Sunday, 6 July 2014

Bananana TV3, NTV7 dan TV9

Mendapat panggilan daripada Shazz Avy .....krew rancangan Bananana TV3 pada pagi Khamis semasa anak-anak angklung junior sedang menjalani latiham. Satu kejutan...mereka hendak datang dan menemuramah ahli kelab ini untuk slot Bananana TV3. Kata putus telah diberikan hari Sabtu mereka akan datang dan kami diminta untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Tidak lupa memberitahu berita gembira ini kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini dan Bonda Pengetua Puan Norlila Omar.

Surat Jemputan
Berita ini disampaikan kepada semua anak-anak angkllung dan mereka diminta bersedia untuk hadir latihan seperti biasa pada hari Sabtu pada pukul 10.00 pagi. Jam 9 pagi sudah berada di sekolah. Aisey....dewan sedang digunakan. Jengah ke dalam ...oooo Puan Siva sedang menjalankan aktiviti Persatuan Bahasa Tamil. Terus aku meminta kebenaran menggunakan dewan daripadanya. nasib baik dia boleh bertoleransi.

Alatan disiapkan sebelum wartawan tiba. Setelah semuanya selesai kami memulakan latiihan seperti biasa. Ketibaan 2 orang wartawan Bananana disambut oleh Puan Pengetua sendiri. Kami terus meneruskan latihan sementara mereka menyiapkan peralatan mereka untuk merakamkan apa yang diperlukan. Sempat juga aku merakamkan gambar sewaktu mereka menjalankan tugas.



Setelah selesai berlatih maka Arham selaku Pengerusi Kelab Angklung Wariseni dipanggil untuk memulakan sesi wawancara. Terkebil-kebil juga aku melihat Arham menjawab soalan. Macam tak biasa pula. Walhal soalan lebih kurang sama saja.


Kini tiba pula giliran aku....sempat lagi aku bertanya...soalan untuk aku sikit aje kan? Hahahahaha....gabralah juga. Habis sahaja sesi berbicara.....kami mengemaskan semua latan. Sempat juga kami bergambar dengan dua orang wartawan ini. Thank you Bananana and TV3.




Di bawah merupakan klip yang disiarkan dalam TV3, NTV7 dan TV 9.


No comments:

Post a Comment