Wednesday, 25 January 2017

Kelas Angklung Bersama-sama Uncle Sam

Kali pertama anak-anak angklung berjumpa dengan jurulatih utama kelab iaitu Uncle Sam Mat Kous. Hari ini beliau mengambil alih untuk mendidik anak-anak angklung pelapis 2017. Cara dan kaedah yang digunakan amat berbeza dengan aku gunakan. Namun anak-anak angklung dapat mengadaptasi pengajaran uncle Sam dengan mudah. Bersungguh-sungguh nampaknya mereka. Latihan dijalankan selama 2 jam tanpa henti. Sengaja aku hendak menduga kekuatan dan keazaman anak-anak tersebut. Alhamdulillah nampaknya ujian pertama mereka lepas. Lagu-lagu yang dipelajari hari ini, Twinkle Twinkle Little Star, Bulan di Pagar Bintang dan Langit Petang. Not band pencapaian mereka. Teruskan usaha kamu semua!




Tuesday, 24 January 2017

Taklimat Lawatan ke Bandung Kali Kedua

Di Bilik Gerakan kami berkumpul dan berbincang untuk mendapatkan maklumat bajet perjalanan dan pergerakkan di Bandung. Encik Zainal memberikan maklumat yang kami nanti-nantikan. Pelbagai persoalan terjawab pada hari ini. Uncle Sam turut menyertai perbincangan pada hari dan turut sama memberikan kerjasama untuk menjayakan lawatan yang telah dirancang lebih dari 4 tahun. Perbincangan hari ini turut disertai oleh kesemua para pentadbir, AJK KJM SMK Taman Sri Muda dan setiausaha PIBG Puan Annie Sabrina. Kesemua yang ada berjanji memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan program. Insyallah.




Monday, 23 January 2017

Majlis Pelancaran VCD Kelab Angklung Wariseni Vol.1 (2017) Sesi Pagi dan Petang

Pelancaran VCD kelab dilancarkan hari ini dengan rasminya. Pelancaran sesi pagi diuruskan oleh Puan Siti Raxkina dan Cik Nursyazwani sementara sesi petang Puan Elsa Majmiza Murad Khan dan aku sendiri. Pelancaran sesi  pagi berjalan lancar. Walaupun cuaca mendung. Alhamdulillah.




Sesi petang pula hujan turun mencurah-curah. Pelancaran dibuat di dalam dewan dan hanya disertai oleh murid-murid tingkatan 2 sahaja. Namun begitu majlis berjalan dengan lancar. Herianto dan Fadzilah, dua dari tiga anak angklung tingkatan 2 menerima sijil graduasi masing-masing. Tahniah!





Sesiapa yang ingin memiliki VCD dan CD kami bolehlah menghubungi kami di talian yang dinyatakan di sebelah. Kami akan sedaya upaya memenuhi kehendak pelanggan yang dihormati.


Thursday, 19 January 2017

Lawatan Khas Encik Mochamad Sani Winardi

Pelawat hari ini merupakan tetamu khas dari Bandung. Beliau telah lama mencari kumpulan ini dan semasa VCD dijual kepadanya maka akhirnya bertemulah dengan kumpulan angklung yang dicari-carinya. Hari Khamis petang seperti yang dijanjikan beliau hadir ke sekolah dan melihat sendiri anak-anak angklung membuat latihan di Rumah Hijau. Tidak lupa juga beliau telah memberikan kata-kata perangsang kepada anak-anak angklung. Pelapis 2017 juga turut hadir untuk seketika untuk melihat cara-cara senior mereka membuat latihan. Alhamdulillah lawatan berjalan lancar dan beliau sempat melawat bilik angklung, tempat kami menyimpan alatan angklung. Beliau juga turut memberi nasihat tentang penjagaan angklung dengan baik. Terima kasih di atas kesudian Encik Mochamad Sani. Harap beliau akan dapat membantu kita dalam program 2017 ini.





Dua buah buku ini kuperolehi daripada beliau. memang aku cari buku ni. Alhamdulillah dipermudahkan apabila bertemu dengan Encik Mochamad Sani.



Pelapis Generasi ke 7 (2017)

Hari pertama anak-anak angklung untuk tahun 2017 mendaftarkan diri dan terus mesyuarat agong tahunan diadakan. Melantik AJK untuk sesi petang yang terlalu kurang keahliannya untuk tingkatan 2. hanya memiliki 3 orang sahaja iaitu Ehsan, Herianto dan Fadzilah. Alhamdulillah mereka masih tekun belajar dan membantu guru semasa sesi pengajaran angklung diadakan pada hari ini. Mereka belajar memainkan tiga buah lagu kanak-kanak iaitu Anak Ayam, Jong Jong Inai dan Bintang Kecil.







Thursday, 12 January 2017

Mencari dana Program Pelestarian Tradisi Ke Bandung

Program kami pada tahun ini adalah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Bandung iaitu ke Saung Udjo Angklung dan juga Sekolah Kesenian Bandung. Bagi merealisasikan program ini kami giat mengumpulkan dana melalui pelbagai cara. Salah satu cara yang digunakan ialah dengan membuat rakaman dan menjual hasil rakaman kami kepada yang sudi menyumbang. Rakaman limited edition ini boleh diperolehi dengan menghubungi kami di talian yang ada di laman ini. Secara email juga akan dilayan. Terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan anda.

Cover album

1st buyer - Niyaz (4 Libra) SKS 13

2nd buyers - Puan Anis Pengetua SKS 13

3rd buyers - Hamba Allah dari Bukit Antarabangsa



The 5th International Friendship & Cultural Camp

Hari terakhir di SKS 13 untuk majlis penutup. Membonceng bas SMT Kelang sekali lagi pagi ini bersama-sama dengan 23 orang anak-anak angklung.


Tiba di sekolah terus ke kantin dan bersiap-siap untuk majlis. Memakai samping dan bermekap bagai.



Kali ini hanya anak-anak teruna sahaja dapatku rakamkan kenangan sebelum majlis bermula.


Pukul 9.00 pagi kami diarahkan memasuki dewan untuk majlis penutup. Very simple but nice place. Sempat berbua-bual dengan Guru Besar SKS 13 Puan Anis. Manis rupanya. 



Majlis diteruskan dan tibalah giliran kami memulakan persembahan bersama-sama adik-adik SKS 13.



Kemudian kami menonton pula persembahan daripada murid-murid sekolah dari Korea yang datang berbengkel di sini selama 2 hari Mereka menari dan juga memainkan angklung. Dua lagu dipelajari dalm tempoh 2 jam. Kagumnya. Dengar dan lihatlah persembahan mereka.





Selesai persembahan kami mengambil kesempatan bergambar dengan semua peserta majlis.



Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderemata penghargaan diambil oleh Puan Elsa Majmiza Murad Khan sebagai wakil Kelab Angklung Wariseni sementara Encik Sam Mat Kous daripada Wariseni Budaya.



Ke kantin kami seterusnya sebelum pulang  ke sekolah dan menguruskan hal-hal berkaitan. Terima kasih SKS 13 kerana berkolaborasi dengan kami.


Wednesday, 11 January 2017

Raptai Majlis Perasmian The 5th International Friendship & Cultural Camp

Hari ini bertolak ke SK Seksyen 13 dengan menaiki bas dari SMT Kelang. Terima kasih atas bantuan Puan ?, biar saya rahasiakan namanya sebab beliau terlalu sibuk dengan tugasan yang dpertanggungjawabkan di atas bahunya. Bertolak lewat sedikit daripada masa yang ditetapkan oleh kerana dua orang anak angklung  kelewatan tiba pagi ini disebabkan kesesakan lalu lintas. Sampai di SK Seksyen 13 terus mencari dewan dan lepak seketika di kantin sebelum waktu raptai.


Pukul 10.30 pagi baharulah kami dapat masuk ke dewan dan bertemu dengan peserta daripada sekolah Korea. masing-masing masih belum berkenalan dan berbual-bual sesama sendiri sahaja. Jual mahal hari ini semuanya.


Kemudian kami membuat persediaan di atas pentas sementara menanti adik-adik tiba untuk bersama-sama kami menjalani latihan.





Peserta dari Korea turut sama membuat persediaan ringkas.


Dalam pukul 11.30 pagi kami beransur pulang  ke sekolah. Ok semua, kita jumpa lagi esok ya.