Persembahan akhir dalam bulan Julai pula berlansung di New Wing, OU Damansara. Seawal 10.30 pagi sudah berada di sekolah menyediakan alatan dan pakaian ahli kelab untuk persembahan nanti. Sambil menanti waktu yang dijanjikan dengan Pak Agus, menanda beberapa buku latihan anak-anak murid. Siap juga menanda buku karangan kelas 1 Azam.
11.30 pagi bergerak ke bangsal depan untuk memastikan semua ahli kelab telah hadir dan menagihkan uniform kepada mereka. Macam-macam kerenah mereka sementara menanti Pak Agus tiba.
Aqashah sedang mengarut komedia |
Pak Agus terbaik! 12.00 tenghari tiba dengan vannya untuk membawa kami ke OU di Damansara. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit, jalan agak sesak juga. maklum, awal bulan, orang baru dapat gaji, ada tunggakan pula.
Sesampai saja di OU, kami bergerak ke tempat yang disediakan untuk meletakkan alatan persembahan di belakang pentas. Encik Sam dihubungi. Sementara menanti untuk membuat uji suara, Ariff, Yaswan, Aqashah, Hanim, Yummi dan Anees secara sukarela duduk di hadapan pentas untuk membuat rantai dan gelang daripada manik-manik yang disediakan secara percuma.
Pukul 2.00 petang kami mula naik ke pentas untuk menyusun atur alatan, kedudukan dan uji suara. Seperti biasa Encik Sam yang menentukan susun atur kami.
2.30 petang kami mula menyalin pakaian dan bersedia untuk membuat persembahan. Kami ke pentas sekali lagi untuk membuat uji suara dan selepas itu bergambar lagi dan lagi.
Jam 3.00 petang persembahan dimulakan. Lagu pertama kami dimulakan dengan lagu Bengawan Solo, diikuti dengan lagu Daiyo Sayo, Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin, Besame Mucho pula diiringi penari Wariseni, Shanghai Beach, Getaran Jiwa, dan akhir sekali Kenanganku juga diiringi dengan penari. Tepat 30 minit persembahan kami selesai. Getaran Jiwa lagu yang amat cikgu takuti....dapat dimainkan dengan baik sekali petang ini. Syabas anak-anak angklung.
Persembahan selesai jam 3.30 petang. Kami ke belakang pentas bersiap menyalin pakaian. Destinasi kami ke cinema pula untuk menonton Dark Night Rises...apa ke la tajuknya cerita Batman tu.
3 jam berada dalam kegelapan dengan bingit speaker panggung. Lena juga sekejap. 7.00 malam cerita pun selesai dan kami menuju ke Kluang Station untuk berbuka puasa pula. Nasib baik tempahan sudah dibuat awal tadi. kalau tidak tiada tempat duduk untuk kami. Dalam masa menanti waktu berbuka tiba, adalah seorang ni tetiba datang dan menghulurkan satu bekas kurma untuk kami berbuka nanti. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak.
Thareda dan Yaswan....the best. Menghormati kami yang berpuasa. Seronok mereka enjoy the day together-gether, hahahahahaha! Kelaparan sungguh mereka. Licin pinggan tinggal tulang aje....ish...ish...ish.
Selesai makan mereka dilepaskan untuk aktiviti masing-masing dan berpesan agar kembali ke pentas pada pukul 8.45 untuk membawa alatan persembahan pulang.
Berita sedih untuk anak-anak rakaman persembahan petang tadi tiada, semua hilang selepas handycam jatuh...yang ada hanya kesan lebam pada tangan dan peha cikgu saja. Alahai......cikgu dah nak nangis dah ni......whaaaaaawaaaaaaaa........!
Ini rakaman dari iphone uncle Sam...thank you, ada juga.
Ini rakaman dari iphone uncle Sam...thank you, ada juga.
Buku program persembahan di One Utama