Thursday, 29 October 2020

Penghantaran Video

29 Oktober 2020 hari terakhir untuk menghantar video rakama kepada penganjur pertandingan. Mengambil sedikit masa untuk memperkemaskan video Patrina. Berhantu sungguh lagu yang dimainkan. banyak halangan untuk mengemaskannya. nasib baik Abbas ada. Setelah semua selesai ketiga-tiga video dapat kuhantar dengan selamat. Moga beroleh kejayaan. Amiiin. Kepada anda semua diluar sana, sokonglah kami nanti dengan menonton. like dan share video kami nanti untuk meraih kejayaan.





Tuesday, 27 October 2020

Rakaman Group

Berjaya juga membuat rakaman kumpulan. Ingatkan kami akan menggunakan video group sewaktu persembahan di Melaka. Ibu Saiful Azim bermurah hati menyediakan sarapan pagi untuk kami semua. Terima kasih kak, moga rezeki akak akan bertambah dan melimpah ruah. Sokongan jitu daripada ibu bapa ahli-ahli kelab ini turut menaikkan semangat aku. Perjalanan rakaman berjalan lancar dan memakan masa yang singkat oleh kerana dilakukan secara berkumpulan. Kesilapan tidak  ketara ditunjukkan tambahan pula mereka sudah mahir memainkan lagu ini. Terima kasih kepada semua!



  

 


Monday, 26 October 2020

Rakaman Solo

9.00 pagi Patrina dan Acok sudah sedia menanti di tempat yang dijanjikan. Terus menuju ke rumah Cikgu Siti Raxkina. Hari ini dengan penuh harapan untuk membuat rakaman solo akan berjaya di sana nanti. Persiapan dibuat sebaik sahaja tiba di rumah cikgu Siti dan memberi sedikit masa kepada mereka berdua untuk membuat latihan. Refresh.......Kesilapan demi kesilapan sewaktu merakamkan adegan mereka namun mereka tetap berusaha untuk menjayakan rakaman ini.  Alhamdulillah jam 2.00 petang kami selesai merakamkan adegan Pat dan Acok dengan lagu pilihan asal mereka Cindai dan Kuch Kuch Hota Hai. Pertaruhan dalam Angklung's Day 2020.


  


 

Tuesday, 20 October 2020

Latihan dan Rakaman

Kesuntukkan masa! Stress aku memikirkan bagaimana untuk memulakan rakaman sedangkan latihan masih belum dibuat untuk menyertai pertandingan ini. Kekadang rasa menyesal pula untuk turut serta dalam situasi Covid-19 sedang melanda dengan teruk sekali di Malaysia. Namun, dengan sokongan dan bantuan partner Cikgu Siti Raxkina, aku teruskan jua. Patrina dan Zulfikar kubawa masuk ke dalam sekolah untuk menjalani latihan dan sekali gus membuat rakaman. Setelah berlatih selama 2 jam mereka mencuba untuk memainkan lagu pilihan mereka. Namun, desebabkan rasa gemuruh banyak kesilapan yang mereka lakukan. Semakin dicuba semakin gementar sehingga akhirnya mereka mengubah lagu pilihan mereka tetapi hasilnya tetap sama. Kekangan masa..akhirnya pada jam 2.30 petang kami beransur pulang dengan harapan akan terdapat hari kami akan dapat melakukannya sekali lagi. Insyallah....



Monday, 12 October 2020

Tebang Dahan Pokok

Laporan dan gambar daripada Cikgu Siti Raxkina, Encik Mohd Din Penolong Kanan Pentadbiran menggunakan kudrat sendiri untuk mencantas dahan-dahan pokok yang ada di belakang Kabin D'Angklung. Terima kasih Encik Din, harap pokok tersebut dapat ditebang terus kerana teah merosakkan bumbung dan gutter kabin kami.

 


Thursday, 1 October 2020

Laporan Kerosakkan Kabin D'Angklung

Tak sangka lawatan keliling kabin membuatkan aku terpana. Rupa-rupanya ribut hari itu membuatkan siling kabin aku melayang. Patutlah aku dengar pelbagai bunyi hari itu. Namun aku buat endah tak endah sahaja. Terus kuambil gambar dan kulaporkan dalam Telegram rasmi Mentari Petang. Apa maklumbalas dari pentadbir  dan tindakan mereka? Kita tunggu ya. Sekian.


 

 


Saturday, 26 September 2020

Sanggar Angklung 2020

Aktiviti yang dirancang bersama-sama senior atas cadangan mereka. Prihatin juga mereka apabila melihat adik-adik mereka maih belum mahir dalam ayunan angklung dan langkah tarian. Makanya hari ini 26 September 2020, kelab mengadakan Sanggar Angklung kali ke 3 untuk pelapis 2020. Kehadiran para pelapis amat memberangsangkan....alhamdulillah. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :

Kumpulan Sanggar di bawah pimpinan Ehsan, senior tingkatan 5 dan satu-satunya ahli tingkatan 5 yang masih aktif. Hazni, Izmi, Annur Aisyah dan Ayunis membantu, sementara Nurhidayatul Elly, Hana Umairah, Mohamad Danish Irfan, Nurul Asyiqin, Azwaliza dan Arif Naufal merupakan pelapis bimbingan mereka. Kumpulan ini menggungguli aktiviti hari ini dengan menguasai 5 jenis tarian iaitu My Heart Will Go On, Dikir Puteri, Tian Mi Mi, Koo Kad dan Bunga Rampai. Syabas!

Kumpulan Udjo dibawah pimpinan Aiman Shafiq dan dibantu oleh Veronica, Amanie, Patrina dan Shaqila. Pelapis mereka pula terdiri dari Nur Awatif, Parah Zieah, Noor Farhanis, Hafiz Hafizy, Dania Natasya dan Aleesa. Mereka berada di tangga ke dua dengan menguasai 4 tarian.

Kumpulan Teratak pula dipimpin oleh Zulfikar, Madia Sofea, Maisarah Nurul Aiman dan Ain Sofiya. Mereka membimbing  Arina Zukrina, Nur Adillah, Nurul Syahirah, Afiq Amsyar, Lavialin dan Sarah Aryana. Mereka juga menguasai 4 jenis tarian. Mereka berada di tangga ke tiga dengan menguasai 4 jenis tarian.


Kumpulan terakhir iaitu kumpulan Saung dibawah arahan Saiful Azim, Azamuddin, Zamrina, Shafiq dan Aliya. Nor Syakila, Damia Irdina, Nur Umairah Syahmina, Arif Danial dan Nurul Najwa merupakan pelapis bimbingan mereka. Mereka menguasai 3 jenis tarian sahaja hari ini. Tidak mengapa masih boleh dilatih lagi. Cuma perlu lebih berusaha.


Semoga aktiviti hari ini memberi banyak pengalaman dan manafaat kepada para pelapis. Langkah-langkah tarian semakin dapat diikuti. Cadangan untuk membuat latihan kerap bersama-sama senior pada setiap hari Khamis jam 4.00 petang sehingga 6.20 petang. Akan menyiapkan kertas kerja untuk dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Raja Arbaiyah Raja Ahamd. Moga cadangan kami diterima. Insyallah!