Friday, 27 December 2013

Kempen Jualan Kembali ke Sekolah 2013

27 Disember 2013 tirai penutup aktiviti kelab pada tahun ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur walaupun teraksa menunggu....alah tegal kerna biasa bak kata pepatah. Di persimpangan dilema.....salah amek susur keluar....mengambil jalan pintas yang salah...nasib baik jalan belum sibuk pagi ni...ku potong juga ke kiri walaupun sebenarnya tidak boleh!



Tiba di Alpha Angel...salah lagi nak masuk ke kawasan parking. Apa daaa.....at last sampai juga. Encik Sam dihubungi untuk mengambil angklung dalam kereta beliau. Terus masuk ke dalam shopping mall...kedengaran bagpipe mengalunkan lagu. Meremang bulu roma! Siap berkemas maka rehearsal pun dimulakan tanpa kumpulan koir.



Dijangkakan VIP tiba pada pukul 10.30 pagi....sudah pukul 11.00 pagi masih enggak dengar bagpipe berbunyi. Budak-budak koir kerja turun naik pentas jer. Akhirnya tiba juga orang yang dinanti-nantikan. Maka bermulalah peranan kami semua yang terlibat. Kebanyakkan lagu yang kami dendangkan pada hari ini lagu rakyat...terutama lagu kanak-kanak...mengikut tema majlis. Kami hanya memainkan sebuah lagu sebelum perasmian iaitu lagi Tari Tualang Tiga. Asyik salah jer MC menyebut nama sekolah....kali ni dipanggilnya kami Kelab Anjung Wariseni....ulalalala...suda tukar ka?





Selepas aturcara lain berakhir kami memulakan persembahan. Satu demi satu lagu dimainkan.....penjaga PA system pada hari ini ialah DJ termasyur.....Norazlena Lazim. Mengeletar tangan aku nak handle benda tu semua....ini semua poyo! Sebab mika mika sema nak makan ditinggalkan aku dengan PA System tu. Nasib baik berjalan lancar.


Kami lunch KFC hari ni.....nak gi makan kat Chicken Rice...tempat duduk semua dah penuh. Maklum lunch hour. Dah nak sebu perut aku ni...kosong tak makan sejak dari pagi tadi. Nasib baik dapat beli egg custard ngan air jus oren untuk budak-budak ni sebagai alas perut. Perut sudah kenyang...hati suda lapang....berangkat pulang kami ke Shah Alam. Terima kasih kepada semua anak-anak angklung..syabas dan tahniah atas semua persembahan yang telah dijalankan.



Monday, 23 December 2013

Sunday, 1 December 2013

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013

29 November bergerak ke Bangunan SUK....konon nak buat sound check di sana. Setelah mengharungi kepanasan dalam dewan selama setengah jam....kami diberitahu bahawa sebenarnya event berlaku di perkarangan stadium shah alam, hanya pengantin sahaja yang akan berkumpul di sana. Mak aiii....bertolak kami semula ke stadium.

Ingatkan dalam stadium rupa-rupanya di tengah-tengah perkarangan acara Agrofest. Kami menanti lagi....semasa menanti kami ditemubual oleh penganjur event...orang TV9...orang Karangkraf...yang specialnya ada yang turun khas dari Pulau Pinang untuk menyaksikan persembahan angklung. Tapi mereka ada tema...tetapi kami tidak diberitahu akan tema tersebut...macamana ni? Balik dengan penuh perasan kecewa...memang kami tidak akan dapat memenuhi permintaan mereka. Apa-apa pun kami akan buat yang terbaik esok.

7.30 pagi kami bertolak ke stadium bersama-sama Encik Ariffin. Terus ke khemah utama dan membawa barang-barang yang diperlukan. Tak tahu macamana persembahan kami...kejap macam ni kejap macam tu, banyak kepala sungguh...kepala kami yang fenin maaa.....pening arrr! Takpe..apa-apa pun kami yang menurut perintah. Setelah menyusun alatan kami pun mengambi breakfast, nasi lemak dan air mineral. Alhamdulillah...kesian budak-budak ni lewat breakfast mereka pagi ni.






Selepas breakfast kami pun memulakan acara solek menyolek...biasa maa, itu sudah rutin dalam setiap persembahan. Junior dibantu oleh kakak dan abang senior mereka. Pandai juga mereka bersolek walaupun baru 1st time buat persembahan terutamanya kepada Safiqa. Syafina dan Hanusree.




Setelah bersiap posing untuk fotogroup pula. Itu sudah mesti.


Lepak time.....menanti acara bermula...sungguh bosan dan memenatkan dan itu memang rutin dalam setiap persembahan....PENANTIAN.... bak lirik lagu dalam kumpulan Harmoni.....




Akhirnya tibalah juga giliran kami untuk membuat persembahan itu pun atas permintaa MB Selangor.


Kami rehat lagi menanti persemabahan yang seterusnya.  Tiga buah lagu lagi disampaikan sebagai penutup majlis.


Selepas selesai anak-anak angklung pun mnjamu selera. Aku dan beberapa orang lagi mengemas peralatan yang digunakan...takut hujan turun. Selesai makan kami pun bertolak pulang selepas membeli Coconutshake. Uncle Sam belanja lagi. Sempat juga bergambar dengan pengacara TV9.