Friday, 1 November 2013

Cuti-cuti Malaysia

26 Oktober, hari yang paling dinanti oleh anak-anak angklung Wariseni. Bercuti ke Port Dickson. Pukul 7.30 pagi memulakan perjalanan menghala ke Tol Seremban. Berhenti rehat untuk sarapan pagi di Rehat dan Rekreasi Seremban. Ramainya makhluk....cuti apa gamaknya eh?

Meneruskan perjalanan ke Port Dickson...dipertengahan jalan Arham bertanya, tak jadi ke nak ke Melaka? Ya tak ya juga. Terus capai handphone dan membuat panggilan kat Pendekar Gasing untuk ke sana. Dia akan menanti kami di Banda Hilir nanti.

Perjalanan yang memang tidak dirancang sampai sesat barat. Nasib baik Pendekar Gasing mengambil kami di pertengahan jalan. Lalu kami memulakan aktiviti kami di Banda Hilir dengan bermain gasing.





Lebih kurang sejam kami berada di sana.....kami pun meminta izin untuk beredar ke destinasi sebenar kami. Sempat juga snap sana sini.




Set GPS menuju ke Ladang Burung Kasawari....tetapi memasang niat untuk ke Muzium Tentera dahulu. Sesampainya di sana....tutup bhai! Terus menuju ke pusat bandar dan makan tengahari di warung.


Nak menunaikan solat....tak bertutup pula...so cadangan terus ke apartment dahulu. Selesai dengan kewajipan masing-masing menuju ke Ladang Burung Kasawari. Bertekak dengan budak tiket...ade ke nak caj budak sekolah RM13 sama macam orang dewasa. Lepas jumpa boss...dapatlah harga tiket RM 6.

Macam-macam pengalaman depa dapat kat situ. Tengok jer la gambar-gambar di bawah ni.










Apa-apa pun depa sema enjoy kat sana. Bergambar kenangan di hadapan ladang sebelum balik.


Pulang semula ke PD singgah di Pantai Teluk Kemang. Lepaskan budak-budak bermain di gigi pantai. Udahnya semua basah lencun. Kembali semula ke apartment dan berpesan kepada anak-anak untuk turun pada jam 8.00 malam untuk menikmati makan malam. Sempat menyambut besday 3 orang anak angklung malam ni.....Amnan, Azizah dan Anees. Juga besday kelab. Sudah 2 tahun umurnya. Panjang umurnya....panjang umurnya...... Alhamdulillah, masih gagah berdiri dengan bantuan anak-anak angklung. Tahniah pada semua. Thank u pada Uncle Sam kerana bajet kek besday nih!





Selesai makan, singgah 7Eleven, cuba memenuhi kerenah anak-anak angklung yang nak beli bekal bagai untuk malam ni kat apartment nanti. Setelah wasiat ditinggalkan anak-anak angklung menuju ke apartment. Jam 8.00 pagi ....cek hantaq bekpes nooo....

Bangun pagi, gosok gigi...beli bekpes dan hantar.....ding dong...Azizah turun untuk membawa ssarapan naik ke atas. Nak swimming rupanya depa nih....so aku tunggu di bawah bersama Encik Ariffin. Time kami bekpes pula. Bhaiiii.....ramainya orang di Cafe. Nasib baik dapat tempat. gak-agak dah lenguh lepak kat cafe sementara menanti budak-budak ni swimming....jam 11.30 pagi kami pun check out. Selamat tinggal PD. Jumpa lagi!







No comments:

Post a Comment