Mendapat whatsapps dari Encik Fahmi MBSA untuk persembahan pada 17 Disember 2016 di Laman Seni 7. Penutup untuk aktiviti tahun ini di laman ini. Kami sampai di sana pada pukul 1.00 petang. Kuturunkan anak-anak angklung di pertengahan lorong dan memakirkan kereta di kawasan parkir yang disediakan. Kena bayar parkir ke? Entahlah....kuparkirkan sahaja tanpa meletakkan sebarang kertas/kupon/tiket. Hari Sabtu ...petang plak tu...takkan kena bayar lagi parking kot. Ontahlah omak...
Kubiarkan anak-anak angklung bersiar-siar dipersekitaran LS7 ini. Kamera kuserahkan kepada mereka untuk merakamkan gambar-gambar kenangan mereka. Sakan sungguh...
Band Akustika memulakan persembahan dan kami turut terlibat sama dalam persembahan mereka. Saja nyibuk-nyibuk dengan mereka.
Jam 3.00 petang kami memulakan persembahan atas permintaan. Mungkin Uncle Sam nampak cuaca tidak menyebelahi kami dan kami perlu memulakan ayunan angklung lebih awal. Sepatutnya persembahan kami bermula pada pukul 4.30 petang. Hanya 5 buah lagu sahaja yang dapat kami mainkan hari ini. Memang singkat sungguh. Namun alhamdulillah....dapatlah mereka menimba pengalaman lagi. Terima kasih MBSA kerana menjemput kami. Jumpa lagi tahun depan.
No comments:
Post a Comment