Aku sebenarnya tak tahu majlis apa yang akan dihadiri hari ini. eEbaik sahaja tiba di dataran baharulah aku tahu. Karnival sukan rupanya. Fatin kutinggalkan kerana lambat tetapi kupesan pada guard minta mereka terus ke dataran apabilal tiba di sekolah nanti. Terus bersiap-siap setelah mengenalpasti pentas.
Jam 10 pagi kami memulakan persembahan selama setengah jam. Tak dapat aku rakam semua sebab berbual-bual dengan Sazhar rakan sekolahku dahulu.
Lepak sementara menanti giliran seterusnya. Sempat bergambar dengan retis dan paling best dengan transformers ......geng punjabi juga!
Lama juga kami berehat. Kami memulakan majlis dan kami menutup majlis.
Hari ini membuat persembahan sampingan dalam Majlis EBIC Day 2015 di SK Meru Kelang. Seawal jam 6.00 pagi bertolak ke sana dengan van Pak Ariffin. Terus memunggah peralatan sebaik sahaja sampai di sekolah. Makan sarapan pagi.....meehun goreng dan air mineral. Alhamdulillah syukur...untuk alas perut sebelum persembahan.
Selesai bersarapan membuat persiapan pentas seperti biasa Uncle Sam menerajui persembahan. Lepak-lepak sambil melihat adik-adik kecil membuat persiapan persembahan. Adoyai...bisingnya cam kat pasar. Biasalah...budak2.
Tetamu khas tiba dan disambut dengan lagu Negaraku dan Budi Bahasa Budaya Kita.
Berehat seketika sementara menantikan adik-adik membuat persembahan mereka. Waduh.....fenin layan bebudak sekolah rendah ni...kesian tengok mak-mak yang uruskan anak-anak ini. Persembahan kami teruskan dengan lagu medley lagu-lagu barat.
Selesai part II menunggu part terakhir pula. 2 buah lagu medley dan sebuh lagu hindi didendangkan sebagai halwa telinga ibu bapa yang hadir dan juga sementara menanti mereka menyiapkan sijil-sijil untuk disampaikan.
Selesai persembahan kami menjamu selera sekali lagi. Makan nasi ayam pula kali ini. Dilayan seperti VIP. Bangganya kami. Dapat juga cenderahati dan sijil sebagai kenangan daripada pihak majlis. Terima kasih kami ucapkan.
Kami bercadang untuk membuat satu penjelahan angklung 1Malaya sepanjang tahun 2015/16. Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berminat untuk membuat persembahan angklung, membuat bengkel angklung dan sebagainya, tuan puan bolehlah menghubungi kami untuk kami masukkan ke dalam senarai penjelajahan kami. Untuk keterangan lanjut tuan/puan boleh menghubungi kami di talian yang telah diberikan disebelah kanan blog ini. Kami akan menghubungi tuan/puan/ dan menjawab sebarang pertanyaan tuan/puan dengan kadar segera.