Sunday, 22 May 2016

Irama P.Ramlee (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Hari ini sekali lagi ke Pustaka Peringatan P.Ramlee bertemakan Irama P.Ramlee. Berpakaian batik serba oren menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan pemandu pustaka dan Uncle Sam. Seramai 16 orang anak- anak angklung kubawa hari ini. Sebaik sahaja tiba kami terus menyediakan alatan dan kemudian santai sebentar sementara menanti jam 12.00 tengahari untuk memulakan ayunan angklung kami.



Lagu pertama kami mainkan Getaran Jiwa. Memang menggetarkan jiwa para pendengar dalam pustaka tersebut.


Selesai lima buah lagu kami berehat sebentar untuk menikmati makan tengahari. Nasi ayam goreng berempah. Memang special dan sedap. Puan Darsila turut sama menemani kami makan pada hari ini. Terima kasih Puan Darsila.



Sebaik sahaja selesai makan kami memulakan semula persembahan. Sempat juga kami bergambar dengan artis yang mempunyai mirip suara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Ahmad Fauzee. Beliau juga turut memuji persembahan kami pada hari itu. Terima kasih.



Jam 2.00 petang kami selesai memainkan 19 buah lagu P.Ramlee dan diakhiri dengan lagu Lagenda yang ditujukan khas buat beliau. Lagu ini dipopularkan oleh Sheila Majid dan kami alunkan dengan angklung pula. Sayu rasanya mendengar lagu tersebut. Sehingga kini tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan allahyarham.


Persembahan kami juga disiarkan dalam blog lain.



No comments:

Post a Comment