Friday, 27 September 2013

Majlis Perkahwinan -Hulu Yam

Lama dah tak mengupdate blog ni...terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah, p & p....latihan sehingga tak berkesempatan untuk blog ni. So, cerita hari ini tentang majlis perkahwinan di Hulu Yam. Mendapat panggilan telefon di pagi-pagi hari depan Bank Rakyat kat seksyen 24. Bertanyakan tentang angklung untukk majlis perkahwinan. Bertanyakan tentang kos, lagu-lagu dan persembahan yang boleh dilakukan dalam majlis tersebut. Setelah bertukar-tukar sms, maka termaterilah perjanjian, angklung akan dimainkan pada 15 September di Pusat Latihan  Asnaf Zakat, Hulu Yam.

Jam 10.00 pagi berjanji dengan Pak Ariffin untuk bertolak ke sana....tetapi sengaja melengah-lengahkan masa...rasanya terlalu awal sampai nanti di sana. 10.30 pagi setelah siap semua peralatan diangkut ke van, maka kami memulakan perjalanan berpandukan gps NOKIA N8. Banyak gunakan hp ni ek. Tapi ..... bertanya juga pada orang disekitar situ untuk sampai ke pusat latihan yang dinyatakan. Alhamdulillah.....mudah saja tempatnya, betul-betul di tepi jalan.

Sesampai di sana, terus berjumpa dengan para tetamu yang ada dan bertanya di manakah sipemanggil tu? Oh....rupa-rupanya pengantin tu sendiri yang call. Tengah bersiap kata mak pengantin. Takpelah....aku handlelah sendiri macamana nak susun dan di mana nak main angklung ni. Berguna juga pengalaman yang ku cedok dari Uncle Sam ni. Setelah adjust CD dengan MC, aku terus mengarahkan anak-anak angklungku supaya makan dulu.



Kemudian kami mengambil tempat di kantin setelah mengeluarkan barang-barang.....menyalin pakaian kerana aturcara akan bermula pada pukul 1.30 petang nanti.  Seperti biasa, lepas bersiap memang kegemaran kami berposing. Ala.....kodak tak habis habis ni.......



Sempat juga kami bergambar bersama pengantin perempuan semasa beliau melalui kantin untuk diarak ke pelamin.


Setelah melihat pengantin diarak ke pelamin....maka kami bersiap sedia untuk mempersembahkan alunan angklung kami. Ini merupakan satu kejutan kepada tetamu dan juga kepada ibu bapa pengantin sendiri...mereka pun tidak tahu yang kami akan membuat persembahan di situ. Setelah doa dibaca dan mempelai direnjis dengan air mawar oleh kedua-dua ibu bapa pengantin dan saudara mara, mereka dibawa pula ke meja makan. Semasa food presentation kami berjalan masuk bersama presenter sebagai gimmick.


Setelah diperkenalkan kami pun memulakan persembahan. Dua buah lagu baru kami turut mainkan di sini iaitu lagu daripada kumpulan Wali Band, Doaku Untukmu Sayang dan lagu Bunga Rampai. Dengarkanlah lagu-lagu yang kami mainkan....





Selesai sahaja  persembahan kami terus berkemas untuk ke Putrajaya. Ibu pengantin meminta kami makan dulu....kami dah makan awal-awal tadi lagi, buah tangan saja dibekalkan kepada kami. 2 kotak kuih bahulu setiap seorang. Terima kasih daun keladi, ada majlis panggillah kami lagi.

No comments:

Post a Comment