Thursday, 30 January 2014

Kombinasi

Hari ini senior membuat latihan untuk persembahan pada 8 Februari nanti di Kolej Vokasionl, Kelang. Junior turut dipanggil sama untuk melihat bagaimana abang dan kakak mereka berlatih untuk setiap persembahan. Ramai juga yang datang. Kebetulan Uncle Sam pun turut hadir sama untuk mengajar lagu baru iaitu lagu Permata untuk Isteri nyanyian kumpulan Kopratasa. Pertama kali senior dan junior bergabung bersama berlatih. Masih nampak kegugupan ahli-ahli junior menggoyangkan angklung. Apa-apa pun syabas kepada mereka kerana hadir pada hari ini.







Friday, 24 January 2014

Kad Keahlian

Sedang mencipta satu kad yang unik untuk ahli kelab angklung. Any ideas?




Thursday, 23 January 2014

Sesi ke 3 untuk pelatih 2014

Hari ini seklai lagi adik-adik angklung tingkatan satu menjalani latihan bersama-sama dengan Uncle Sam. Sebelum Uncle Sam tiba, aku sempat mengajar mereka memainkan  lagu angklung sambutan...ciptaan Uncle Sam berpandukan daripada alunan caklempong/gamelan kot.....Masih ramai kedatangan hari ini. Bagus. Terdapat sedikit peningkatan dari segi ayunan angklung mereka. Masih ada banyak masa untuk mengasah bakat mereka.

Latihan tamat pada pukul 11.30 pagi dan anak-anak angklung dimestikan hadir untuk latihan intensif pada hari Sabtu pukul 9.00 pagi di dewan sekolah. Ketika inilah cikgu akan menilai komitmen, disiplin dan sebagainya untuk melantik ahli-ahli angklung yang baru.Mereka juga akan ditemukan dengan super dupa senior mereka yang menjadi perintis kelab pada hari Sabtu ini.







Klip latihan : Klik di sini.

Thursday, 16 January 2014

2nd Session for 3rd Juniors

Hari ini merupakan latihan yang kedua kepada generasi ketiga anak-anak angklung SMK Taman Sri Muda. 10.00 pagi Encik Sam tiba dengan fail magiknya. Anak-anak angklung diserahkan kepada Uncle Sam untuk meneruskan latihan. Hari ini Pengetua baru kami berkesempatan berjumpa dengan Uncle Sam. Sempat juga beliau mendengar anak-anak angklung yang baru memainkan lagu medley Bintang Kecil dan Burung Kakaktua. Pengetua teruja kerana anak-anak angklung ini baharu sahaja memegang angklung buat kali kedua sudah mampu memainkan lagu medley tersebut.



Latihan ditamatkan pada jam 11.30 pagi. Uncle Sam dan Pengetua menuju ke kantin untuk meneruskan perbualan yang terhenti sementara aku menguruskan anak-anak angklung bersama Cikgu Elsa. Syabas kepada anak-anak angklung yang hadir pada hari ini. Terus berikan tumpuan...pastikan anda berjaya.

Sunday, 12 January 2014

Promosi di Dewan Perdana Keramat Mall

Persembahan yang diperoleh secara adhoc...latihan hanya dibuat sehari sebelum  persembahan. Jam 9.00 pagi bertolak ke Keramat Mall bersama van Pak Ariffin. Hanusree terpaksa ditinggalkan kerana lewat. Kami tidak mahu terlewat sampai ke tempat yang dituju. Mendapat panggilan daripada ibu Hanusree....maaf dipinta banyak kali kerana terpaksa meninggalkan Hanusree....pesanan telah diberi supaya jangan lewat. Perjalanan kami ke sana berjalan lancar......sesampai sahaja diperkarangan dewan ada sebuah kereta keluar dari parking. Memang cantiklah, terus dituju dan kereta diparking kat situ. 



Barangan dibawa keluar dan anak-anak angklung mengemas semua peralatan dan memulakan saound check. Tanpa mic pun ok kerana dalam dewan...mengaum juga bunyinya. Sebelum memulakan persembahan sempat kami memainkan lagu Sandiwara Cinta...mencuba skor. Wah boleh pakai skor ni nampaknya. Selesai bermain...apa lagi posing time! Kesian Azean terpaksa memakai baju purple berseorangan oleh kerana Hanusree tiada.



Sementara menanti persembahan dimulakan kami memulakan majlis dengan ......makan dulu!




Selesai makan kami ke atas semula bersiap sedia untuk memulakan majlis dengan lagu pertama kami Selamat Pengantin Baru. Sempat juga kami bergambar bersama Kumpulan Gamelan Salwa dari Banting. Ini Kali ketiga kami bersama-sama membuat persembahan di bawah Wariseni Budaya. Pertama sekali di Laman Budaya, kedua di PWTC dan ketiga di sini, Keramat Mall.





 Satu demi satu lagu kami mainkan sehinggalah lagu ke 17.....baharulah mempelai tiba ke dalam dewan. Jenuh dah anak-anak angklung mengayun angklung kat atas ni...syabas anak-anak angklung. Anda hebat!



Memerhatikan mempelai diarak hingga kepelamin. Setelah selesai direnjis-renjis dengan air mawar....kami memainkan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke meja utama untuk makan beradap.




Meneruskan persembahan dengan tiga lagu terakhir....memang penat dah anak-anak angklungku. Selesai sahaja anak-anak dilepaskan untuk mengambil makanan dan minuman serta makan aiskrim. Meninggalkan dewan dengan penuh keriangan dan tanpa sedar seluruh CD ku juga tertinggal kat dewan bersama Emcee....alahai.

Friday, 10 January 2014

Intake ke 3

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak angklung ambilan ketiga akan memulakan kelas mereka. Bilik PPDa digunakan oeh kerana dewan digunakan untuk aktiviti kaunseling. Bau harum semerbak kat bilik tu buat aku rasa loya......bau bangkai tikus. Mereka dah bersihkan tapi tak cukup bersih. Nak buat macam mana....gunakan sajalah. Dah tak ada bilik lain yang sesuai untuk digunakan lagi.

Kedatangan agak memberangsangkan ....ramai murid-murid lelaki pada kali ini.....murid-murid India pun ada, ramai juga. Nampaknya Hanusree tidak keseorangan lagi. Setelah melantik setiausaha maka ahli-ahli angklung diberikan kata dua sebelum meneruskan aktiviti. Diharapkan kehadiran mereka akan berterusan, disiplin dan komitmen juga tinggi.

Encik Sam tiba dengan beg magiknya....setelah diperkenalkan maka sesi perkenalan dan latihan pun dimulakan. Gud luck kepada anak-anak angklung. Teruskan usaha anda seperti abang dan kakak kamu.





Saturday, 4 January 2014

Latihan, Sesi Fotografi, Hari Graduasi dan Sambutan Harijadi

Seperti yang dijanjikan anak-anak angklung sudah sedia menanti di bangsal sekolah hari ini. Kunci diserahkan pada si chubby Azizah Yasmin untuk mengeluarkan barang-barang sementara aku membuka pintu dewan.  T-Shirt segera diagihkan untuk dipakai semasa sesi fotografi nanti. Sedikit taklimat diberikan mengenai persembahan seterusnya dan juga sesi fotografi bersama wartawan dari akhbar Utusan Malaysia. Memulakan latihan setelah semua ahli sampai. Tak lama kemudian wartawan dari akhbar Utusan pun tiba dan memulakan sesi fotografi di dalam dewan kemudian beralih ke perkarangan sekolah. 5 orang ahli kelab angklung yang paling senior dipilih. Entah apa jadi kat mereka pada sesi itu, aku meneruskan latihan bersama dengan ahli kelab yang lain.






5 buah lagu yang biasa dimainkan diberikan tumpuan pada hari ini. Anak-anak angklung diminta memberikan tumpuan yang lebih untuk mengelakkan latihan yang kerap memandangkan kesemua yang ada memang sudah mahir dengan lagu-lagu tersebut. 






Sebaik sahaja selesai latihan, maka tibalah masa penyampaian Sijil Graduasi Angklung kepada 6 orang pemain junior kelab iaitu Hanis, Azean, Syafika dan Syafina. Syuhada dan Hanusree tidak hadir pada hari ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada ahli-ahli junior ini semasa nama-nama mereka diumumkan. Semoga menjadi satu semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan perintis kelab ini.





Jeng....jeng...jeng.....tibalah giliran 3 orang ahli kelab Yasmin, Amira dan Shaza. Sambutan harijadi mereka diraikan pada hari ini. Yasmin dan Amira sepatutnya diraikan pada tahun Disember 2013 tetapi disebabkan oleh kekangan masa...maka tertunda ke hari ini iaitu pada 4 Januari 2014. Shaza juga turut diraikan oleh kerana dia dilahirkan pada bulan Januari. Sorry ya Shaza...hadiah cikgu bagi kemudian.







Siap berkemas....amanat diberikan kepada senior untuk memantapkan latihan 2 buah lagu yang agak kureng. Bergegas ke kereta untuk pulang....nak makan kat kenduri kahwin di rumah jiran.