Tak sangka lawatan keliling kabin membuatkan aku terpana. Rupa-rupanya ribut hari itu membuatkan siling kabin aku melayang. Patutlah aku dengar pelbagai bunyi hari itu. Namun aku buat endah tak endah sahaja. Terus kuambil gambar dan kulaporkan dalam Telegram rasmi Mentari Petang. Apa maklumbalas dari pentadbir dan tindakan mereka? Kita tunggu ya. Sekian.
Thursday, 1 October 2020
Saturday, 26 September 2020
Sanggar Angklung 2020
Aktiviti yang dirancang bersama-sama senior atas cadangan mereka. Prihatin juga mereka apabila melihat adik-adik mereka maih belum mahir dalam ayunan angklung dan langkah tarian. Makanya hari ini 26 September 2020, kelab mengadakan Sanggar Angklung kali ke 3 untuk pelapis 2020. Kehadiran para pelapis amat memberangsangkan....alhamdulillah. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :
Kumpulan Sanggar di bawah pimpinan Ehsan, senior tingkatan 5 dan satu-satunya ahli tingkatan 5 yang masih aktif. Hazni, Izmi, Annur Aisyah dan Ayunis membantu, sementara Nurhidayatul Elly, Hana Umairah, Mohamad Danish Irfan, Nurul Asyiqin, Azwaliza dan Arif Naufal merupakan pelapis bimbingan mereka. Kumpulan ini menggungguli aktiviti hari ini dengan menguasai 5 jenis tarian iaitu My Heart Will Go On, Dikir Puteri, Tian Mi Mi, Koo Kad dan Bunga Rampai. Syabas!
Kumpulan Udjo dibawah pimpinan Aiman Shafiq dan dibantu oleh Veronica, Amanie, Patrina dan Shaqila. Pelapis mereka pula terdiri dari Nur Awatif, Parah Zieah, Noor Farhanis, Hafiz Hafizy, Dania Natasya dan Aleesa. Mereka berada di tangga ke dua dengan menguasai 4 tarian.
Kumpulan Teratak pula dipimpin oleh Zulfikar, Madia Sofea, Maisarah Nurul Aiman dan Ain Sofiya. Mereka membimbing Arina Zukrina, Nur Adillah, Nurul Syahirah, Afiq Amsyar, Lavialin dan Sarah Aryana. Mereka juga menguasai 4 jenis tarian. Mereka berada di tangga ke tiga dengan menguasai 4 jenis tarian.
Semoga aktiviti hari ini memberi banyak pengalaman dan manafaat kepada para pelapis. Langkah-langkah tarian semakin dapat diikuti. Cadangan untuk membuat latihan kerap bersama-sama senior pada setiap hari Khamis jam 4.00 petang sehingga 6.20 petang. Akan menyiapkan kertas kerja untuk dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Raja Arbaiyah Raja Ahamd. Moga cadangan kami diterima. Insyallah!
Monday, 14 September 2020
Majlis Sambutan Penutup Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
Setelah seminggu berhempas-pulas menjalni latihan untuk Sajak dan Pentomen serta angklung solo empat serangkai, maka hari ini semuanya direalisasikan. Seawal 6.30 pagi Ehsan sudah tiba membantu menyediakan sistem bunyi. Cemas aku bila mendapati kabel HDMI laptop PSS tercabut. Segera aku bertanyakan kepada Ehsan dan CT. Rupa-rupanya kabel itu kabel lama yang telah dirosakkan oleh murid-murid terdahulu. Lega aku. Alhamdulillah majlis sesi pagi dan petang berjalan lancar. Hujan sebelum bermula sesi petang melewatkan sedikit permulaan persembahan namun semuanya ok.
Friday, 11 September 2020
Latihan Solo 4 Serangkai
Persiapan untuk majlis penutup sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 5 buah lagu yang dimedleykan iaitu lagu Standing in the Eyes of the World, Gemilang, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Kita Punya Malaysia dan diakhiri dengan lagu Jalur Gemilang.
Pertandingan Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Anjuran PSS dan K.A.W Team
3 kategori pertandingan iaitu
a. Deklamasi sajak
b. Tik Tok Merdeka
c. Selfie Merdeka
10 orang ahli kelab angklung telah menyertai pertandingan ini. Harapan untuk menang insyallah ada. Bukan calang-calang budak-budak K.A.W Team ni ya.
Thursday, 10 September 2020
4 dalam 1
Petang ini mengendalikan kelas, relif, latihan angklung solo, latihan ensemble dan berkebun. Tepat jadual kelas PdPc berjalan seperti biasa. Murid dipantau dan diajar sambil mengendalikan latihan solo untuk majlis penutup. Latihan sesi pagi juga turut berjalan sambil menjaga kelas 1 Orkid. Setelah selesai mengajar dan merelip mengajak ahli-ahli kelab sesi petang untuk memasang silvershine di kebun nanas kami. Walaupun hujan namun tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih semua atas kerjasama.
Wednesday, 9 September 2020
Latihan Pelapis Tingkatan 1
Meneruskan latihan setelah KPM membenarkan aktiviti kokurikulum. Alhamdulillah. Dapat melatih para pelapis tingkatan 1 ini semula. Banyak mereka ketinggalan. Harap mereka dapat garap dengan cepat dari abang-abang dan kakak-kakak senior. Amin.











































