Thursday, 25 September 2025

Coffee Brew Event : Palm Garden Hotel Putrajaya

Hari ini peranan kami tak banyak sebab kami akan jive bersama-sama DJ dalam persembahan kami ini. Sebaik sahaja setup kami selesai, kuarahkan anak-anak angklung makan tengahari dahulu. Sempat order makanan dengan abang Din kantin sebelum bertolak ke Putrajaya. Tepat jam 2.30 petang kami memulakan persembahan secara santai berhadapan dengan Cafe Kopi Dulu. Satu cara baharu kami memainkan angklung secara moden menggunakan angklung sebagai penyedap bunyi. Tapi hasilnya aku belum dengar lagu. Semasa menulis blog ini pun aku tak dengar lagi bunyi angklung tu. Persembahan kami memang mendapat sambutan walaupun hanya 11 orang pemain yang kubawa kali ini. Jam 4.30 petang kami mengakhiri persembahan dan pulang ke Shah Alam.








Saturday, 20 September 2025

Kopi Dulu 2 : Palm Garden Putrajaya

Hari ini berbekalkan 12 orang pemain angklung sahaja. Supa Dupa senior yang mengikut kami hari ini Farhanis dan Arif Naufal. Sama juga seprti minggu lagu , kami gemersikkan angklung sebanyak 3 sesi dan 21 buah lagu telah didendangkan dengan baik oleh anak-anak angklung ini. Terima kasih dengan komitmen yang sangat tinggi daripada mereka.


















Saturday, 13 September 2025

Kopi Dulu 1 : Palm Garden Putrajaya

Mendapat 'job' daripada Bard semasa kekalutan membuat persediaan untuk majlis robotik. Kuterima job ini kerana inilah tugasan di luar yang pertama melibatkan hotel atau resort dalam tahun 2025. Lain sedikit daripada kebiasaan yang kami buat. Persembahan kami bermula pada jam 400 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Setiap sesi kami gemersikkan angklung selama 30 minit sebanyak 3 sesi. Rehat 15 minit pada setiap sesi. 21 buah lagu kami dendangkan dan setiap sesi 7 buah lagu. Mendapat sambutan yang hebat juga di Cafe Kopi Dulu ini. Mungkin kerana dah lama mereka tidak mendengar alunan angklung. Terbaik dari anak-anak angklung pada hari ini. Terima kasih kepada Patrina dan Levialin yang bekerjasama dalam persembahan hari ini.












Wednesday, 10 September 2025

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2025

Tugasan yang menjadi isu uatama di sekolah. Kami mendapat jemputan untuk menjadi pengiring kepada para tetamu dan VIP serta penyampaian cenderamata kepada VIP yang hadir. Dikatakan kami telah memohon kepada seseorang di dalam jabatan agar kami diberikaan tugasan ini bermula dari 7 September sehinggalah ke hari kejadian pada 10 September 2025. Pelbagai ugutan diberikan kepada kami, salah satu ingkar arahan Ketua Jabatan kerana pergi tanpa pengesahan/kebenaran. tersepit d tengah-tengah kemelut kuasa yang tidak seberapa.Namun kami pergi juga. Ia merupakan satu pengalaman besar buat anak-anak angklung dan 3 orang anak Seni Kebudayaan. Kami juga diberikan kesempatan untuk menjadi pempamer di majlis tersebut dan ianya mendapat sambutan juga. Alhamdulillah.










Sunday, 31 August 2025

Tautan Ukhwah : Kingsman Hall Kamalinda

Majlis untuk hari ini telah ditempah setahun yang lalu. Tidak dapat dilangsungkan kerana beberapa hal yang tidak dapat diselesaikan maka tertangguhlah majlisnya. Pengantin masih mahu meneruskan tempahan dan meminta kami menunggu sehingga selesai masalah tersebut. Maka 31 Ogos 2025 terpaterilah mempelai ini bersanding di dalam majlis yang serba sederhana. Diraikan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi peranan kami di sini tidaklah banyak. Kami hanya dapat mengiringi pengantin dan membuat persembahan santai di hadapan mempelai. Hanya dua buah lagu yang dapat kami mainkan semasa majlis makan beradab iaitu Selamat Pengantin Baru dan Baraka Allahu Lakuma. Sebelum pulang kami mengucapkan terima kasih kepada mempelai. Semoga jalinan mereka sehingga ke Jannah. Amiin.





Friday, 29 August 2025

Sambutan Ambang Merdeka SMK Taman Sri Muda

29 Ogos 2025 bertempat di Dataran Perpaduan, setelah seminggu membuat latihan bersama-sama dengan band D'luge dan penari dari Kelab Seni Kebudayaan, kami mengalunkan angklung kami idengan dua buah lagu tema kemerdekaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Malaysia Madani yang dipopuarkan oleh Bunkface. Persembahan kami ini penuh kontroversi namun kami laksnakan juag untuk kepuasan anak-anak didik kami dalam bidang seni. Moga dipermudahkan segalanya.





Thursday, 28 August 2025

PWA 2025 Petaling Jaya

Persembahan kami yang diterima secara adhoc daripada Kak Yan. Sebaik sahaja selesai di SJKL, kami terus menuju ke Laman MBPJ di Petaling Jaya. Setelah menemui lamannya, kami terus membuat sound check dan kemudian mencari restoran untuk makan tengahari. Menanti adalah salah satu kerja kami hari ini. Jam 6.45 petang baharu kami dapat mainkan angklung dan hanya 4 buah lagu sahaja kami mainkan untuk membrikan peluang kepada kumpulan keroncong mengalunkan irama mereka. Hari ini rezeki anak-anak angklung mencurah-curah sehinggakan mereka kekenyangan. TErima kasih Allah atas rezeki yang diberikan kepada kami dalam kepadatan memenuhi tugasan.