Wednesday, 29 April 2015

Promosi Kraf Great Eastern Mall Part I

Bertempat di Great Eastern Mall kami membuat persembahan bersempena dengan promosi kraf anjuran Kraftangan Malaysia pada 26 April 2015. Undangan yang tidak disangka daripada Uncle Sam. Terus membuat persediaan dalam kesibukkan menyiapkan kelab untuk Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Alhamdulillah...semuanya dapat diharungi dengan baik dan persembahan berjalan lancar serta mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung mall.










Gimik Sukan Tahunan SMK Taman Sri Muda 2015

Setelah 2 hari bertungkus lumus membuat persediaan untuk gimik sukan tahunan sekolah maka hari ini 29 April 2015...kami memulakan majlis perasmian dengan alunan lagu kuda kepang diiringi dengan angklung, jidur dan keratan buluh kuning. Pendek sahaja gimik ini, namun menghiburkan. Maklumlah majlisnya pun udah tergempar!





Hari-hari latihan...persediaan untuk gimik...




Kupon yang digunakan oleh sebahagian anak-anak angklung yang terlibat untuk pergi dan balik ke Stadium UiTM, Shah Alam.


Saturday, 25 April 2015

Hari Anugerah Cemerlang SMK Taman Sri Muda

Sekali lagi kelab akan membuat persembahan perasmian Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Setelah berhari-hari berlatih.....hari ini 25 April kesemua ahli kelab akan membuat persembahan di hadapan para ibu bapa, para jemputan dan guru-guru mereka sendiri.

Seawal jam 7.30 pagi kesemua nak-anak angklung bersiap-siap untuk persembahan. Punyalah payah mereka nak menyarungkan samping masing-masing.


Berposing sebelum memulakan langkah ke dewan persembahan bersama-sama anak-anak silat.


Setelah berpenat-lelah menanti ucapan dif dif kehormat maka tiba giliran kami memulakan persembahan. Alahai.....cd buat hal la plak....terus bergegas ke PA System untuk memulakan persembahan kedua. Alhamdulillah walaupun terdapat sedikit kecacatan pada persembahan pertama dapat dicover balik dengan persembahan ke dua. Tahniah anak-anak angklung dan silat. 





Berposing sekali lagi sebelum berkemas untuk memulakan latihan persembahan esok. Syabas anak-anak angklung!



Sekitar latihan ................





Sunday, 19 April 2015

Gotong-royong di Kampung Kelemak dan Jejalan ke Safari A Famosa

Sementara 20 orang anak-anak angklung di sekolah sibuk dengan persembahan BPS Walkathon kami memulakan perjalanan ke Alor Gajah Melaka seawal jam 7.00 pagi. Ariff tidak dapat menyertai kami hari ini oleh kerana tayar kereta ayahnya pancit. Lalu ku alihkan tugasannya ke sekolah untuk membantu Cikgu Rohaya. Alhamdulillah sempat dia sampai ke sekolah dan akhirnya menjayakan persembahan angklung dengan baiknya.


Setelah berlaku acara pusing-pusing bas, akhirnya kami sampai ke Kampung Kelemak dan disambut oleh Tok Sidang kampung di Balairayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan dan kemudiannya kami bersarapan pagi dahulu.




Sementara ahli-ahli koperasi yang lain menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan balairaya dan masjid kami mengiburkan para tetamu dan ahli rombongan dengan alunan lagu-lagu bersama angklung kami.




Habis 10 lagu yang didendangkan aktiviti gotong-royong pun berakhir. Kami berkemas untuk majlis penutup aktiviti. Bergambar bersama kesemua AJK aktiviti sebagai kenang-kenangan.




Bergegas untuk melihat rumah tradisional Melaka namun akhirnya kami terpaksa menunggu di tepi jalan memandangkan bas tidak boleh memasuki laluan yang sempit dan berbukit. Kami meneruskan aktiviti ke A Famosa untuk melihat haiwan-haiwan yang ada di safarinya. Mengikut jadual kami akan membuat persembahan di sana. Setelah berurusan Puan Salwa memberitahu bahawa mereka tidak mendapat kebenaran untuk membuat persembahan. Maka aktiviti persembahan dibatalkan dan kami terus melakukan aktiviti lawatan. Pulang ke Shah Alam dengan sisa-sisa tenaga yang ada.




BPS Walkathon

18 April 2015 anak-anak angklung ambilan tahun 2015 akan membuat persembahan pertama mereka secara langsung di hadapan ribuan penonton dan pelbagai media. Setelah menjalani latihan selama seminggu untuk persembahan sambutan dan perasmian majlis akhirnya terbukti anak-anak angklungku unggul! Tahniah chekgu ucapkan dan terima kasih kepada Puan Rohaya dan Uncle Sam yang menguruskan anak-anak angklung ini.




Sunday, 12 April 2015

Mari Belajar Menari

Muhd Bardrul dari Sanggar Mustika Venture menjadi jurulatih utama untuk aktiviti pagi Sabtu ini. Anak-anak angklung belajar menari untuk persembahan pada 25 April ini. Terima kasih kerana sudi mengajar kami yang kaki bangku ke tah kaki apa ke.....tak reti-reti menghayunkan langkah kaki dengan betul. Pada anak-anak angklung gunakan peluang ini untuk meraih segala pengalaman yang mungkin pertama kali dan terakhir pada seseorang. Tuah tidak akan datang bergolek macam piring terbang UFO.







Saturday, 4 April 2015

Sambutan Hari Lahir Bulan Januari hingga April 2015

Hari ini menjalani latihan bersama semua anak-anak angklung dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Bersedia untuk memberi persembahan di Melaka nanti. Sebaik sahaja latihan ditamatkan kek dikeluarkan untuk menyambut hari lahir anak-anak angklung dari bulan Januari sehingga April 2015. Ayah Azizah membelikan kek bagi pihak chekgu yang dah terlupa untuk menempah kek tersebut. Thank you Mr.Khasfi.



Mendendangkan lagu hari lahir dengan suara yang penuh sumbang. Herrmmm...kurang sporting le dema neh!






Maka bercanda ria lah semua dengan kek yang dipalitkan sana sini oleh penyambut dan tukang sibuk sama menyambut!