Saturday, 17 February 2018

Pesta Teh Tarik Anggerik Mall

Tarikh yang dinanti-nanti tiba. Pesta teh tarik! Anjuran Geng Selangor. Apa maksudnyanya Geng Selangor ni? Korang google la ek.... banyak cerita boleh jumpa. Aku nak cerita tentang geng angklung...huhahahahahaha! Ok, sambung cerita, kami tiba jam 1.00 petang dan parking hadapan pesta. Cantik punya parking. Terus mencari bilik untuk menempatkan barang-barang persembahan dan kemudian mencari tokey makan untuk makan tengahari. Cik Juma menguruskan makan minum kami hari ini. Terima kasih. Selepas makan semua menunaikan kewajipan dan kemudian bersedia untuk membuat rehearsal. Geng Silat sekolah juga dah siap sedia untuk bersama-sama kami.

 

 

Selesai sahaja, kami membenarkan anak-anak angklung meronda dan bersantai di sini dengan bebas. Fatin selaku Kak Long kawasan ku amanatkan untuk menguruskan anak-anak buah untuk bersedia pada waktu yang ditetapkan. Ya, memang pandai dia uruskan. Semua dan ready selepas waktu asar.
Sempat juga aku dan Siti lepak berbaring di dalam billik seketika. Penat woo.....kemudian kami bersantai dengan mendengar buskers membuat persembahan. Pertandingan katanya.... Jam 7.15 malam kami pula mengambil alih pentas dan bersiap sedia untuk persembahan seterusnya.

 

Pentas takde lampu, maka kami membuat persembahan dalam gelap....guna cahaya lampu dari telefon bimbit masing-masing. Asam garam persembahan yang perlu dilalui sebagai pengalaman kepada anak-anak angklung. 4 buah lagu kami dendangkan sebagai santapan sebelum ketibaan tetamu kehormat malam ini iaitu Tan Sri Noh Omar.

 

Kami mengiringi beliau ke pentas utama malam ini. Dan kemudian memainkan lagu Negaraku. Selepas bacaan doa kami teruskan dengan persembahan lagu medley. Persembahan kami berakhir di sini dan terus menyimpan alatan, makan malam dan kemudian bertolak pulang. Terima kasih daun keladi Geng Selangor. Moga tak serik untuk menjemput kami lagu untuk membuat persembahan.



 








No comments:

Post a Comment