Sunday, 17 March 2013

Assalamualaikum

Mendapat call dari Cikgu Elsa mengenai siaran secara langsung dalam rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah. Puan Khatijah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tarikh yang sama untuk ke majlis perkahwinan anak perempuan Pak Agos, 17 Mac 2013. Maklumat terkini turut disampaikan kepada Puan Suri boss kami dalam aktiviti kokurikulum dan Tuan Haji Abdul Wahid boss segala boss di sekolah kami.
 
Mula mencari-cari pengangkutan untuk ke sana. Meminta pertolongan dari pelbagai pihak. Sudahnya boss kami Uncle Sam juga yang dihubungi. Talian hayat........fuh lega. Ada van untuk membawa anak-anak angklung ke sana. Mula berkira-kira lagu mana yang akan dibawa nanti untuk rancangan ini, sesuai dengan segmen. Pilih punya pilih.....lagu Tari Tualang Tiga, Berita Kepada Kawan dan I'ktiraf (Doa Taubat). Latihan pun dimulakan.
 
Jam 5.45 pagi sudah berada di sekolah menanti anak-anak buah tiba. Pak Ariffin tiba awal sepuluh minit. Pantas yooo.....anak-anak angklung pula yang lambat. 6.15 pagi baru tiba di sekolah. Geram pun ada ni! Memulakan perjalanan ke Jalan Perdana bersama van Pak Ariffin. Tiba di hadapan bangunan TV AlHijrah, tak tahu mana nak dituju, Puan Khatijah dihubungi terus. Sampai juga sudahnya.
 
Sarapan amat penting sebelum memulakan aktiviti pagi.....hari ni kami makan roti jala bersama kuah kari dan rendang ayam.....macam tau-tau pula mereka, kuih seri muka! Mentang-mentanglah sekolah kami sekolah Sri Muda.....air? Kopi O.....best!
 

Selepas sarapan, kami dibawa keluar untuk menikmati pemandangan di luar konti dan membuat sound check. Nampak muka Arham bertambah gelabah...suspen untuk ditemuramah nanti. Anak-anak angklung disusun. Angklung mula diayunkan. Mendapat berita bahawa kami akan memainkan 2 buah lagu sahaja. Tetapi oleh kerana mereka akan meminta kami untuk mengulangi lagu yang sama, cadangan lain diberikan. Kami akan memainkan lagu Angklung Sambutan sebagai lagu pertama. Rancangan ini dipersetujui, alhamdulillah.
 


Maklumat terkini...kami akan ke udara pada jam 8.50 pagi. Lepas satu, satu perubahan dibuat....suko ati ko la ee jang. Sementara menanti, anak-anak angklung masuk ke dalam semula, ada aircon...sejuk sikit. 8.40 semua diarahkan turun semula untuk memulakan segmen. Maka berkumandanglah lagu angklung sambutan tanpa minus one.
 


Sebaik sahaja alunan selesai pengacara Assalamualaikum pun masuk dan menemuramah anak-anak angklung....Azizah, Amira, Arham dan Ariff menjadi mangsa pengacara pagi ini.

 
 
Segmen pertama telah selesai dengan jayanya. Menanti pukul 10.00 pagi untuk menutup rancangan Assalamualaikum. Lepak lagi ditangga konti. Macam-macam cerita keluar. Mengumpat pun ada. Maklum, nak menghabiskan waktu tanpa membuang masa....heeeeleeh!


 
Alunan lagu Iktiraf menutup tirai rancangan Assalamualaikum pagi ini, hanya sebahagian lagu sahaja yang dapat dimainkan. Maklum hanya beberapa minit sahaja yang diberikan. Itu pun sudah memadai. Berkemas semula dan sebelum ke bilik untuk menghilangkan dahaga, sempat lagi bergambar!
 

 
Puas membuat bising dalam bilik yang dikhaskan kami mula mengatur langkah ke van Pak Ariffin. Penuh dengan hilai tawa...bising pagi ni dengan suara budak-budak angklung. Setelah semua dimasukkan ke dalam kenderaan adegan yang seronok kita lihat sebentar....rakaman Arham. Enjoy the show!

 
 
 

No comments:

Post a Comment