Sekali lagi kami terlibat dengan aktiviti bulanan JKKN pada bulan Oktober. Hari Ahad, malam seperti biasa kami tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 7.15 malam setelah tawaf KL disebabkan terawal masuk satu selekoh lampu isyarat sahaja. Kesian Pak Agos yang mengekori di belakang KIA ni.
Setelah menunaikan kewajipan kami menuju ke perkarangan bazar...mengambil makanan dan mengisi perut terlebih dahulu. Hanim mengadu sakit perut pula. Tukang makeup dah tumbang. Achaner tu?
Selesai makan aktiviti makeup makeup pun dimulakan.
Giliran kami diberitahu selepas persembahan tarian orang-orang Asli dan tarian Sarawak. Tetapi semasa persembahan tarian Orang Asli, kami diberitahu sekali lagi turn kami selepas itu disebabkan penari-penari Sarawak masih belum sampai.
Persiapan dibuat di atas pentas sejurus persembahan tarian Orang Asli selesai. Anak-anak angklung mula naik ke pentas dan menyusun angklung masing-masing. Lagu pertama didendangkan iaitu lagu Koo Gud diikuti dengan lagu Carta Hati, Isabella dan My Heart Will Go On. Sound system kurang baik. Tak puas hati tengok persembahan tadi Apa-apa pun tahniah kepada anak-anak angklung. Keep it up guys and gals.
Selesai persembahan anak-anak angklung dilepaskan untuk aktiviti sendiri sehingga pukul 10.00 malam. Amnan tidak mahu ketinggalan untuk mencuba bermain gasing besar. Cikgu pun tumpang dua-dua belah kaki. Terer gak lontar gasing. Berpusing ligat wooo....Pak Ngah pun respek. TQ Pak Ngah ajar kami main gasing malam tadi!
Jurulatih kami Encik Sam Mat Kous turut memberi semangat kepada anak-anak angklung malam tadi dengan hadir dan menyaksikan persembahan mereka. Thank you Uncle Sam!
Seperti biasa, sebelum pulang bergambar untuk kenangan.
Titanic
Isabella (ST12 Style)
Carta Hati
No comments:
Post a Comment