Tuesday, 29 May 2012

Memori Januari 2012

Klip-klip di bawah merupakan cantuman latihan yang dilakukan sepanjang bulan Januari 2012. Semua ahli kelab masih mentah dan berhingus lagi. Kali kedua menjalani latihan selepas pertama kali memegang angklung pada bulan Oktober 2011.


Bilik Kelab

Semalam, Isnin 28 Mei 2012, bilik kelab telah diubahsuai dan ditambah sana sini. Cuba lihat gambar ini. Menarik bukan?


Sunday, 27 May 2012

Bowling Time di Ole Ole....Bandung!

Setelah berpenat lelah selama seminggu menjalani latihan, hari ini 25 Mei 2012 jam 4.00 petang di Ole Ole......Bandung...yes, kami memulakan aktiviti baru.....main boling. Seramai 15 ahli kelab turut serta dalam permainan ini sementara tiga orang guru juga tidak mahu ketinggalan. Siapa lagi jikalau tidak Cikgu Malisa, Cikgu Abu Supian dan Cikgu Norazlena.

Setelah dibahagikan kepada lima kumpulan maka permainan pun dimulakan. Balingan cikgu-cikgu pengiring semakin lemah oleh kerana seawal jam 2.00 petang guru-guru terlebih dahulu membaling bola boling di Ole Ole.

Cikgu Malisa dan Cikgu Abu Supian keletihan

Ariff...sangat-sangat teruja

Apalah yang dikomplen oleh cikgu Malisa
Hampir satu setengah jam berhempas pulas membaling bola boling ke sasaran, maka tibalah waktu penyampaian hadiah. Kelima-lima hamper yang disediakan merupakan tajaan daripada Puan Nurlela. terima kasih daun keladi...lain kali sponsorlah lagi. Hahahahahaha!


Nama pemenang diumumkan

Tempat kelima kumpulan Nizam

Tempat keempat kumpulan Ariff

Tempat ketiga kumpulan Aqashah

Tempat kedua kumpulan Haniff

Tempat pertama kumpulan.......siapa ni?

Bergambar untuk memori
Berikut merupakan jumlah skor kumpulan :

Kumpulan 1 = 475
Kumpulan 2 = 483
Kumpulan 3 = 492
Kumpulan 4 = 611
Kumpulan 5 = 623


 

Berita Harian 23 Mei 2012

Sekali lagi berita mengenai Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda tersiar di dada akhbar. Kali ini di dalam suratkhabar Berita Harian ruangan Wartawan Muda.

Saturday, 26 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Setelah berpenat lelah selama 3 hari berturut-turut maka tibalah hari yang dinanti-nantikan. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 25 Mei 2012. Seawal pagi ahli kelab telah tiba dan menanti di bilik kelab. Semua peralatan dan perkakasan yang hendak digunakan dikumpulkan dan dibawa ke Dataran Kejat. Cuaca seperti tidak mengizinkan persembahan diadakan di atas pentas Dataran Kejat maka ahli-ahli kelab bersedia dengan `plan B'.

Para pelajar tidak berpeluang mendengar alunan angklung


Resah menanti

Jurulatih angklung SMK Taman Sri Muda, Encik Sam Mat Kous turut hadir memberikan sokongan moral kepada anak-anak didiknya.

En.Sam bersama para jemputan



Majlis dimulakan dengan perarakan para jemputan dan guru-guru ke dewan sekolah dengan diiringi lagu Queens....We're the Champions! Terbentang karpet merah meraikan ayunan kaki pejuang negara ke persada majlis. Guru-guru SMK Taman Sri Muda dirai pada pagi ini.

Ayunan dirasmikan oleh Pengetua Tuan Haji Wahid

Anak-anak buah mengeokori di belakang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pengawas, Pengetua dan YDP PIBG SMK Taman Sri Muda Encik Kashfi. Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan dijalankan dan Encik Sam Mat Kous merupakan salah seorang penerima cenderahati dan sijil penghargaan daripada pengetua sekolah Tuan Haji Wahid.



Maka tibalah giliran ahli kelab angklung memulakan persembahan di hadapan para jemputan dan para pelajar yang sabar menanti di dalam dewan. Persembahan dimulakan dengan lagu Warisan, yang mana lagu ini ditujukan khas untuk semua guru-guru SMK Taman Sri Muda yang berjuang untuk anak bangsa tanpa jemu dan sabar. Lagu kedua Terukir di Bintang dan diakhiri dengan lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh Jimmy Palikat penyanyi dari Sabah.




Sebahagian pelajar yang bertuah

Sungguh mendebarkan melihatkan persembahan mereka. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat memainkan lagu-lagu dengan baik semasa latihan dijalankan  walaupun telah berlatih berhari-hari. Namun alhamdulillah...di hari persembahan semua berjalan lancar. Semua lagu yang dimainkan dialunkan dengan baik sekali. Pujian juga telah diberikan oleh jurulatih kelab. Setelah dihiburkan dengan ayunan angklung para jemputan kemudiannya dibawa ke Bilik Gerakan untuk menjamu selera. Ahli-ahli kelab angklung sungguh teruja pada hari ini. Tetapi para guru tidak dapat melihat persembahan kami oleh kerana mereka berada di luar dewan.


Guru-guru mendengar alunan lagu dari luar.

KLIP-KLIP PERSEMBAHAN




Gabungan ketiga-tiga lagu


Monday, 14 May 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Skudai 29 April 2012

Malam tadi, semua ahli-ahli angklung senyap dan sunyi. Keletihan melanda kesemua ahli. Akibatnya semua lewat bangun dan berebut-rebut untuk menggunakan bilik air. Setelah semua bersiap, kami pun beredar ke Kafe Kombes untuk menikmati sarapan pagi. Menu pagi ini meehun goreng, sambal telur dan teh.




Pagi ini semuanya agak sembab dan perlahan, mode tido dan mengantuk masih terserlah di wajah masing-masing. Jam 8.00 pagi kami pun menaiki bas untuk ke rumah Encik Tumian.

Tido...tido...tido
Sebaik sahaja tiba di bengkel, kami semua mencapai peralatan dan perkakasan menyambung semula kerja-kerja membuat angklung ini. Hari ini tiada alunan merdu angklung dari adik Encik Tumian oleh kerana beliau mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan di bandar Muar.





Tuning

Satu-satunya alat moden yang digunakan

Cikgu Malisa semakin cekap

Mengikat angklung
Setelah bertungkus-lumus dari pukul 9.00 pagi sehingga 4 petang maka jadilah angklung kami. Malangnya kami tidak sempat untuk mengikat kesemua angklung di bengkel dan terpaksalah kami menyambung kerja-kerja mengikat di dalam bas nanti. Sebelum pulang kami sempat bergambar untuk memori dan memberi cerderamata kepada Encik Tumian yang telah sudi memerah tenaga selama dua hari untuk mengajar ahli-ahli kelab angklung ini.

Plag khas untuk Encik Tumian


Balik ke Shah Alam

Masih tekun mengikat angklung

Tak mahu kalah dengan Cikgu Abu Supian

Azizan....keletihan merayau

Jalan-jalan Cari Pasal di JB

Pukul 8.00 malam, kami menikmati makan malam di Cafe Kombes. Lauk malam ni nasi putih, ikan masak kicap, acar rampai dan air sirap. Kami bercadang untuk ke bandaraya Johor Bharu selepas makan malam.



Hanya tinggal beberapa jam pusat beli belah akan ditutup dan ahli-ahli kelab angklung ini diberikan masa satu jam untuk mencari barang-barang keperluan dan sebagainya.





Setelah menjamu selera sekali lagi bersama-sama dengan pengiring-pengiringku, maka kami pun bertolak kembali ke tempat penginapan untuk beradu. Mission accomplished!