang mempunyau tona warna yang berbeza.


  

20 September 2018 baharulah ruangan tona warna berbeza dicat semula. Nasib baik cat biru yang digunakan masih berbaki dan cukup pula untuk menampung kawasan tersebut. Pakcik rajin  pula membantu. Alhamdulillah dalam aku sakit belakang ni.....


  

Design yang lain kuserahkan pada Elsa pula untuk mencantikkannya lagi. So korang tunggu ya yang terkini punya.

Sunday, 16 September 2018

Keretapi Sarong 2018

  

Tepat jam 8.30 pagi kami bertolak ke MATiC, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Pak Agos sekali lagi menemani kami. Alhamdulillah perjalanan lancar dan dapat memakirkan kenderaan dengan selamat di sini. Sempat lagi bergambar di kawasan pakir ni juga. Setelah berjumpa dengan pihak pengurusan, kami menuju ke Restoran Pelita untuk mengambil sarapan pagi. Cikgu Ct kata....terkenang macam jejalan kat Bandung pula. Kami makan roti canai dan minum teh ais hari ini.


  

Bersiap-siap menanti waktu persembahan yang dijangkan akan berlaku pada 11.30 pagi. Budak-budak diarahkan bersiap-siap untuk persembahan. Tak sangka hari ini dapat berjumpa lagi dengan Emcee Azmie Mik Haji Khalil. Terus bergambar dengan beliau. Sudah kurus orangnya hampir aku tak kenal.


Agak lewat kami memulakan persembahan hari ini. Setelah semua kontijen tiba maka pada pukul 12.00 tengahari kami memulakan persembahan. Mendapat sambutan daripada para peserta Keratapi Sarong 2018 ini. Malahan mereka menyanyi bersama-sama anak-anak angklung.